Aku tak boleh terima kalau perlu lepaskn dia. Namun, soal Jodoh tak boleh dibuat main. Aku terima

Assalamualaikum. Mungkin kisah tentang jodoh telah banyak dikongsi sebelum ini. Namun, kisah ini aku ceritakan untuk berkongsi beberapa pengajaran penting buat mereka yang masih belum bertemu jodoh.

Aku berusia awal 30an. Telah berumahtangga dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Ini adalah kisah tentang perjalanan jodohku.

Sejak dari zaman belajar, aku merupakan seorang yang agak pemalu. Hanya mempunyai beberapa orang kawan baik perempuan, dan tidak ada kawan lelaki.

Ketika usiaku dalam lingkungan 20an, ada jugalah aku berkenalan dgn beberapa org lelaki. Prinsipku, aku tidak suka berkawan lama-lama dan bukan untuk suka-suka.

Tapi, memang bukan jodohku, akhirnya perkenalanku dengan beberapa orang lelaki itu berakhir begitu sahaja.

Namun, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Pada saat hati sedang berbunga rindu, aku rasakan bahawa A semakin menjauhkan diri.

Aku cuba menyedapkan hati menyatakan bahawa dia sibuk. Tapi aku tidak dapat menipu hatiku sendiri. Aku sedar bahawa memang A semakin menjauh dan aku sangat takut kehilangannya. Aku ada juga cuba bertanyakan kepadanya, tetapi tiada jawapan yang aku perolehi.

Setelah keadaan itu berlarutan beberapa lama, aku rasa makin terdesak. Aku ingin dia menjadi milikku. Dan aku tidak sanggup untuk melepaskan orang sebaiknya.

Setiap doaku tidak aku lupa untuk meminta supaya dia dijodohkan denganku. Akhirnya aku ceritakan perkara itu kepada ibuku.

Mengharapkan doa seorang ibu kerana aku yakin doa seorang ibu tiada hijabnya di sisi Allah.

Ya benar, memang aku sayangkan A. Tapi benarkah dia jodohku? Benarkah dia yang terbaik untukku? Kenapa Allah tidak memakbulkan doaku? Buat seketika aku terhenyak.

Sebenarnya bukanlah Allah tidak memakbulkan doaku. Dia sebenarnya telah memakbulkan doa ibuku. Allah telah jauhkan A daripadaku, pasti kerana dia bukanlah yang terbaik untukku.

Bagai tersedar dari lamunan, aku terpaku bila terkenangkan betapa sombong dan angkuhnya aku sebagai hamba.

Aku meminta sesuatu yang aku inginkan tanpa menyerahkan kemahuanku pada pengetahuan-Nya. Siapa yang lebih tahu apa yang terbaik untukku? Tiada lain kecuali Allah!

Habis tu, kenapa aku terus mendesak agar Allah menjodohkan aku dengan A tanpa menyerahkan yang terbaik di tangan-Nya?

Baruku sedar aku telah lama terlalai. Dalam setiap sujudku, tidak pernah aku lupa untuk meminta diberi kekuatan, dan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Aku juga meminta kepada Allah untuk menjauhkan A daripadaku sekiranya benar dia bukanlah untukku. Itulah doaku setiap kali.

Bukan saja di waktu solat, bahkan juga ketika saat-saat makbulnya doa seperti ketika hujan turun, ketika mendengar ayam berkokok, juga ketika bermusafir. Aku doa sungguh-sungguh.

Aku sangat yakin Allah akan memakbulkan doaku. Dan Allah juga akan berikan ganti yang lebih baik, kerana Dialah yang maha penyayang dan maha mengasihi.

Aku percaya Dia tidak akan mengambil sesuatu daripada kita melainkan Dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

Aku mungkin mahukan A (sebelum ini), tapi Allah Maha Tahu bahawa H lah yang aku perlukan.

Aku bersyukur dengan ketentuanNya. Betapa aku berasakan bahawa dialah jodoh yang dipilih oleh Allah untukku. Sungguh, baiknya Engkau Ya Allah.

Kini, bila aku renung kembali, tidak pernah aku kesal dengan apa yang terjadi. Perkenalanku dengan A walaupun berakhir dengan keperitan,

telah mengajar ku untuk mendekatkan diri kepada Allah. Di sini ada beberapa pengajaran yang aku ingin kongsikan.

1. Berdamailah dengan takdir. Yakinlah pada ketentuan Allah. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Walaupun kita berasa sakit sekarang, teruskanlah melangkah. Yakinlah, anda akan lihat hikmahnya nanti.

Mungkin sesuatu yg kita rasakan baik untuk kita sebenarnya buruk. Dan sesuatu yang dirasakan buruk sebenarnya baik untuk kita.

5. Allah itu mengikut sangkaan hambaNya. Fikirlah yang baik-baik, insyaAllah baiklah akhirnya.

6. Jangan berkahwin kerana ikut-ikutan. Berkahwinlah kerana Allah. Berkahwinlah apabila telah benar-benar bersedia.

7. Jika kamu jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana Allah. Carilah sisa-sisa kekuatanmu di setiap sujud dan rintihan doamu. Sesungguhnya Dia lah sumber segala kekuatan.

– Yaya (Bukan nama sebenar)