Badan spupu aku sakit rasa berat. Aku cuba urut dan buka yaasin. Pelik bila terus dia kata panas,

Assalammualaikum hai semua. Pada kali ini aku nak ceritakan sedikit mengenai pengalaman aku semasa duduk di asrama Fata*** di Bilik 2-6. Waktu tu memang bilik kitaorang yang popular sangat dengan gelaran bilik keras.

Sebelum ni semua yang duduk bilik tu keluar awal ataupun pindah terus sebab takut sangat. Tapi ramai yang kata kami dua belas orang ni la yang first duduk sampai habis kontrak.

Aku nak mulakan kisah ni pada waktu petang selepas kami berbincang dan menceritakan tentang bilik kami ni. Apa yang kami dengar.

Selepas dari kami berbincang tu ada seorang budak bilik aku namanya Peah sangat takut bila nak masuk bilik tu. Aku dan 2 orang lagi kawan aku cakap la masuk je, takde apa laa.

Sebab yang lain pergi kantin nak makan. Okay nak dijadikan cerita pada petang tu memang dah gelap sebab hari nak hujan, salah satu pintu kat bilik kami tu terhempas kuat.

Sebab dia kata dia dengan kawan aku nampak kepala paip dekat sinki tu terbukak sendiri. Dan badan mereka dua rasa berat selepas mereka keluar dari toilet tu. Waktu nak ke asrama, dia terjatuh.

Aku pun gelak la. Macam mana kau jatuh? Dia kata ada orang tolak dia. Padahal mana ada orang. Aku dah start seram sejuk dah. Setiba di bilik sepupu aku suruh aku urut bahu dan picit kepala dia.

Aku mulakan tugas aku sambil urut tu aku baca ayat qursi. Waktu tu dia kata dia sakit sangat. Aku pun picit la kuat lagi.

Then kawan aku pasang surah yaasin. Sepupu aku kata dia panas, then badan dia dah macam ular aku tengok. Aku nangis la time tu sebab first time kena dan sepupu aku kot.

Jadi aku terus panggil kakak yang pandai lah jugak berubat ni datang ke bilik. Bila masuk je bilik tu kakak tu terkejut sikit bila tengok keadaan sepupu aku tu. Dia suruh aku dan sepupu aku pergi ke bilik dia. Time tu laa badan aku pulak jadi berat.

Bilik 2-6 ni sejak tu kami kena teruk. Loker goyang goyang sendiri. Bunyi guli laa, bunyi orang duduk atas katil dan yang paling takut dekat tingkap bilik air akan ada rambut julur je kat situ.

Tu kawan aku nampak. Aku alhamdullilah tak nampak. Paling rare pasal bilik 2-6 ni setiap maghrib je pintu dapur tu akan tertutup dan terkunci dengan sendirinya.

Ada lagi waktu tu kami tengah solat berjemaah, nak baca surah yaasin time tu mula laa loker tu buat bunyi, katil tu lagi kuat bunyi macam orang tengah duduk dan banyak lah.

Ada sorang kawan aku tengah mengaji, kotak tu melayang kena kepala dia. Tu yang susah tu. Ada dalam bilik A satu katil kawan aku yang Peah tu katil dia memang berat sangat nak tarik cadar pun tak boleh.

Macam ada orang tengah baring kat situ. Aku ada ceritakan ada sorang kakak yang tolong kitaorang berubat tu dia boleh nampak benda benda halus tu. Dia kata tu atas katil tu budak. Start tu kawan aku memang dah tak tidur tempat dia.

Ada pernah dia bawak geng pulak 3 benda tu. Ada tinggi, pendek nan gempal. Kau rasa?? Haihh, pernah sekali ada pontianak datang rehat kat balkoni kami.

Dekat ampaian ada orang tua memang duduk situ. Aku selalu basuh baju jemur waktu nak maghrib memang bahu aku berat je and sakit. Aku kalau nak jemur baju ke mesti ajak kawan aku. Hahaha, nasib aku ada kawan yang baik dan boleh terima aku ni seadanya.

Ramai budak lelaki selalu bertanya bilik kitaorang ni ok tak? Korang okay tak? Sebab setiap malam yang mana berada di kedai mamak di depan rumah memang akan nampak.

Yang lagi pelik kawan aku semua cerita pernah mimpi seorang nenek tua pendek, bongkok dan muka buruk sangat datang bilik kami.

Tapi aku tak pun. Tapi pada suatu hari aku termimpi nenek tua tapi ni bukan yang pendek tapi ni yang tinggi. Dan aku pernah nampak. Ya Allah, waktu tu memang aku menggigil dan aku suruh mak aku ambik malam tu jugak.

Tapi tak ambik sebab rumah aku jauh kat perak. Aku belajar kat KL. Sejak peristiwa macam ni berlaku aku mula kuat semangat berbanding dulu. Pernah sekali aku nan kawan aku saja datang ke asrama tu.

Aku saja pandang balkoni ex bilik kami aku nampak penyodok tu pusing pusing sendiri walaupun takde angin. Jadi kepada adik adik bilik 2-6 hati hati tau. Banyak-banyakkan baca al-quran, ayat qursi dan surah yaasin.