Aku risau dibuang keluarga. Abah tinggalkan kami. Kakak pula buat sesuatu yg memudaratkan diri.

Aku A, anak ke 3 daripada 4 beradik dalam keluarga. Aku tak tahu nak cakap macam mana dengan masalah keluarga aku yang aku rasa malang bertimpa tanpa henti.

Dahulu masa aku darjah 6 lagi arwah mak aku sakit di santau/sihir angkara hasad dengki kawan baik mak aku.

Tak cukup lagi ditambah hasut pula ahli keluarga ku yang jiwa lemah iaitu kakak ku. Histeria pula. Hidup keluarga porak peranda, abah & arwah ma bergaduh sentiasa kerana kepanasan emosi dan stress.

Kami habis berubat sana sini tergadai hingga miskin. Sampai satu tahap kami tidak tahu berubat sihir dimana lagi kami hanya telan rasa sakit dan berserah pada ilahi.

Tiada keceriaan hanya duka kerut di wajah. Yang paling terkesan arwah ibu. Tiba aku dewasa, hanya aku sahaja bergraduat diploma di universiti awam.

aku di perantauan juga adik ku dan abang aku dirumah isterinya yang mengambil masa 2 jam perjalanan untuk ke kampung ku.

Fasa 1 berlalu aku redha pemergian arwah ma aku yg sudah lama menanggung sakit lebih dari 10 tahun… Aku harap dia tenang disana dan Allah membalas segala galanya yang terjadi kerana Allah lebih tahu.

Selang 1 tahun arwah pergi tiba pula episod lain kakak ku mula meracau apabila sendirian. Lebih teruk sekarang sudah mula menjauhkan diri dari aku dan keluarga dan mula murung.

Aku tidak dapat membantu kerana aku bekerja dan punya komitmen terkadang aku call/wasap tidak berbalas. Sebelah rumah aku ada mak sedara belah arwah ma aku,

dia cuba berinteraksi namun gagal. Kakak aku mula merapu mengatakan orang sihir dirinya padahal tidak.

Aku menangis mengenangkan nasib kenapa begini. Hari raya orang balik kampung gembira tapi aku? Dihari raya orang masak2 enak, datang bual2 beraya tapi aku…

Sunyi sepi. Hidup tanpa arwah mak aku sekarang aku rasa tiada makna lagi.

Aku kuat bekerja, buat partime untuk tampung kos diri ku, hutang lagi, hantar kampung lagi.

Bagi mengurangkan penyakit amuk kakak ku tu kami dah cuba rawatan doktor dan terpaksa menyuruh dia makan ubat setiap hari. Kalau dia lupa.. Maka tak tentu lah emosi dia nanti. Masalahnya sampai bila? Ya Allah…

Disebalik kehuru haraan aku lupa Abah aku makin tua. Bila balik kampung lihat rumah, sangat bersepah, ruang tidur hanya di sofa tidak terurus…

Situasi lebih panas apabila mak sedara aku mendapat tahu dan memberitahu perempuan yang dikahwini abah aku adalah perempuan yang tidak baik.

Aku mula jadi bingung bagaimana harus aku menilai dan buat. Mak sedara aku mula protes dan marah2 memandangkan rumah sebelah sebelah sahaja.. Menyalahkan abah aku tidak lagi menjaga kakak ku.

Masalahnya kakak ku juga tidak mahu berinteraksi dengan orang sekeliling dan beli makanan pun tidak mahu makan. Hanya minum susu sahaja. Abah aku yang selalu beli bila ada diwaktu siang.

Mak sedara aku mula call aku untuk bagitahu (macam report) abah aku tak balik rumah lagi, abah aku pergi sana sini, aku jadi stress tak tentu arah ape perlu aku buat.

Aku cuba bercakap dengan abah aku namun abah aku mula merajuk cakap tidak mahu balik rumah, cakap aku memihak mak sedara aku, aku tidak faham perasaannya.

Aku serba salah apa aku mahu tegur abahku yang usianya mengjangkau 60-an mengajarnye tenatang tanggungjawab menjaga anak? Wajarkah aku? Sedangkan aku belum berbakti membalas jasanya susah penat lelah bekerja membesarkan aku dulu?

Aku sampai mendapat migrain tidak dapat bertenang memikirkan masalah keluarga. Belum masuk masalah sendiri mahupun ditempat kerja. Aku malu.

Aku malu dengan kehidupan keluarga aku.. Aku memedam rahsia ini… Menunjukkan aku happy dikhalayak ramai namun hati gusar 1000 kali risau siapa tahu melainkan Allah.

Aku berbincang asing dengan abang & adik ku menggesa mereka berfikir sesuatu namun masih tiada cara. Kami buntu..

Yang paling banyak berfikirnya aku sebab aku anak perempuan yang satu satunya semua anggap aku harapan. Aku tidak mampu nak galas semua beban ini ya Allah.

Aku bimbang. Aku bimbang aku dibuang keluarga.. Abah aku meninggalkan kami semua.. Kakak ku berbuat sesuatu yang memudaratkam dirinya…

Aku takut ya Allah. Jiwaku sungguh meronta, apa harus aku buat bila aku kejauhan ini.

Aku baru sahaja ditawarkan kenaikan pangkat namun aku masih tiada jawapan untuk terima
atau tidak mengenangkan masalah aku ini bimbang aku tidak mampu menggalas amanah dengan baik kepada tempat kerja aku.

Ataupun aku harus berhenti kerja pulang sahaja ke kampung dan.. Memperbetulkan segala masalah..

Apa aku yang harus bekorban? Apa aku mampu melakukan sendiri? Apa gunanya aku seorang sahaja yang berubah dan yang lainnya tidak… Apakah ujian ini aku seorang sahaja yang menanggung.

Aku ingin merasa sekelumit bahagia hanya untuk keluargaku yang kecil ini.. “Ma…. kalaulah ma ada disini….”

Tolong berikan aku semangat.