“Kalau dia tak balik pun aku tak kesah” luahan mak yg kecewa. Itulah abg M yg mak banggakan dulu

Intro sikit pasal aku. Lima beradik. Abang F, Abang M, Aku, dua adik perempuan U dan Z. Mak aku single mother. Ayah masih ada, tinggal di negeri sebelah.

Mak and ayah dua dua baik je, cuma jodoh la kot tak panjang. Mak duduk seorang kat rumah, aku dengan abang F duduk dekat dengan mak so selalu la tengokkan mak.

Ini cerita tentang abang M. Oh ye, semua kami dah berkahwin alhamdulillah. Abang M, kahwin dengan kawan se-universiti. Degree bidang agama.

Awal-awal dulu, mak ayah bangga betul dengan abang M. Iyelah, belajar tinggi, bidang agama pulak tu. Kiranya anak harapan la.

Dannn abang M ni kira anak lelaki bongsu kan, so mak ayah memang manjakan dia sikit. Kahwin pulak dengan perempuan baik, dari keluarga baik, muka pun not bad, tudung labuh pulak of course.

Time masak masuk dapur walaupun tak pandai masak. Boleh la tolong potong-potong ke basuh pinggan ke.

Tapi lepas setahun dua, both abang M dengan wife dia macam buat perangai. Abang M jarang balik jenguk mak. Kalau balik pun, dia entah kemane.

Tinggal wife dia dan anak kat rumah. Yang wife ni, bangun subuh pastu senyap dalam bilik. Anak dah bangun bising nak makan, dia buat senyap je. Taktau lah tido ke pitam ke. Dan dia makin menjadi-jadi lepas bersalin anak no 3.

Dua anak first tu lelaki. Lasaknya ya tuhan, lain macam. So dah dia ignore anak-anak, mak aku la kene layan anak dia kan. Nenek mane tak sayang cucu.

Layan layan layannn, dah bertahun macam tu. Mak aku fed-up la jugak. Mak kene buat breakfast. Mak kene suap anak dia.

penatlah mak nak kene buat semua. Sampai ade sekali tu aku perasan, lepas aku, adik U and mak siap masak sama sama, laju mak jalan pegi masuk bilik,

aku rasa mak nak ngelak dari anak dia bergantung kat kaki mak aku mintak nasik. Kesian mak. Itu baru bab makan tau.

Bab anak dia merosakkan harta benda kat rumah tu lagi. Bersepah lagi. Pampers anak dia lagi. Mainan toksah cerita la, anak-anak dia akan jahanamkan semua mainan yang dia nampak.

Mainan anak aku dan anak-anak buah aku. Kalau mainan dia, simpan elok dalam bilik. Mainan orang lain dah patah, sorok lepas tu buat taktau.

Yang aku musykil ade sekali tu mainan anak aku macam belon gitu la, aku jumpa satu part tu dah tersiat. So bocor la kan, dan aku jumpa banyak salotep kat tempat bocor tu.

Abang M dan wife dia tak act macam orang normal. Yang abang M berlagak macam orang bujang, padahal anak dah berderet. Yang wife dia, macam tak reti jaga anak.

Bila orang marah anak dia kang, dia tarik muka. Tapi dia punya tahap tak jaga anak tu, anak punya makan dia tak dulik. Anak mandi petang pun kul10 malam. Anak mandi pun dia tak tengok langsung. Tinggal gitu je.

And yes, anak dia pernah cedera jatuh dalam bilik air. Still, dia biarkan anak mandi sendiri. Aku sangat sangat curious dia buat ape dalam bilik.

Pagi bawak kepetang terperap aje. Keluar bila nasik dah siap masak ajela. Siap makan kang, lepak depan tv sengah jam gitu, pastu lesap balik.

Rasanya tahun ni masuk tahun ke 9 ke 10 gitu la dorang kahwin. Banyak lagi perangai pelik dorang. Abang M bukan taktau, mak tu single mother.

Dulu dulu mak cakap, abang M kalau tak balik pun takpelah, mak penat nak layan diorang. Few years back pulak mak cakap, abang M tak payah balik lagi bagus, mak jadi susah.

Latest kalau sebut pasal abang M, mak cuma geleng kepala sambil buat muka sedih. Kecewa betul dia dengan abang M, anak yang dia banggakan dulu.

Dan adik U yang aku cakap suka bela dia anak beranak dulu pun sekarang dah menyampah. Paling adik U menyampah, kalau plan bukak puasa ramai ramai tu kan, dia sekeluarga akan sampai kat rumah mak 7.05 malam.

Elok la azan 7.10 sedang elok dia sampai cedok2 nasik dah boleh makan kan. Yang ni bukan adik U je menyampah, seisi alam pun meluat.

Yang adik U tu takpelah lagi. Yang aku kisahkan sangat, bila mak dah rase macam tu, macam mane la kehidupan abang M akan datang.

Mak makin tua, kesian tengok mak berduka lara macam tu. Ya Allah, kau sedarkan lah abang aku sebelum semuanya terlambat Ya Allah. Amin.

– Adik K (Bukan nama sebenar)