Saya takut nak berhenti, saya dia sahaja. Mak tanya ” Tempat baru kerja ok ke” jawapan tu sy terpaksa tipu mak

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Nama saya Ria. Umur dalam pemghujung 20an. Masalah yang saya hadapi sebenarnya berkaitan dengan masalah diri saya sendiri.

Bukan nak hidung tinggi tapi boleh dikatakan saya berasal dari keluarga yang senang. Mak ayah bergaji besar. Dan adik beradik saya juga mempunyai pekerjaan dimana gaji mereka agak lumayan.

Tapi mak ayah tak pernah manjakan kami 5 beradik. Dari kecik tak pernah dimanjakan dengan gadjet Dan permainan macam psp atau ps1 atau ps4. Just normal childhood.

Cerita bermula sebulan lebih lalu selepas saya dapat tawaran kerja (tempat saya kerja sekarang) selepas 3 bulan lebih menganggur. Sebenarnya masalah saya (dimana saya dapat tahu dari orang lain) ialah saya tiada keyakinan dan manja.

Saya berkerja sejurus selepas tamat graduasi. Kerja part time, gaji kecik tapi saya happy. Kerjanya buat saya tak sabar datang setiap hari walaupun public holiday berkerja.

Bila dah 2 jam dalam kereta, mak saya call kerana risau saya tak balik lagi tapi saya cuma menangis. First time masa tu saya start blank sebab menangis.

Ayah kelam kabut cari kat tempat kerja dengan abang saya. Pastu saya tak ingat apa-apa. Mak cakap saya blank sepanjang hari.

Esoknya time saya nak bersiap pergi kerja, saya blank lagi. Mak saya tak bagi pergi kerja. Tapi saya kena bagi notis sebulan kalau nak berhenti.

Saya ambik unpaid leave tapi akak supervisor yang tak datang semalam datang rumah malam tu. Dia pujuk saya bertahan. Dan beri kata-kata semangat.

Esoknya bila naik kerja, dah Mula ada ura-ura yang kata saya anak manja, dan anak orang kaya sebab ayah bawa kereta mahal ambil saya dari kerja sebab blank 2 hari lepas.

Takde training period, saya start kerja macam tu je. Ada orang duduk sebelah terang kan kerja saya terus. Saya start overtime first 2 weeks sebab nak faham kan semua benda.

Saya kena hafal semua produk dalam masa sebulan sebab pekerja yang lama dah cabut. Saya boleh tahan, sehinggalah minggu lepas.

Saya tak pasti siapa yang pecah rahsia tapi someone definitely told everyone about my salary. Salary sepatutnya rahsia tapi minggu lepas semua orang tahu.

Kerani yang buat sama kerja dengan saya tak puas hati gaji saya lagi tinggi dari dia, jadi 80% peratus kerja dia bagi saya.

Bila saya tak dapat habis kan hari tersebut juga, saya overtime. Dan bila saya overtime, mula dengar bunyi kenapa gaji tinggi macam saya kena overtime.

Tapi saya tak boleh gerak. Kalau pak guard tu tak baca surah kursi, saya tak ingat apa jadi. Saya terus balik.

Waktu tu jam 11 lebih. Time saya balik jam 8 lebih sebab overtime. Mak nangis tengok saya. Diorang ingat saya excident.

Tapi esoknya saya kerja cam biasa tapi saya tak overtime. Saya buat kerja sendiri. Dan saya diberikan silent treatment walaupun sebut Assalamualaikum.

Minggu ni rumah terbuka tak ada yang jemput saya. Saya diberikan silent treatment terus menerus.

Saya nak berhenti tapi saya risau resume saya terjejas sebab kerja sebulan berhenti, 2 bulan berhenti. Saya juga mula fikir macamana cara bunuh diri yang rasa tak sakit. Pastu saya beristighfar.

Mak saya tanya tempat kerja baru OK ke, tapi saya boleh jawab OK je. Nape saya tak jawab tak okay? Saya ni penakut ke?

Saya pernah menganggur 3 bulan lebih dan itu yang buat kan saya takut nak berhenti. Dan saya sedar yang banyak buat mulut tu semua orang melayu, saudara seislam saya sendiri.