“Sebelum kahwin badan awak dah mcm ni, Lepas kahwin nt mcm mane” kecewa lelaki pandang bentuk badan.

Assalamualaikum. Saya mulakan dengan bismillah segala pujian kehadrat Allah S.W.T. Saya harap kisah ni ada pengajaran dan iktibar yang boleh saya kongsikan bersama.

Nama saya L (bukan nama sebenar) saya seorang perempuan, usia 30 tahun duduk di selatan tanah air.

Kisahnya bermula apabila saya selalu dikecewa kan dengan lelaki yang sering memutuskan untuk tidak menerima kekurangan saya sebagai salah satu asbab kenapa saya selalu di tinggalkan,

Kisah pertama bila saya pernah berkawan rapat dengan bekas senior sekolah menengah pada masa tu dari umur 23-25 (2012-2014) dia saya panggil ‘S’ kami bercinta lebih kurang 4 tahun

Duit yang saya bagi pinjam tu rupanya bukan untuk adik dia tapi untuk perempuan janda tu.. dia support perempuan tu pakai duit pinjam dari saya..

Saya ambil masa untuk move on malu dekat parents and kawan2 yang anggap kami pasangan yang bahagia, sebab kami tak ada gaduh and perkara ni tiba2 berlaku..

‘S’ tak bagi apa2 explanation melainkan ayat ‘cliche’ yang saya terlalu baik untuk dia. Saya ambil masa untuk pulih bawa hati sampai la setahun berlalu (2015).

Kisah kedua saya berkenalan dengan seseorang di facebook namenye Sam (bukan nama sebenar) kami kenal hampir setahun dan kami dah berjumpa antara satu sama lain dan saya maklumkan dengan Sam yang saya sudah penat nak bercinta

saya rasa elok dipermudahkan untuk ke ikatan yang halal, Sam bersungguh dengan niat dan telah bertemu dengan kedua ibu bapa saya, dan dia serius, kedua family da setuju maka 2016 kami bertunang.

paling sedih Sam hanya memutuskan saya melalui whatsApp, tiada bertemu kedua orang tua saya mohon maaf atau ikut adat pulang cincin.

Awal 2017 saya ambil keputusan untuk minta transffer ke Johor Bahru, Alhamdulillah Allah perkenankan doa saya, dan Allah juga perkenankan doa untuk saya melihat depan mata saya sendiri

bekas tunang berkahwin lepas 4 bulan putuskan saya, hebat sandiwara Sam. Segala-galanya telah terjawab. Hanya Allah yang mampu membalas semuanya.

Saya akui yang saya bertubuh agak gempal adakah salah untuk saya rasa bahagia dan perasaan saya di permainkan sesuka hati, dan kisah yang terakhir ni,

saya berkenalan dengan H (bukan nama sebenar) pertengahan 2017, dia berasal dari kuantan dan masa tu houseman di sana.

Saya ikhlas tolong H dan habiskan banyak masa ke tempat H dan membeli kan barang2 keperluan untuk pastikan dia selesa dia tempat baru,

dan H perkenalkan saya dengan kedua orang tuanya, pertemuan dengan kedua orang tua H berjalan lancar.

Orang tua H suka menerima kunjungan saya, sampai lah H maklumkan yang dia pelik ayah dia boleh ngam dengan saya,

tapi kegembiraan saya hanya sementara apabila kami mengambil keputusan untuk berterus terang berkenaan perasaan kami.

H maklumkan yang dia tidak dapat terima saya di sebabkan saya punyai fizikal yang gempal dan berisi, H kata kan lagi kalau lepas kahwin badan naik tak apa ni sebelum kahwin dah macam ni.. Allah..

saya tahu segala yang terjadi akan ada hikamah di sebalik nya cuma, masa yang akan menjawab segalan2nya,

dan saya akan ingat setiap kata2 dan kenangan2 yang lepas sebagai salah satu asbab yang saya akan mulakan hidup baru dengan keadaan fizikal yang baru.

Doakn saya kuat untuk MOVE ON, saya terlalu kecewa dan doakan saya bertemu jodoh dengan seseorang yang boleh terima diri saya seadanya, insyaaAllah. Thanks semua…