Adik sy baru kahwin. Hidup dia susah dan kami pujuk tinggal dgn mak ayah tp hanya sebulan je sbb isteri dia

Assalamualaikum. Kisah ni saya cerita untuk jadikan tauladan bersama.

Biasa kita dengar ibu bapa mertua banyak cerewet dan pelbagai. Namun, sebenarnya ada dikalangan mereka menganggap anak menantunya sama seperti anaknya sendiri.

Saya ada seorang adik lelaki yang sudah berkahwin dan dipersetujui oleh ibu bapa saya sendiri walaupun pada usia agak muda. Alhamdulillah perkahwinan berjalan lancar.

Namun, kehidupan adik lelaki saya bukanlah senang agak sukar dan susah. Orang kata ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tiada terlalu banyak duit untuk menyimpan.

Ayah saya seorang yang tersangat baik hati sejak kahwin bantu bahagian kewangan sampai dah kahwin bantu sehingga berikan kereta walaupun ayah seorang yang tegas kewangan sangat jimat tapi ayah mana tak sayangkan anak tetap diberi bantuan yang banyak.

Selepas pujuk Alhamdulillah mereka mahu tinggal dengan mak dan ayah tapi tak sampai sebulan,

isterinya minta duduk rumah sewa sendiri dekat kawasan kampung yang sama dan mereka pun pindah. Walaupun ekonomi mereka sangat tidak stabil, ayah bagi walaupun berat hati.

Kerja keras adik kita faham sebab nak bayar rumah sewa mahal-mahal hanya untuk duduk berdua.

Apalah salahnya duduk dengan ibu bapa mertua bilik pun banyak keperluan semua ada boleh juga menyimpan. Namun ikut kehendak isteri.

Banyak lagi perkara terjadi namun tak perlu cerita disini. Walaupun saya faham, mungkin adik ipar seorang pemalu. Tapi tolonglah cuba, kita family bukan orang asing lagi.

Mak lagi sekali makan hati seminggu termenung fikir sampai mak tanya ada ke salah mak ke dia. Kenapa layan mak mcm bukan ahli keluarga sendiri. Mak punya kecewa Allah shj y tahu. Ayah pun.

Bila dah kahwin ni dik, melibatkan banyak pihak. Bila dah bincang ada kata sepakat, dah janji janganlah hancurkan mcmtu sahaja.

Jangan selfish, ikut sangat kehendak sendiri tanpa fikir orang lain. Apatah lagi buat keputusan dan hilang mcmtu terus. Jagalah hati mak ayah mertua mcm jaga hati mak ayah sendiri.

Banyakkan belajar, hormat suami, beradab dengan suami, dengar cakap suami. Restu suami tu penting.

Dan penting jaga hati ibu bapa mertua juga, jagalah keberkatan rumah tangga dengan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Saya menulis sebab hati siapa yang tak sedih bila tengok mak ayah sendiri jadi macam ni.

Wallahulam, cuma doa yang baik-baik.