Hampir 9 tahun kami bersama tp bila setiap kali cakap pasal kawin dia mula lah rasa down

Aku nak cerita pengalaman aku dengan kekasih yang depression. Kekasih yang aku kenal sejak U ada depression and anxiety. He realized he needs help and he go get them.

Aku cuba utk jadi kekasih yang baik dan supportive. Aku selalu cakap aku sayang dia, he is not alone. He is loved. He matters. Aku happy kan dia. Aku tolong dia pasal assigments kalau dia down rasa diri dia bodoh. Macam2.

Dia datang from family yang broken. Ibu bapa dia tak peduli pasal dia. Depression ni pon dia try rawat diri sendiri. Keluarga tak peduli. Aku kesian maka aku stay dengan dia.

Now dah hampir 9 tahun kami bersama. Susah senang kami harungi bersama. Dari zaman U sampai zaman kerja. Dia masih under follow up, masih on treatment.

Kadang-kadang dia okay. Kalau dia tak okay dia akan jadi lain. Im sure with all the awareness, kalian sendiri tahu apa jadi kepada pesakit yang depression & anxiety.

Of coz aku bincang masa dia tengah ok bukan masa dia tengah sakit. Pernah aku teman follow up, aku pernah cakap dengan doctor tu supaya macam nasihat2 la dia untuk kahwin dengan aku. Tapi doctor kata dia tak boleh nasihat macam tu. And everytime follow up bukan aku boleh teman, aku bukan keluarga. Aku duduk je la kat luar….

Setiap kali aku ajak kahwin, mesti dia akan down. Dia rasa dia tak layak. Dia tak layak jadi suami, jadi bapa, jadi menantu. Dia ada problem.

Dia tak mampu nak bahagiakan aku. Dia terus dapat anxiety. Jadi lagi episode anxiety. Bila dah okay, jadiii balik. Hummm.

Aku guna banyak approach untuk ajak dia kahwin. Aku ikhlas sayang kan dia. Tapi setiap kali tu mesti dia anxiety. Aku suruh dia pergi cari support group.

Maybe tanya pendapat atau minta pengalaman from mereka cara untuk overcome perasaan rasa tak worthy dia. Dia kata dia dah cuba.

Aku ada try cakap keluarga aku dah tanya. Terus dia kata dia tau this day will come. Family aku akan reject dia. Aku mula marah.

Aku cakap they have been accepting him since dulu tapi now bila jadi macam ni terus salah family aku? Tapi aku tahan marah aku. Aku try sangat2 tak kuat suara.

Selama ni itulah relationship kami. Aku akan tak marah2, sentiasa cakap baik2. Bukan gf yang suka nak merajuk. So aku buntu. Aku dah bagi almost 9 tahun hidup aku kat dia. Takkan dia tak faham dan tak nampak lagi?

Aku pulak yang stress. Aku sayang dia. Tolonglah apa perlu aku buat? Kalian yang ada pasangan begini, macam mana kalian ajak kahwin? Aku buntu.

Sorry cerita aku agak laju. Aku dah takde masa sebab parents aku nampak macam dah annoyed sangat dengan kesetiaan aku.

Benda ni dah start jadi isu tahun lepas. Kekasih aku pulak macam dah give up. Dia macam tak kisah pon. Bila bincang je down. Bila tak bincang okay pulak. Sedihnya aku.