Dia asyik nak berkawan dgn sy je. Sy taknak. Sejak itu sy selalu susah nk tidur sebab dia.

Nama saya ila dan cerita ni berkenaan sewaktu saya diasrama. saya berasrama agama di sebuah sekolah di malaysia ini.

saya bersekolah hanya tingkatan 1&2. ketika saya bersekolah, saya sukar bergaul dengan rakan2. kadangkala saya belajar seorang diri.

kisah ini saya tahu selepas dari saya keluar dari sekolah itu. moga terhibur. dan saya harap korang sudi membaca hingga ke hujungnya kerana cerita ni adalah tergantung pada permulaanya.

tingkatan 1

untuk asrama saya, saya tinggal ditingkat 3 dan biliknya no 09 dan ianya dihujung sekali. koridor paling hujung adalah tempat yang paling saya suka untuk duduk sambil belajar.

ketika semua lampu telah tutup, saya akan duduk di koridor untuk dapatkan lampu. saya suka membaca sambil mulut terkumat kamit.

bila saya nak lelapkan mata, pasti akan ade orang yang kejut saya. dan bilik itu lah pada waktu tingkatan 1 dulu ada seorang senior terkena rasuk akibat daripada kekotoran yang biasa dicipta di asrama. terutama asrama perempuan.

Hakikat Sebenar

saya minta maaf untuk setiap cerita diatas yang agak tergantung pasti membosankan korang. disini adalah kisah sebenar yang pihak senior dan rakan2 saya cerita dgn saya.

sewaktu saya diasrama kawan2 saya terlalu banyak melihat saya bersama seseorang budak sebaya dengan saya.

bila ditanya sewaktu sewaktu saya dah pindah, saya cakap saya memang keseorangan sahaja. terutama mereka lihat ketika saya belajar di koridor.

budak itu selalu berdiri ataupun mencangkung didepan saya dan tersenyum malah bercakap dengan saya sewaktu saya sedang teliti melihat buku. walhal untuk diri saya, saya memang selalu membaca buku sambil terkumat kamit.

sewaktu tingkatan 1, ada seorang senior yang mengalami kerasukan dan dia duduk dibilik no 12.

disebabkan oleh kelalaian orang lain dan membuatkan benda tu marah pada senior tersebut kerana sewaktu tu “anak benda” tu sedang berada disitu ketika senior kami masuk tandas itu.

dan akhirnya saya buat keputusan untuk keluar dari asrama tersebut. yang paling menakutkan apabila saya mandi dibawah sekali bersama 2 rakan saya.

dan seorang rakan bernyanyi dan ketika kami sudah mandi, kami dengar semula suara seseorang yang nyanyi lagu yang sama dalam stor. bila kami buka tiada sesiapa pun.

sebelum seminggu saya keluar, hujan sentiasa turun dengan lebatnya. pada satu ketika waktu prep saya nak pegi ke kelas, selipar saya licin dan saya terjatuh dan kepala saya terhentak di bucu tangga.

pada mula nya saya teruskan perjalanan ke kelas. tetapi selepas itu saya mula pening dan ketika saya buka tudung kulit saya dah terkoyak.

jahitan 5 dalam dan 3 luar dikenakan. selepas daripada saya keluar, saya pernah datang melawat kawan2 diasrama.

terima kasih sudi membaca dan maaf jika membosankan. semoga kehidupan anda baik2 sahaja dan tidak pernah lupa segala memori yang apabila teringat semula akan buat anda mengalir airmata.