Jodoh aku dgn kerja tu tak penting sbb aku sakit, tp nape Hawa sanggup buat macam tu

Hai. Cerita ini dah lama aku pendam. Tapi disebabkan aku rasa nak tahu apa pendapat nitizen dan orang ramai jadi tergerak hati aku untuk menulis di sini.

Aku perkenalkan diri aku sebagai Siti dan kawan aku pula Hawa. Aku dengan Hawa ni agak rapat tapi tak boleh dikategorikan sebagai BFF sbb aku agak suka menyendiri,

maksudnya buat sesuatu sendiri sebab aku lebih selesa bila tiada orang yang ganggu keputusan aku.

Satu hari, Hawa pergi interview kerja seberang tambak dan dia tak pelawa pun aku untuk pergi interview tu sekali.

Tapi lepas dia balik tu aku cuma tanya macam mana dia boleh dapat interview tu sebab aku pun nak cuba juga manalah tau rezeki.

Disebabkan aku dah dipanggil, jadi aku bawalah Hawa sekali untuk bertanya kenapa Hawa ni dah pergi interview tapi tak dapat.

Aku tak masuk campur lah masa process tanya menanya tu, just apa yang aku dengar si Hawa ni marah orang yang bawa dia interview.

Tapi agensi itu terangkan masa Hawa pergi interview, memang kuota tiada untuk Melayu tapi aku rasa dia tak faham.

Agensi itu pun cakap dengan Hawa untuk pergi interview lagi sekali dan Hawa setuju. Stop sampai situ je aku bantu Hawa sebab aku dah nak start kerja dah.

Alhamdullilah, aku start kerja dan dikelilingi kawan-kawan yang baik, banyak bantu aku, tunjuk aku jalan dan cara – cara nak sesuaikan diri.

Waktu tu aku memang rasa gembira sebab dah start kerja dan Hawa start masuk bulan seterusnya. Aku dengan Hawa tak sama tempat kerja, tapi mak si Hawa ni mintak bantuan aku untuk tunjukkan Hawa jalan dan sebagainya.

Aku pelik sebab aku terfikir, aku masuk kerja terus ada kawan yang bantu tapi si Hawa ni takde ke kawan yang tolong tunjuk jalan ke, cara pergi kerja ke.

Happy waktu rehat je, sebab boleh tidur and makan dengan kawan – kawan aku. Itu jelah sepanjang aku kerja. Hehe. Cukup bulan dapat gaji pun dah melebar senyum sampai telinga.

Jodoh aku dengan kerja tu tak panjang sebab aku sakit, sakit yang mengganggu orang yang berkerja sebab aku asyik MC.

Aku kerap sakit kepala jadi aku pun hantar notis resign. Dalam masa yang sama, aku pun bagi kata semangat dekat Hawa untuk teruskan kerja dia. Farewell la macam tu.

Hari berganti hari, sampai masanya notis aku berakhir. Aku redha dan pasrah sebab ketentuan Tuhan aku tak dapat nak teruskan. Tapi, aku terkejut rupa – rupanya Hawa berhenti awal dari aku seminggu.

Aku bingung, aku jadi pelik sebab sebelum dapat kerja dia yang marah – marah agensi. Bila dah dapat kerja, dia cerita dia seronok kerja kenal orang atasan semua. Tapi dia yang berhenti dulu sebelum aku haha.

Bila Hawa dapat tau, dia terus tanya “Siapa ketua dekat situ, mesti Adam kan? Kalau tak Adam, mesti Chong kan?” Aku malas nak layan. Haha. Sebab tempat mencari rezeki itu luas.

Tak semestinya Adam nak jaga tempat sebesar – besar alam tu. Lagi pun company yang kawan aku dapat berbeza, takkan boss yang sama kan?

Aku tak tau macam mana nak sedarkan si Hawa ni dari mimpi yang dia kene ubah sikap kurang keyakinan diri dan ego dia yang tinggi menggunung tu.

Kalau betul dia berani, dia tak perlukan pertolongan aku pun masa nak tau lokasi tempat kerja, dan kalau ego dia rendah, dia takkan ambil peduli orang yang pandang rendah dekat dia dan buli dia bila dia baru start berkerja.

Mana ada bayi yang lahir terus pandai ABC, semuanya kena belajar dari bawah. Aku faham wujud manusia macam ni, tapi rasanya boleh saja ubah sikap untuk jadi lebih baik.

Sekian. Maaf kalau penulisan kurang menarik.