Abah balik nak buat kejutan besday, smpai di rumah tergamam ibu dah buat sesuatu smpai aku putus dgn abah

Assalamualaikum wbt. Aku Ana, berusia 30 an, mualaf (9 tahun lepas). Aku ni berasal dari broken family, sejak lahir memang tak mengenali siapa kah ayah kandung, bahkan setiap kali bertanya, ibu pasti akan mengamuk sehinggakan aku malas lagi untuk bertanya.

Sehinggakan aku tidak pernah kisah, sama ada ayah itu ada atau tidak. Bahkan, aku membesar menjadi seorang yang sangat berdikari, outspoken, ego, tidak mahu mengalah memandangkan aku ni anak sulung.

Pendek kata, apa yang aku tidak suka, aku memang akan cakap, dengan manner yang boleh buat orang skit hati kalau jenis hati tisu. Hahaha..

Aku jenis keras kepala, aku akan dapatkan apa yang aku nak. Begitu lah, kehidupan aku dengan ibu, bukan seindah yang korang bayangkan.

Ibu tiada masa untuk aku, kalau dia ada pun, aku sentiasa salah di matanya. Jadi, aku memang dah pasang niat, bila aku besar nanti, aku akan pergi jauh dari dia.

Bukan aku tak sayang, tapi, aku takut dengan perangai panas baran aku ni, sesilap berparang pulak aku dengan ibu ku.

Opss.. sebelum terlupa, ibu membesarkan aku bukan dalam agama Islam, dan aku mmg bukan Islam, setiap ahad ibu akan bawa aku ke gereja.

Ibu aku bukanlah beragama Islam. Korang jgn hakimi aku sekarang, korang bca sampai habis baru korang tahu cerita aku.

Kuasa Allah, pada usia aku 10-11 tahun, aku terjumpa satu slip yang tertulis nama ibu ku, serta nama lelaki yang tidak aku kenal, berserta dengan nama seseorang yang tarikh lahirnya sama dengan aku.

Slip itu rupa rupanya adalah slip untuk mengambil sijil kelahiran. Yang peliknya nama lelaki dalam slip itu lelaki Islam berbangsa Melayu, berasal dari Johor.

Aku snap nama penuh lelaki tu, num ic yg tertera dalam slip tu. Sampai sekarang aku masih simpan gambar slip tu supaya jadi bahan bukti aku.

Dalam ruang otak aku belegar, siapa kah lelaki muslim dlm slip tu? ayah aku ke? Tapi mak tak pernah cerita asal usul ayah. Ayah yg aku panggil daddy sekarang ni agama nya lain. Aku jadi konfius.

Dan disitu lah cerita nya bermula. Aku mula sangsi, siapakah aku? Islamkah aku? Siapa bapaku? Dan kenapa aku dikristiankan?

Saban hari, pertanyaan itu sentiasa menghantui aku, sehingga, aku semakin tidak menjejakkan kaki ke gereja, aku tidak menyentuh arak, aku kurang memakan daging babi.

Ketika pengajian diploma aku, aku banyak bergaul dgn kawan2 muslim. Dari situ aku belajar banyak mengenai apa itu Islam.

Aku pergi kuliah magrib, tapi tak masuk dalam masjid. Aku lepak dekat parking motosikal. Aku curi2 dgr ceramah tu.

Masih segar dr ingatan ku ustaz yg bagi ceramah tu pernah cakap ” Ugama yg dterima Allah adalah ugama Islam “.

Bila dgr kata2 tu, tiba2 je air mata aku mengalir. Aku tak tahu, mungkin ada kena mengena dgn aku kah, kenapa tiba2 air mata mengalir.

Dalam masa yg sama, aku kenal rapat dgn Amin a.k.a boifren aku la. Aku tahu dia minat aku, tapi tak terkata dgn mulut, mungkin kami ni berlainan agama.

Amin agak kacak dan hensem. Setiap kali keluar dating, dia akan cerita pasal sejarah zaman Islam dulu. Aku memang tertatrik dgn cerita2 dia.

Cuma time tu aku kagum, seawal usia muda Amin, luas pengetahuan dia mengenai sejarah Islam.

Untuk pengetahuan kornag kan aku mention td aku bnyk kwn almost malay, so mereka kebnyakan tidak tahu sejarah Islam. So memang aku jatuh hati dgn si Amin ni sbb byk dia pengaruhi aku tntang agama Islam.

Lama kelamaan, pada semester akkhir pengajian kami, aku buat luahan perasaan dekat dia, yang aku memang menyukai dia. Aku nk dia bimbing aku ke jalan yg benar.

Ke jalan yg diredhai oleh Nya. Aku perlu bimbingan seorang lelaki bernama suami. Aku sgt tertarik dgn Amin sbb agama Islam

Akhirnya pada usia aku cukup 21, aku mengucap 2 kalimah syahadah. Pada ibu, aku ceritakan aku menyintai lelaki muslim, sedangkan cerita sebenarnya yang tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa, aku ingin kembali kepada asal.

Kerana aku yakin, asalnya aku ini Islam, bapa aku itu Islam, walau sebanyak mana pun ibu aku menafikan, aku tetap yakin.

Walau sebanyak mana pun usaha ibu aku sehingga sanggup menukar nama aku, sehingga membiarkan aku berayahkan orang lain, aku tetap yakin, Islam itu drah asal aku.

Dan alhamdullilah, aku selamat diijab kabulkan dgn Amin. Selepas kami berkahwin, rezki untuk mendalami ilmu Islam lebih mendalam.

Aku ingin tahu lebih. So, dengan ransangan dari suami aku sambung study dalam peringkat ijazah pengajian Islam. Syukur alhamdullilah.

Sehingga satu saat, selepas beberapa tahun aku Islam, aku terasa sangat rindu. Rindu pada seseorang yang aku tidak tahu siapa.

Aku rindu pada ayah yang tidak pernah aku kenal, yang aku tidak tahu dimana untuk cari, kerana nama ku sudah lain.

Aku tida ada apa apa dokumen yang membuktikan bahawa jika aku mencari ayah nanti, aku tidak mampu memanggilnya ayah.

Di situ, aku panjatkan doa, semoga Allah pertemukan dengan ayah kandung ku, biarlah aku sekadar kenal wajahnya saja. Kalau hidup, kalau sudah meninggal, biarlah aku temukan dengan batu nisannya.

Hujung tahun lepas, aku ternampak sepupu aku berjumpa balik dengan anak yang dia tinggalkan 29 tahun lepas, aku cemburu, kenapa Allah beri peluang pada mereka, tapi bukan aku? Lalu aku memulakan pencarian aku di media sosial.

Suami juga turut bantu misi mencari ayah. Nasib aku masih simpan gamba slip lama untuk pengambilan sijil kelahiran.

Kami pergi ke alamat lelaki tersebut. Malangnya alamat tersebut da jd hihway. rumah pun da tiada.

Allah itu menyayangi aku. Aku cuba stalk media ssial. Aku jumpa profile orangnya. Aku mesej, aku tanya soalan macam macam, dan sah, itu lah ayah yang aku cari, yang aku rindui, yang tidak mampu aku akui.

Dan pertemuan aku dan ayah kandung akhirnya berjaya. Aku menangis. Aku rindu ayah aku sekian lama. Ayah kandung aku Islam!

Ayah menceritakan hal sebenar apa yang berlaku antara dia mak aku. Pada awal perkahwinan, mak aku memeluk Islam.

Tapi dihalang hebat oleh nenek (ibu kepada mak aku). Selepas kelahiran aku, ayah terpaksa berjauhan dari mak atas sebab urusan kerja di tgh lautan.

Disitu lah bermula episod kecurangan mak aku dgn lelaki lain iaitu suami nya sekarang. Ayah cuba nk buat kejutan hari jadi aku pulang ke rumah tanpa pengetahuan mak aku.

Memang terkejut besar bila ada lelaki lain berlainan agama bersekedudukan dgn mak aku.

Hari tu juga ayah lafazkan talak dekat mak aku. Dipendekkan cerita selepas urusan mahkamah. aku diberi hak penjagaan oleh mak sepenuhnya.

Dan pada masa yg sama ayah mengundurkan diri hilang buat sekian lama. Memang time ayah cerita pada aku terkejut juga, memang sah aku dilahirkan dalam Islam.

Alhamdullilah, ayah pula tidak pernah menafikan kewujudan aku. Bahkan selama ini, dia memang mencari aku, dia meminta maaf kerana meninggalkan aku dan ibu.

Apa lagi yang aku ingin? Cukup, aku punya segalanya walaupun bukan kekayaan dunia.

Kisah lama aku padamkan dalam ingatan. Even mak dan ayah berlainan agama. Atas penyatuan ini atas kerana insan yg lemah. Aku cuba terangkan segala galanya pada mak selepas itu.

Mak seperti tidak percaya pertemuan aku dan ayah. Hanya kata2 ” Kebesaran Allah mengatasi segalanya” terpacul di mlut aku.

Aku bersyukur sangat. Aku punya kerjaya, aku punya suami yang baik, aku punya anak anak, aku punya ibu yang aku sanjungi, aku punya adik yang aku kasihi, dan aku jumpa ayah yang aku rindui.

Aku boleh berdiri megah, aku bukan anak yang disingkirkan. Aku bukan anak buangan.

Bagi pasangan yang bercerai, atau ingin bercerai, pastikan pilihan itu betul, jangan jadikan anak menjadi mangsa. Sakit dia, hanya mereka yang melalui saja tahu.

Untung bagi aku, kerana Allah itu memberi kesempatan untuk aku bertemu. Aku bersyukur, dan tidak minta lebih. Sekian sahaja dari aku.