SPM sy 6A. Sy cemburu nampak dia pakai baju kurung, nametag, formal je. Sy pulak hanga gaji RM1100 je.

Aku seorang perempuan berumur 25 tahun, sudah berkahwin, tidak mempunyai anak dan mempunyai kerja tetap.

Aku seorang yang boleh tahan dalam pelajaran. UPSR 4A 1B, PMR 3A 5B, SPM 6A 4C (Sains Tulen + IT).

Selepas SPM, aku melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi dan dapat result 2.51 PNGK. Selepas tu aku sambung ke peringkat ijazah dalam bidang IT tapi berhenti belajar pada sem ke 2.

Cita² aku untuk menjadi seorang guru sekolah menengah. Kenapa sekolah menengah? Sebab aku tak berapa suka budak. Itu fikiran aku dulu lah. Sekarang ni, biasa² je tapi aku memang awkward dengan budak².

Aku budak pulau, temuduga pula kat UMS. Naik la aku feri dan bas. Tinggal kat tempat sepupu. Dah prepare² semua barang, baju, kasut semualah! Dan esoknya suami sepupu aku yang hantar ke UMS sebab ofis dia dekat je.

Hari kejadian, aku tak tahu apa mimpi aku, apa pasal aku buka balik semua sijil yang aku dah susun elok², aku tinggalkan dalam kereta suami sepupu aku dan cuma bawa surat tawaran, sijil result SPM & PMR, surat berhenti sekolah.

Aku tak tahu kenapa aku buat macam tu! Bila tengok sijil² candidate yang lain, wowwwwwwww. Penuh buku file tu.

Bila dah tiba giliran aku, soalan² dia memang aku rasa aku bodoh la masa tu. Sebab aku asalnya orang yang ignorant. Yang tak peduli sekeliling, yang tak ambil tahu.

Soalan² yang ditujukan waktu tu, apa nama sultan, apa nama menteri Sabah. 2 benda yang sepatutnya rakyat Malaysia kena tahu, aku tak tahu.

Kalau semua minat maths, semua la dapat jadi cikgu maths ye? Hahahahha fikiran aku taklah naif macam tu waktu tu. Tapi terkejut dengan soalan tu, tak prepare apa² langsung tentang soalan yang bakal ditujukan, tu la mengarut jawapan aku.

Nasib baik juga aku tak disuruh mengajar maths, sebab dengar² dari student lain ada yang disuruh mengajar subjek kimia kat penemuduga. Allahhhhhh tak kuat aku. Serammm

So dah keluar result dan dukacitanya dimaklumkan bahawa aku tidak lulus temuduga. Memang dah expect gagal tapi kecewa tetap ada.

Sebab itu cita² aku dari kecil (part bapa aku suruh tu aku tak tipu tau. Memang betul dia teringin anak sulung dia jadi cikgu Maths.

Tapi ayah aku dah meningggal beberapa bulan sebelum SPM. Alfatihah). Aku ditawarkan di universiti yang sama dalam bidang IT.

Bukan nak jatuhkan korang tapi ini yang aku rasa. Setiap orang kan berbeza-beza. Pada yang hairan kenapa ambil IT kalau dari dulu tak boleh? Aku pun tak tahu la.

Orang nak masuk uni, aku pun nak masuk uni. Sepupu² semua masuk uni, tak kan lah aku nak ketinggalan kan. Buat malu keluarga la. Belum lagi part mak aku selalu membandingkan aku dengan anak orang lain.

So, aku teruskan ambil walaupun bukan itu bidang pilihan aku. Dan aku tak expect IT ni susah. Part buka computer, pasang balik, aku boleh buat.

Ala² mechanic la konon kann. Tapi bila part melukis, aku macam mental breakdown. Sebab kelemahan aku adalah melukis & mewarna.

Subjek yang aku paling benci dari sekolah tadika dan aku terpaksa praktikkan benda tu kat uni sebab itu adalah main course pengajian aku. Dapat tak feel kesengsaraan aku? Ada tak siapa² antara korang pernah rasa?

Sekarang dia dah jadi cikgu. Allahhhhh cemburunya aku. Elok je pakai baju kurung, pakai nametag, formal. Boleh tak aku nangis?

Selepas 3 bulan berhenti belajar, aku dapat kerja sebagai penyambut tetamu sampai sekarang. Dah 5 tahun, position masih sama. Gaji pun RM1100.

best orang sekarang, masuk kerja dah dapat rm1100. Aku mula² masuk dapat RM900 je. Nak dpt RM1100 ambil masa 5 tahun.

Gila betul. Hampir setiap tahun aku terfikir nak sambung belajar. Tapi aku nak belajar apa?

Pangkat guru tu sampai sekarang aku fikir macam mana nak capai. Apa yang aku perlu buat? Apa langkah yang harus aku ambil? Aku dah tanya semua University yang menawarkan ijazah perguruan, semua fulltime.

Memang takde part time la. Jadi macam mana aku nak sambung belajar? Macam mana aku nak capai cita² aku tanpa aku perlu berhenti belajar?

Siapa pernah jadi macam aku dan apa korang buat.