Aku kahwin dgn harapan ada kebahagiaan, kasih yang xpernah aku dapat dri family sendiri.Tp aku pula trgantung sepi

Keadaan aku dengan adik-beradik dah lebih baik daripada dulu cuma kitorang still tak okay dengan parents kitorang and masing-masing jauhkan diri.

Aku sentiasa doakan supaya parents aku okay dan kalau ditimpa kesusahan ke apa, jangan risau, anak-anak akan ada untuk membantu. Kami adik beradik pula, cuba sentiasa ada untuk each other.

Tapi tulisan aku kali ni bukan pasal keluarga aku dan bukan daripada kaca mata seorang anak, tetapi seorang isteri.

Alhamdulillah, aku dah kahwin 8 bulan lepas dengan pilihan aku dengan harapan aku akan dapat kebahagiaan dan kasih-sayang yang aku tak pernah dapat daripada family aku.

Hujung tahun lepas, aku gagahkan diri pergi sesi kaunseling sebab aku rasa motivation dan productivity aku dah sangat teruk.

Kaunselor aku cakap, bos aku ni resemble ayah aku yang tak bertanggungjawab dalam kehidupan aku.

Benda dan kejadian yang berulang. So benda tu subconsciously affect aku and no wonder aku makin teruk dan selalu breakdown.

Bukan aku tak pernah share benda ni with my then boyfriend, fiancé and now husband. Aku tak suka pendam perasaan aku sebab aku dah pernah buat waktu aku membesar dulu dan benda tu makan dalaman aku balik.

Tapi tu lah, lelaki kan. Apa je ada dalam kepala diorang. Balik-balik aku sendiri kena cari penyelesaian dan muhasabah diri.

Kalau buat sesi luahan hati pun macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri last-last aku tergantung sepi je dekat situ.

Selain itu, angan-angan aku untuk hidup bahagia dengan kasih-sayang macam harapan yang semakin menjauh. Aku tak minta intan permata,

aku tak minta harta sebab itu semua aku boleh cari sendiri dan gaji aku lebih tinggi daripada gaji dia. Aku tak pernah kisah untuk minta barang material sebab aku boleh cari sendiri.

Aku hanya nak kasih-sayang dia. To celebrate important dates in our lives, to celebrate our life together, to live life together.

Anniversary kitorang yang ke-7, aku tak minta banyak, just nak pergi dinner je di tempat yang aku dah fikirkan dan bil yang aku akan tanggung.

Nak harap dia, dah 6 kali anniversary dah terbiar berlalu begitu saja. It’s okay, I know when to give up and not expecting. Even so, he couldn’t cooperate.

Not even a home that I could find my comfort and confide in. Rasa sedih sangat. Rasa sia-sia aku selama ni aku usaha sehabis baik, jadi sehabis baik untuk mengecap bahagia.

Sebelum kahwin aku dah istikharah kalau ini yang terbaik untukku, maka aku doa permudahkan lah semuanya. Dan yes, kami berkahwin juga akhirnya.

At times, aku rasa marah. Aku marah sebab taktau apa lagi salah yang aku buat sampai hidup aku macam ni.

Fikiran untuk mati jangan cakap lah. Tahun 2016 memang aku selalu sangat ada suicidal thoughts.

Kalau pembaca ada cadangan dekat mana yang okay untuk therapy session, cadangan amat dialu-alukan.

Saya rasa saya ada banyak deep-rooted issues from my parents, family and childhood yang perlu diselesaikan.

Mungkin, bila semua isu dah diselesaikan, keyakinan diri saya akan pulih, saya akan lebih menyayangi diri sendiri dan akan lebih berani untuk mengambil langkah yang drastik demi kebahagiaan diri sendiri.