Lepas Haziq temui ajal yg teragis. Aisyah seperti tak waras. “Kenape kau kacau aku” Ayat yg Aisyah kerap ulang2

Arghhh!! kepala Aisyah pening mengingatkan tragedi kemaalangan yang berlaku seminggu lepas.

Bagi Aisyah, kemalangan itulah yang paling teruk sekali. Aisyah mula memicit-micit kepalanya.

Tiba-tiba Haziq, suami Aisyah datang, “sayang, kenapa? Sayang masih fikir tentang kemalangantu ya?”

“Aisyah pening bang,” jawab Aisyah dengan perlahan.

“sudah la tu, pergi berehat. Abang nak makan sekejap. Abang dah lapar ni,” Haziq berkata. Aisyah dengan perlahan-lahan menaiki tangga untuk pergi ke biliknya.

Aisyah terjaga daripada tidur. Dia terasa yang biliknya terang. Dia membuka tingkap, “sudah pagi rupanya,” kata hati Aisyah. Dia mengambil tuala kemudian mandi.

Dia masih memikirkan tentang kejadian semalam. Selesai sahaja mandi, dia terdengar bunyi hon kereta di hadapan rumahnya.

“Itu pasti suamiku!” Dia cepat-cepat bersiap untuk menyambut kepulangan suaminya. Setelah sahaja suaminya masuk, dia terus bertanya,

“kenapa semalam sayang terus matikan telefon? Abang belum habis cakap lagi,” tanya suaminya seperti dalam keadaan marah.

“Aisyah… Aisyah…” percakapannya tidak dihabiskan. Air mata mula membasahi pipi Aisyah.

Sejurus selapas itu, suami Aisyah menjerit dengan kuat. Aisyah terus naik ke atas untuk melihat suaminya. D***h mengalir di atas lantai.

“Abangggggg!” Aisyah memanggil suaminya. Kelihatan perut suaminya terburai-burai. Usus semua sudah terkeluar daripada perut suaminya.

Kelihatan seperti perut suaminya telah dikoyak-koyakkan. Begitu ngeri sekali kejadian itu, Aisyah terus menelefon ambulans.

Beberapa minit kemudian, ambulans pun datang. Haziq dibawa ke hospital. Walau bagaimanapun, tuhan lebih menyayangi Haziq. Haziq telah meninggal dunia.

Kejadian itu menyebabkan Aisyah seperti kurang waras. Dia tidak boleh menerima peninggalan suaminya. Haziqlah cinta pertama dan terakhir Aisyah.

Benda itu susah hendak dikeluarkan, kerana sudah lama dan sebati berada dalam badan Aisyah.

“Sudah lama? Sebati? Sejak bila?” tanya Azman.

Pakar itu berkata, “sekarang ni, saya nak kamu pulang ke rumah dan ingat kembali siapa yang menemani Aisyah semasa dalam hospital dulu.”

Azman terus membawa Aisyah pulang kerumah Azman. Dalam beberapa minit kemudian, dia teringat bahawa yang menemani Aisyah semasa di hospital ialah rakan Aisyah. Azman terus menelefon rakan Aisyah, Farah.

“Kau tolong datang ke rumah aku sekejap,” arahnya.

“Ba… baa… baiklah,” jawab Farah terketar-ketar.

Saya melawat Aisyah kerana saya ingin menghantar benda itu. Benda itu akan buat apa yang Aisyah mahu. Pada suatu hari, Aisyah dimarahi suaminya.

Aisyah berasa sedih dan marah kepada suaminya, tetapi dipendamkan. Pada waktu itulah benda itu berfungsi. Ia m******h orang yang Aisyah berasa marah, iaitu suaminya.

Dan sekarang benda itu tidak dijaga dengan betul, dia berasa lapar. Sekarang ini benda itu hendak hapuskan keluarga encik. Maafkan saya, encik…” cerita Aisyah.

Azman terkejut mendengarnya. “Sudahlah… nak marah pun dah terlambat. Baik kita rawat Aisyah. kasihan dia. Dia tidak bersalah.”

Mereka mengikat Aisyah dan membawanya berubat cara tradisional. Alhamdulillah, selepas seminggu berubat, Aisyah sudahpun kembali seperti asal.

Benda yang mengikutinya sudahpun dibuang ke sungai. Walaubagaimanapun, Aisyah menghidapi trauma semenjak suaminya meninggal. Kini, Aisyah tinggal dengan bapanya.