Bos offer aku dengan jawatan supervisor. Bila aku jawab aku terima dia diam pulak. Rupanya dia ada plan lain

Assalamualaikum semua. Aku tak pandai menulis dan karang ayat panjang2. Kalau penceritaan aku ni susah nak faham aku mintak maaf, Aku dah berkahwin nak masuk 3 tahun dengan sorang anak, anak aku baru je 4 bulan. Suami aku kerja biasa2 je, setakat ni Alhamdulillah semua makan pakai cukup.

Aku pun kerja biasa2 je even ada degree, kerja aku gaji taraf SPM je. Aku tak kisah sangat pasal gaji tak ikut qualification aku tu, sebab aku masuk bidang bukan dengan kelulusan aku.

So fikir nak kutip pengalaman, dan aku dah kerja gaji taraf SPM ni dah hampir dua tahun.

Kemuncaknya jadi lepas raya baru ni. Supervisor aku hantar notis untuk berhenti kerja. Masa ni aku memang tak tahu yang supervisor aku dah hantar notis berhenti kerja.

Sehinggakan satu hari tu bos aku datang site, and inform aku yang pasal supervisor aku yang nak berhenti ni.

Aku masih ingat lagi ayat dia, ‘ikutkan style company ni, kami akan dahulukan staff yang ada dulu untuk sebarang kekosongan jawatan’.

So dia offer aku dengan jawatan supervisor ni, aku macam terkejut sebab memang tak jangka. Dan aku minta masa 3 hari untuk beri keputusan sebab nak bincang dengan husband dulu.

Pada mulanya aku berbelah bahagi juga untuk terima offer sebab aku tak yakin untuk handle site, which is lari sangat dari bidang aku belajar dulu..

Seminggu sebelum tu kami dah bincang nak masak apa. Aku nak masak bihun sup. Dengan anak kecik aku gigih masak bihun sup sampai pukul 12.30 malam untuk makan2 kat office esok hari.

Keesokkan tu aku pakai baju raya and makeup lawa2 sebab nak sambut raya la katakan. Hahaha.. Sampai office ada seorang staff yang memang aku dah kenal datang office.

Then aku tanya dia jaga site sini ke nanti. Dia iyakan saje, so aku takde la tanya lebih2. Masa ni aku tak baca lagi whatsapp dari bos aku, supervisor aku pun tak sampai lagi sebab settlekan urusan kat luar sekejap.

Aku pun buat kerja aku, then bukak whatsapp, baru baca whatsapp dari bos aku. Dia minta maaf sebab terpaksa gantikan orang lain untuk jawatan supervisor tu.

Aku terus terdiam, aku tak kisah dia nak gantikan orang lain pun, tapi aku persoalkan juga kenapa harini baru nak bagitahu aku, staff yang ganti aku dah masuk harini baru nak whatsapp aku.

Pasal bihun sup tu aku just letak kat rumah mak saudara aku mintak dia panggil jiran2 makan, dan aku pun dah tak mampu nak makan bihun sup aku sendiri waktu ni. Perasaan kecewa masih menebal.

Harini dah tiga hari aku tak masuk office. Aku mintak cuti seminggu. Esok last day supervisor aku, aku tak tahu lah macam mana aku nak habiskan waktu sebulan ni sebelum notis berhenti kerja aku tamat. Dalam masa sama aku nak cari kerja lain, untuk tolong husband aku.

Pada pembaca semua, doakan aku dapat kerja baru dan lebih bagus dari kerja sebelum ni. Doakan juga supaya aku lebih kuat sebab tiap kali aku tengok muka anak aku, aku akan menangis sebab dapat mak yang loser macam aku.