Dah 2 jam dlm hutan Kabil muntah2 ketika memburu rusa. Pergi 3 org balik yg hidup hanya 2 orang.

Kisah ini berlaku sekitar tahun 1972, Ketika itu ada 3 orang sahabat yang minat sangat memburu pada waktu malam dan macam-macam lagi yang lasaklah.

Senang cerita diorang bertiga ni kaki redah, Pada satu hari mereka bertiga berniat ingin memburu di gunung yang terletak di Johor.

Gunung ini sebenarnya tidak ‘keras’ (misteri) mana tetapi paling penting, jika seseorang itu ingin ke Gunung ini, pertama sekali jangan sesekali bercakap besar.

Jika tidak,dikhuatiri akan terjadi perkara yang tidak diingini berlaku seperti tersesat atau cedeera. (wallahualam)

“Jom, terus kan perjalanan!” Jam menunjukkan lebih kurang hampir pukul 6 petang. Perjalanan pun diteruskan.

2 jam memasuki hutan buat kali kedua, Kabil muntah dan kali ini agak teruk. Macam-macam yang keluar. Muka Kabil pun pucat macam takde d***h dah.

“Kabil! aku dah cakap dah, kalau tak sihat, jangan teruskan perjalanan. Ko ni degil!” kata Uthman yang sebelum ini tak banyak bersuara.

“Macam ni jela Bil, apa kata kau tunggu sini biar aku (Uthman) dengan Ali je pergi berburu malam ni.”

Kabil dengan tak mampu bersuara mengaggukkan kepalanya tanda setuju. Dengan tidak membuang masa, Ali dan Man membersihkan kawasan tempat Kabil berehat serta menghidupkan unggun api.

“Baiklah sahabat. Aku dengan Man nak pergi memburu dulu. Kau jaga diri elok-elok,” kata Ali.

“Korang pun hati-hati. Tak sabar aku nak makan rusa panggang ni,” gurau Kabil sambil menahan sakit.

Pemburuan diteruskan oleh Ali dan Man. 2 jam perjalanan memasuki hutan barulah mereka jumpa sekawanan rusa yang sihat lagi berisi dengan cahaya lampu suluh yang agak malap. Peluuru pun diisi oleh Ali (a.k.a sniper Malaya).

POOOMMMMMMMMM!!!

Kali ini mereka berdua jumpa sasaran yang boleh tahan sedap. Seekor kancil di tepi sebatang pokok yang besar. Peluuru diisi. Tembakan dilepaskan kali ini, sasaran mengena.

“TERBAIKLAH Ali,” bisik Man yang senyumnya dah sampai ke dahi.

Satu jam berlalu lebih kurang masa tu pukul 12:15. Kali ini sekawanan rusa yang pertama kali mereka jumpa muncul kembali,

“Ali ko tengok bawah pokok tu! Ko nampak tak apa yang aku nampak??” Sambil tangan Man menunjuk di bawah pokok yang agak rimbun.

Alangkah terkejutnya mereka berdua bila Kabil keluar dengan tiba-tiba di celah pokok tempat kawanan rusa yang hendak Ali tembak tadi,dengan muka pucat, baju koyak rabak dan bibir kebiruan.

“Ali… Man… sampai hati korang berdua tinggalkan aku lama-lama. Aku sejuk dekat bawah tu.”

“Errrrr… mintak maaf Bil, aku dengan Man terlalu kusyuk berburu sampai lupa kau,” sambil Ali memegang bahu Kabil.

Ali pun menghalakan lampu suluh yang agak malap ke arah benda yang berada di atas pokok tu.

ALLAHUAKBAR! Mereka ternampak sesosok tubuh yang berlumuran d***h tanpa kepala tergatung di atas pokok tu, dengan badan dililit tumbuhan liar hutan dan berlatar belakangkan cahaya bulan dari arah belakang pokok tu menambahkan lagi perasan ingin membuka langkah seribu mereka.

Dengan hati yang tenang, Ali mengarahkan Man dan Kabil untuk membaca apa yang patut. Kaki terasa kebas, peluh apatah lagi. Perjalanan tetap diteruskan.

Lebih kurang selepas sejam setengah perjalanan. Ada baki dalam sejam lagi menuju tempat mereka tinggalkan Kabil.

“Bil! Makanan ada lagi tak dekat bawah? Aku lapar sangat dah ni,” sambil Ali dan Man menoleh ke belakang.

“ALLAHHH! Mana lagi si Kabil ni menghilang pulak? Dia ni dahlah tak sihat,” bebel Man.
Puas mereka berdua mencari, namun tiada sambutan dan sahutan dari Kabil.

Rupanya Kabil sudah lama menghembuskan nafas yang terakhir. Makhluk apakah yang bersama Ali dan Man masa mereka sedang berburu dan menuruni gunung?

Adakah ianya jin? Wallahualam.

“Setiap makhluk yang bernyawa di dunia ini pasti akan m**i” Dan “Akan kembali menghadap sang pencipta.”

Setelah kejadian itu, Ali dan Man tidak lagi pergi memburu, malah mereka telah berjaya membuka ladang ternakan rusa, kambing dan lembu.

Kabil disahkan meningggal dunia disebabkan “komplikasi keracunan makanan”.

Komplikasi Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik). Tamat.

Ini adalah cerita sebenar yg telah di karang semula.