“Dia tibai kepala aku, Ketuk guna gulung kertas” Berat badan aku makin susut hingga cengkung pipi

Hai semua, memandangkan tak lama lagi anniversary aku ke-3 kerja dekat company sekarang, aku terpanggil nak cerita pengalaman kerja pertama aku masa aku fresh graduate dulu.

Aku ni asal orang kampung kat utara, ambik pulak course yang takde kat kampung, kalau nak kerja kena ke bandar.

Aku diploma + degree total 7 tahun, hutang almost 50k hahaha aku tak pernah repeat walau satu subjek pun, menang course aku ni lama.

Masa habis belajar dulu macam biasa la berkobar-kobar nak kerja tapi aku decide nak honeymoon sebulan dua dulu lepas keluar result.

Pastu sebulan honeymoon dah bosan, aku pun mula la job hunting. Bersemangat waja. Semua website aku apply, hantar email apply kerja, baca tips interview, resume polish berpuluh kali namun sepi jua.

Aku beria janji dengan bos, boleh diusahakan. Aku balik je kampung bagitau bapak aku nak beli kereta,

aku keluarkan segala duit2 raya, duit kerja part time, beli kereta kelisa secondhand yg usia dia dah 10 tahun.

Kusangkankan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kalau korang biasa kerja dengan company c*na ni, korang akan tau memang upper management ni kaum kerabat dia.

Company aku kerja milik pasangan suami isteri berpangkat Dato’ Datin yang muda dan berjaya. Macam biasa kalau company c*na akan panggil owner lelaki Boss, owner perempuan Madam.

Bos ni memang hensem, dia jaga marketing dengan sales sebab muka hensem + pandai bercakap, dia punya BM&BI takde pelat pun, mandarin, cantonese, hokkien semua dia tau. Madam cantik dan seksi, otak geliga, dia jaga account dengan production.

(Aku tau jie tu akak sebab aku tau basic chinese and salah satu sebab dapat kerja situ) Aku tak ingat pun bila masa aku bercakap dengan staff tu. Turned out staff tu akak kepada madam.

Start tu hidup aku kacau. Aku kerja closely kena report dekat madam, rupanya madam ni ada anger management issue, sikit salah, satu building boleh dengar dia bertempik.

Madam pulak tak suka staff ramai2 sebab dia tak suka staff dia buang2 masa berborak ke. So aku ni buat 2-3 kerja. Terkejar2, company growing tapi staff tak nak tambah.

Aku ni dah la fresh grad, blur2 sikit kena tempik. Dia pulak tak suka lambat2, buat decision kena cepat2, aku tak sempat nak fikir panjang.

Aku ni memang prinsip hidup akan try hard dalam apa benda pun yang aku buat. Aku bawak balik kerja, balik rumah ulangkaji apa orang ajar,

Tanya benda susah sikit, mula tak tau, pastu salahkan aku sebab tak tau haha. Aku baru 2 bulan kot time tu.

Salah satu skop kerja aku time tu ialah manage foreign worker, fuhhh kalau korang tau la cabaran nak manage foreign worker ni macam mana.

Masa tu kerja aku terlampau banyak, memang tak sempat duduk, perut sampai senak banyak sangat berjalan. Madam dengan akak madam ni tak suka orang tanya soalan, asal tanya kena herdik, asal salah kena tempik.

lupa something kena hina. Ada sekali tu aku tersilap sikit pastu madam yang perasan, dia panggil ramai2 pekerja kilang semua, depan ramai tu dia panggil aku ‘bodoh’, ‘takde otak’ sambil pukul kepala aku berkali-kali dengan gulungan kertas.

Pernah jugak time meeting dia cakap aku tak cantik, baju pun tak cantik. Dia suruh aku beli baju baru, pakai makeup.

Tak cukup lagi, kerja-kerja operator pun aku selalu buat, mop lantai, susun pallet, kira stock. Kerja aku ni kalau ada lapang 5 minit aku pergi toilet nangis.

Sebab selalu sangat kena tempik, kena herdik, aku start tak boleh tido malam, hati berdebar2, tangan menggigil2 nak drive pergi kerja tapi aku takde masa dan duit nak jumpa psychiatrist.

Tambah pulak aku banyak guna physical energy, berat badan aku makin susut sampai cengkung pipi.

Tiap hari aku akan bekerja yang perlu kehulu hilir, 15000 steps tu perkara biasa. Peak aku tak tahan sebab ada sorang staff baru dia pertikaikan cara madam pastu terus kena herdik dan pecat serta merta.

Hari tu waktu lunch hour, aku duduk sorang2 kat kilang berfikir masa depan aku sambil nangis2.

Aku sendiri pernah nampak foreign worker kena pukul sebab tak boleh cakap melayu. Even aku dah resign dia still trace aku kerja kat mana.

Alhamdulillah lepas aku berhenti, senang pulak nak dapat kerja. Tempat kerja baru, kerja lama yang aku buat sorang2 tu rupanya kerja 4 ORANG! tu pun ada sub-ordinate lagi bawah2.

Probation habis awal, bos puji sebab rajin dan cepat pandai, gaji pun lebih banyak dari company lama. Upper management still kaum kerabat bos dan madam baru, tapi dorang tak kacau sangat production team sebab dorang tau kami lebih pakar.

Kat sini amalkan sikap diskus everyhting before final decision. Kalau ada silap, bawak pergi meeting room senyap2, tegur dan ajar semula apa yang salah.

Even our foreign workers pun ada sesi luahan perasan tahunan hahaha. tak fasih cakap melayu? No worries, boleh bawak kawan translatekan XD.

Nota kaki: yang time aku senang dapat kerja tu aku amalkan baca waqiah hari2 lepas maghrib pastu sembahyang hajat hampir setiap hari pastu doa pun jangan putus ye.