Selepas mak mennggal, baru terhadam kata2 terakhir mak. Semuanya terbongkar lepas sekian lama trpendam.

Aku bagi pengenalan diri dululah ye. Aku MJ (Mak Janda) beranak enam. Ibu tunggal lah kiranya. Bercerai hidup.

Bukan bercerai maati. Hidup aku penuh dengan liku-liku ranjau onak duri selumbar segala macam lah.

Aku berkahwin dengan bekas suami, membela biawak hidup wei. Mesti korang cakap. dah tahu pemalas, yang beranak ramai dah kenapa? Aku tahu..

mesti itu yang bermain di kepala korang. Pasal apa aku DIPERINTAHKAN beranak ramai..nanti entry lain aku cerita.

Aku sekarang nak cerita pasal aku baru tahu, bapak aku yang sekarang ni..
yang bela aku selama 38 tahun, yang aku sangkakan bapak kandung aku, SEBENAR NYA BUKAN BAPAK AKU.

Masa mak aku sakit berbulan di hospital, aku tak berkesempatan jaga mak, sebab aku ibu tunggal. Anak-anak semua dengan aku. Aku jenis lone ranger.

Semua aku buat sendiri. Masa tu memang kewangan aku sangaaaattt kritikal. Nak upah pengasuh pun aku tak mampu.

Aku bawak semua anak aku pergi kerja. Aku minta ehsan boss aku utk bawa anak-anak pergi kerja.

Alhamdulillah, syukur boss aku sangat memahami. Adik adik aku banyak habiskan masa jaga mak di hosp.

Arwah mak tak pernah cerita apa-apa pada adik-adik. Once aku lepak lepak dengan mak, masa tu mak masih sihat.

Kitorang tengok tv cerita apa ntah, dalam cerita tu kalau tak silap aku berkisahkan pasal diary.

Korang tahu lah.. ada sesetengah orang, suka tulis dalam diary. Mak aku tetiba cakap, ‘mak tak suka tulis kat mana-mana pasal sejarah @ kisah hidup mak.

Mak simpan kemas-kemas dalam kepala’. I was like..wow. aku ckp dengan mak, ‘sesetengah orang gunakan diary sebagai tempat untuk meluahkan perasaan.

Aku macam.. okay, What ever. Di takdirkan aku mengandung. Masa tu set dalam kepala.. aku nak anak aku putih. Maklumla.. aku kawin dengan lelaki mix india + pakistan + bombay mari.

Jadinya aku taknak la anak aku gelap gulita. Noob betul aku masa tu. Aku pun tetiap hari bedal soya. Sekali keluar anak aku, tak putih pun.

Masa tu aku tak amik port sangat la kenapa anak aku masih berkulit suam suam sawo matang gitu wlupun tetiap hari aku minum soya. Tetap bersyukur, sebab anak aku sihat walafiat, cukup sifat.

Selepas mak meninggal 3 tahun lepas, aku di datangi dengan seribu persoalan. Aku bercerai hidup sebelum ni kan..? Aku upah peguam dan PRIVATE INVESTIGATOR wei.

Sebab bekas suami aku, hmmm macamana aku nak cakap eh. Kejahatannya bukan setakat malas koje, malas bantu aku, malas serba serbi, tapi perkahwinan aku dengan dia pun, sindiket weiiii.

Tapi setiap butir bicara papa, beserta bukti. Aku belum lagi jumpa papa. Hanya berbalas mesej. Itu pun baru 3-4 kali. Aku rasa mcm tak boleh nak hadam weih. Semua bukti ada.

Saudara mara sebelah papa aku semua tahu pasal aku di larikan oleh arwah mak dan ayah aku.

Mereka bercerai kerana EGO DAN HARTA. Padahal, ayah aku bukannya kaya mana pun. Selidik punya selidik..

papa aku sebenarnya di sihir. Aku percaya benda tu, sebab aku sendiri, depan mata, 38 tahun hidup dengan ayah. Aku tahu siapa ayah aku (yang aku nampak lah).

Aku masa tu, baru la dapat hadam, kenapa mak aku pesan, jangan pisahkan anak-anak walau apa pun jadi. (Masa ni aku ada sorang kawan, selalu pinjam anak-anak aku.

dia belum di rezeki kan lagi untuk ada anak sendiri walaupun 13 tahun dah kawin. Kawan aku ada mintak nak jaga anak-anak aku 2 orang, tapi aku tak bagi). Barulah aku faham, kenapa aku lain dari yang lain.

Aku jadi paranoid. Sebab keluarga aku sekarang ni.. pulaukan aku sebab aku berjuang ke jalan Allah. Aku tinggalkan bekas suami aku kerana dia buat sesuatu yang mensyirikkan Allah.

Setelah berubat, rupanya pembongkaran demi pembongkaran berlaku. Dalam keluarga aku sekarang ni pun dok buat benda yang sama. Gila betullah.

Dunia semakin uzur. Papa aku dan arwah mak berpisah pun kerana sumpah dan sihir oleh ayah aku. Papa pernah cuba untuk mendapatkan aku secara legal (dia kan peguam)..

tapi kekurangan bukti. Bila peguam aku dan penasihat aku datang, terbongkar sudah semuanya. Papa aku dalam rangka mahu mengambil tindakan undang-undang pada ayah aku.

Ayah aku dahulunya kawan baik dengan papa aku suatu ketika dahulu. Dek kerana mahu berebutkan arwah mak, sanggup gunakan sihir pemisah. Papa aku di pukul, di belasah.

Sebab aku confess ni.. aku nak bagitahu pada kome-kome di luar sana. Dahulukan agama dalam kehidupan. Macam aku yang beragama Islam ni..

of course aku mengamuk weih. Mujur lah aku bernikah dengan bekas suami di luar negara. Kalau dalam negara…

ayah aku mengaku dia wali aku, nikahkan aku, apa jadi pada keesahan pernikahan aku? Beranak ramai dah ni!!! Gila betuilah.. bertuhankan nafsu.

Aku tak boleh hadam. Kot ye pun berebut.. agak-agakla. Jangan sebab ego, anak jadi mangsa. Bukan untuk jangka pendek punya kisah ni ye..

ini kisah untuk jangka panjang. Haduh, sungguh aku kesal. Aku juga mendapat tahu, keluarga sebelah arwah mak aku juga terlibat dalam hal perpisahan papa dan mak.

Cuma yang aku jadi benci tu, sebab dia tidak bertanggungjawab. Arwah mak aku? Seksa!! Arwah mak pernah cerita dengan aku, ayah aku penah kunci nafsu mak aku. Ada lah cara mak aku tunjuk pada aku.

Dalam salasilah keluarga ayah aku jugak, deme kuaaaatttt main benda khurafat ni. Sumpah, bukan tak pernah nasihat ayah aku. Dah berbuih nasihat, last last, ayah aku jadi racun. Hasut adik beradik lain untuk benci aku sebab dia tidak boleh ‘kawal’ aku lagi. Banyak ‘barang’ dia aku buang diam-diam.

Dia jadi bengang. Tapi bengang dia, dia tak tunjuk terang-terangan tau. Ni jenis cakap depan, lain, cakap belakang lain. Lillahi taala. Ada manusia macam ni di muka bumi Allah ni.

Ketiga, hubungan aku dengan adik beradik (kira adik beradik satu mak la), i tell you! Aku pernah dapat ugutan tau! Tapi aku relax je. Sebab semua yang adik beradik satu mak aku buat pada aku, aku beritahu penasihat aku. Dia take note.

Deme buat aku mcm sampah. Yelah, dah kena racun kan? Deme berkumpul beramai-ramai, bincangkan masalah aku yang kununnya jauh terpesong, lepas tu tetap cuba ‘tuba’ aku.

Walaupun aku berjuang sorang-sorang, tapi Allah sentiasa melindungi aku, sentiasa ada dengan aku.

Bersungguh ayah dan adik beradik satu mak aku ni berpakat untuk jahanamkan penghijrahan aku. Seriously, aku betul-betul tak faham.

Sepatutnya ayah aku bertindak sebagai kepala yang bantu adik beradik lain faham apa yang aku buat, tapi sebaliknya yang berlaku.

Hitam nya hati deme bila terusan tidak mahu terima perubahan aku ke arah kebaikan. Anak sulung aku juga pernah di jadikan mangsa ilmu sihir atas alasan,

anak sulung aku lah penyebab aku kawin dengan bekas suami aku. Subhanallah, ayah aku tu yang buat statement macam tu. Kegilaan apakah yang aku hadap ni?

Keutamaannya pada anak-anak (selain ALLAH dan ibu). Aku dia tak heran sangat.. (mood sentap). Dia sedih tengok anak-anak aku membesar tanpa kasih sayang dan bimbingan seorang lelaki yang bergelar bapa.

Panjang lagi cerita ni sebenornya. Tapi nantilah.. kalau admin keluarkan cerita aku ni, aku sambung lagi.

Kalau korang rasa aku bohong, terpulang. Aku buat semua ni kerana ALLAH. Jadikan tauladan dalam hidup masing-masing.