Ini dia rahsia dan keajaiban aku berjaya dlm temuduga dan ditawarkan pekerjaan setelah lebih 6bulan menganggur

Assalamualaikum dan hai sebelumnya aku ingin menyatakan cuma mahu berkongsi perasaan gembiraku mendapatkan pekerjaan.

Nama aku C. Aku berumur 24 tahun, lepasan graduan dari salah sebuah universiti yang terletak di bahagian Borneo.

Di sini aku mahu berkongsi bagaimana aku berjaya lulus temuduga dan ditawarkan pekerjaan selepas bersedekah.

Aku percaya asbab bersedekah tu, Allah balas aku dengan rezeki yang aku tidak sangka-sangka.

Aku merupakan anak sulung dari 4 beradik. Ayahku bekerja biasa-biasa sahaja dengan gaji cukup-cukup makan dan ibuku seorang suri rumah.

Sebulan selepas bergraduasi, aku dipanggil menghadiri temuduga untuk jawatan sebagai Admin di sebuah syarikat.

Walaubagaimanapun, aku gagal atas alasan kelulusan akademikku melebihi syarat yang mereka tetapkan.

Mereka cuma mahu lulusan STPM/Diploma dan mempunyai pengalaman bekerja lebih kurang setahun.

Aku tetap tidak berputus asa. Aku ‘sign-up’ akaun di LinkedIn, Jobstreet, Jobsmalaysia, Indeed, Jobstore, Maukerja dan bermacam lagi laman web untuk mencari pekerjaan.

Setiap hari aku akan memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan dari aplikasi mencari kerja tersebut.

Dari hari pertama persediaan untuk menghadiri temuduga, sujudku sewaktu solat semakin lama. Aku minta sungguh-sungguh dengan Allah.

Kalau sebelum-sebelum ni aku hanya berdoa panjang selepas solat, kali ini aku top-up amalan-amalanku dengan solat sunat taubat dan solat sunat hajat.

Aku juga turut bernazar sekiranya aku berjaya temuduga tersebut (nazar aku rahsiakan).

Pada hari aku bertolak untuk menghadiri temuduga, aku sempat singgah ke surau airport untuk menunaikan solat Asar. Setelah selesai solat, tiba-tiba aku tergerak hati untuk memasukkan duit ke dalam tabung surau.

Malangnya, dompetku sudah ku tinggalkan dengan ibuku sebelum menapak ke surau tadi.

Aku pulang ke kampung halamanku sehari selepas temuduga. Alhamdulillah, penerbanganku sampai lebih awal daripada yang dijangkakan dan aku terus menapak ke surau untuk menunaikan solat zohor dan menunggu waktu asar.

Ibu bapaku juga yang biasanya tiba sejam lebih awal untuk menjemputku terlewat datang kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

Kali ini aku ada peluang berlama-lama di surau. Selesai kedua-dua solat, tiba-tiba aku teringat doaku beberapa hari yang lalu sebelum aku menaiki penerbangan ke tempat temudugaku.

Ku buka dompetku dan mengeluarkan sekeping note RM5. Ya, cuma RM5 yang aku sedekahkan kawan-kawan :’)

Tiga bulan selepas tarikh temuduga, aku menerima emel yang dimulakan dengan, ‘Sukacita dimaklumkan anda….’.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Aku doakan rakan-rakan yang masih berjuang mencari pekerjaan semoga urusan kamu dipermudahkan, dan dapat mencari rezeki yang berkat untuk membantu keluarga.

May your JOB APPLICATIONS be approved so that you can change the situation at HOME.