“Tegak je berdiri tak gerak2. Rambut cantik panjang siap pakai cheongsam.” Raya cina kan lambat lagi.

“abang nak jual lah rumah tu..”, umum abang azman pada aku sambil mula menghirup kopi…

“jual rumah?”, tanya aku balik sedikit terkejut

“mhmm..”, abang azman jawab dengan suara yang campur kopi

“tak sampai 4 tahun kan abang duduk rumah tu?”

“dekat 3 tahun setengah. tapi tak tahan aa..dah selalu sangat kena kacau..”, abang Azman cakap sambil geleng kepala sikit dan kacau sudu dalam kopi pelan-pelan..

“sapa yang kacau?”

“dah berape kali dalam 2-3 bulan ni abang nampak perempuan cina pakai cheongsam merah…”

kopi yang aku telan cam tersangkut sikit tengah tekak. aku pandang sekeliling kopitiam pot aku minum kopi dengan abang azman petang tu. tak ramai orang.
aku pandang balik kat abang azman. nampak cam tenangg je airmuka dia…

“selalu dia duduk kat tangga tepi rumah abang. ni dah main sampai dalam rumah. tu yang tak boleh angkat tu”, abang Azman sambung lagi

aku terkebil. mak aii. blok apartment abang Azman ni dekat sangat je dengan blok aku tinggal. sepelaung pakai mikrofon dah tetentu boleh dengar. seriau sekejap aku.

“selalu ke masuk rumah?”

“dah 2 kali. sekali bini abang nampak. lepas tu abang plak kena”

“ganas tu. sebelum tu abang selalu nampak kat tepi tangga?”

“a ah. tapi first time abang nampak kat parking lot bawah blok..”

Abang Azman memandu teksinya perlahan-lahan masuk kekawasan blok apartmentnya. parking lot nampak agak penuh dengan kereta namun suasana tetap nampak muram dan gelap.

Ada beberapa pokok besar tegak terpacak disekitar nya. Ketika siang hari, pokok2 tu menghijaukan suasana. Indah dan redup. Tapi lain pula jadinya bila malam tiba.

Jadi suram dan gelap serta menyeramkan. Aku memang tak boleh nak pandang keatas pokok-pokok tu bila lalu disitu memalam. Perasaan diganggu seolah-olah ada “benda” yang sedang bertenggek disalah-satu dahannya yang sebesar peha gajah.

Cantik. ada satu petak kosong. Abang Azman terus park teksi dia disitu. Terus dia matikan enjin kereta dan kemas-kemas apa yang patut sebab pagi esok kawan dia punya turn plak bawak.

Sedang mengemas-ngemas tu Abang Azman perasan seperti ada bayangan yang melintas dibelakang teksinya melalui cermin rear-view. Berderau sekejap darahnya. Tapi dia teruskan mengemas dan kira duit dan cepat-cepat keluar dari teksinya.

“fuhhh..kira nasib baik jugak tu tak nampak mukanya ya..”

“yup. kalau nampak tak tahulaa camana..”

“orang kot bang..tunggu boyfriend ke apa..”, aku buat andaian

“abang ada fikir camtu jugak bila memula nampak tu. tapi dia berdiri tegakk je tak gerak-gerak dan rambut nya pun panjang sangat.

lepas tu pakai cheongsam plak. raya cina kan lambat lagi”, Abang Azman counter-attack balik point aku tadi macam lawyer buat bantahan dalam court

aku angguk pelan-pelan agak setuju dengan hujahnya..

“lepas tu apa jadi?”

“terus abang jalan cepat-cepat la ke pintu lif. bila nak naik lif tu abang pandang sekejap ke pokok tu tapi dia dah takde kat situ”

“nak kopi lagi bang?” usul aku pada Abang Azman. niat aku memang nak dia sambung lagi cerita dia ni dan kopi memang pemangkin yang berkesan untuk terus bersembang..

“ok jugak”

“one kopi siew tai!”, laung aku pada amoi waiter kopitiam tu..

“lepas tu bang? camana abang nampak kat tangga tu?”, tanya aku lagi tak sabar-sabar..

“malam tu macam biasa abang balik bawak teksi dekat kul 3 pagi camtu..”

Berpakaian cheongsam merah persis seperti apa yang dilihatnya dibawah pokok dulu, dengan wajah yang terlindung disebalik rambut yang terjurai panjang hingga kekaki. juga jelas kedengaran suara seperti menangis terisak-isak…

“gilalah…macam nak meremang bulu tengkuk saya ni bang”

“kau dengar cerita pun rasa meremang. abis abang yang nampak ni? macam nak pengsan rasanya masa tu”

“abis tu? abang lari balik masuk lif ke?”, aku bertanya bangang

“lari masuk lif apa plakk..pelan-pelan laa abang pusing dan lari terus ke rumah. kelam-kabut jugak laa nak bukak kunci rumah takut dia terpacak je belakang abang masa tu”, sambung Abang Azman sambil mula menghirup kopi panas yang baru sampai..

“so lepas malam tu, dah selalu la abang nampak duduk kat tangga depan lif tu?”

“a ah. dah 3-4 kali dah setakat ni lepas first time nampak kat tangga tu”

“apasal tak tukar shift je bawak pagi balik petang je bang?”, cadang aku sambil sedut rokok senafas-dua..

Kak Zaharah keluar dari bilik tidur. Ruang tamunya agak gelap hanya diterangi sedikit lampu dari koridor melalui tingkap yang berlangsir jarang. Dia mula melangkah ke dapur dalam keadaan gelap samar itu.

Namun suara menangis terisak-isak yang didengarnya tetiba buat langkahnya terhenti. pada mulanya, suara menangis terisak-isak tu disangkanya datang dari rumah jiran terdekat tapi bunyi tangisan tu kedengaran seperti datang dari dalam rumahnya sendiri.

sayu dan halus bunyinya namun jelas kedengaran ditelinganya. Segera Kak Zaharah pandang sekeliling ruang tamunya. dan darahnya terasa seperti berhenti mengalir bila matanya dihalakan ke arah sofanya..

“bini abang nampak dia tercongok duduk kat atas sofa sambil nangis terisak-isak macam yang abang nampak kat tangga”

“uishh..abis Kak Zaharah camana masa tu?”

“terus dia lari balik masuk bilik tak keluar-keluar sampai pagi. Abang balik pun dia tak keluar bilik. Dia cakap suara menangis tu terus dia dengar dari dalam bilik. lama jugaklaa sampai la abang balik katanya”

“so kak Zaharah ok ke lepas tu?”

Lega hati Abang Azman bila dilihat tangga didepan lif kosong tiada kelibat lembaga perempuan cina bercheongsam merah. segera dia melangkah pantas menuju kerumahnya yang tak berapa jauh dari lif.

Rumahnya memang takde sesapa sekarang kerana isterinya dah tak sanggup duduk sensorang dirumah selepas kejadian malam tu.

Pintu dibuka perlahan dan Abang Azman melangkah masuk kerumah. Gelap agak gelita rumahnya dan sunyi benar rasanya.

Tangannya meraba dinding untuk memetik suis lampu bila tetiba dia terdengar satu suara tangisan sayu dan terisak-isak datang dari arah sofa diruang tamu. Sejuk seluruh tubuh dirasakannya melihat apa yang sedang duduk disofanya..

Lembaga wanita cina bercheongsam merah dengan rambut panjang menutup wajah mengurai hingga kekaki sedang duduk tegak diatas sofa sambil menangis terisak-isak.

Abang Azman inform aku selepas meeting petang tu dikopitiam yang dia dah start bawak teksi dia dari malam pukul 7 sampai pukul 6-7 pagi keesokkannya. Memang dia tak sanggup dah duduk rumah tu terutamanya dimalam hari.

dan selepas hampir 3 bulan lebih, aku berjaya dapatkan buyer rumah Abang Azman tu. satu keluarga anak 2 dari Philippines. tapi aku tak ceritakan laa tentang “sejarah” rumah tu pada buyer ni.

Lagipun sisuami plak nampak happy sangat dapat rumah tu sebab mudah dan dekat nak ketempat kerjanya serta pasar dan sekolah untuk anaknya pun dekat..

entahlahh..salah ke aku tak ceritakan pada dia kisah rumah tu?

tammat