Sy Nurul 28 tahun. Belum kahwin. Sy nk cerita harap org xknl sy sbb bila selalu ada org ckp ada sesuatu ikut sy

Nama aku Nurul. Berumur 28 tahun dan masih belum berkahwin. Serius sedih bila orang asyik tanya bila aku nak kahwin.

Aku nak ceritakan tentang pengalaman hidup aku dan berharap sangat tak ada yang kenal aku. Apa yang penting, ini kisah benar yang pernah aku lalui.

Untuk pengetahuan korang, dah lima orang cakap pasal benda ni. Diorang cakap aku ada yang jaga, ada pendamping.

Life aku masa tu Cuma tempat kerja & rumah je. Fon aku ni pun guna untuk online fb je. Tak lama tu, datang la adik kawan mak aku ni ke rumah.

Pada awalnya, aku yang kena pergi ke rumah kawan mak aku ni. Tapi last minit mak aku cakap tak payah pergi. Bukan aku yang cancel tau. Aku rilex je.

Bila orang tu datang pun aku buat biasa je. Dia suruh aku duduk depan dia. Tapi dia panggil mak aku jugak. Pelik kan? Yang masalahnya aku, tapi mak aku pun kena panggil. Rupanya, mak aku pun ada gangguan.

Gangguan yang pada mak aku ni dah lama. Dari mula kahwin lagi. Sebab tu kandungan mak pernah hilang. Benda ni berkait. Dan hari tu jugak ada rahsia terbongkar.

‘Benda’ yang ada pada mak aku ni, tak suka pada ‘benda’ yang ada pada aku. Dan ‘benda’ yang ada pada mak aku ni, tak suka aku. Mak cerita kat kawan adik mak aku ni, mungkin dia tak sedar masa tu.

Mak yang cerita semula. Selalunya ayah yang selamatkan aku. Rindunya kat ayah…..
Tapi ada satu kata yang keluar dari mulut mak yang buat aku sedih sangat.

Mak cakap “sampai sekarang pun perasaan tak suka tu ada”. Perasaan aku masa tu, tuhan je yang tahu. Walaupun pakcik tu cakap mak tak sedar apa yang dia cakap, rasa sedih tu memang tak boleh nak gambarkan.

Menitik jugak air mata aku kat situ. Tapi pakcik tu just ubatkan mak je. Dia cakap benda yang pada aku ni Cuma nak lindung aku.

Mungkin lindung aku dari mak aku. Sebab pakcik tu cakap mak aku susah nak ubat. Mak lemah semangat, benda tu mungkin boleh datang semula.

Orang ketiga ni, dia dari seberang. Memang pandai ubatkan orang. Mula-mula dia pandang aku, dia dah cakap ada yang damping ni. Tapi aku dah tak terkejut la.

Lagi, ada beberapa batang jarum & paku. Dah berkarat habis. Pakcik tu cakap benda ni dah lama orang hantar. Tapi ayah tak sedar. Tak lama pun ubatkan ayah.

Dua bulan lepas tu ayah meninggal. Yang aku pelik tu, pakcik ni beria nak ubat aku, last2 dia cakap aku ok. Takda apa-apa masalah.

Lepas ayah meningggal aku jadi makin down. Yelah, sebelum ni ayah ada nak backup. Mak pun, kadang ok kadang tak ok. Bila mak ok, mak cakap jugak dia serba salah.

Dia pun tak tau kenapa buat aku macam tu. Tapi aku nak cakap apa kan. Bukan mak yang mintak. Aku jadi makin pendiam. Aku banyak buat hal sendiri.

Aku tak ada kawan. Serius aku tak ada contact dah dengan mana-mana kawan aku dulu. Sekarang ni aku dah malas nak keluar rumah.

Bukan frust dengan lelaki je, tetapi dengan perempuan jugak. Kawan yang tidur sebantal, makan sepinggan, tikam aku belakang sebab sorang lelaki.

Masa tu dia pijak2 maruah aku, dia anjing2kan aku. Sebab tu, aku pikir kalau takde kawan pun tak masalah. Hati tak sakit, duit tak habis. Yelah kan, kalau tak, merayap je keje aku.

Tapi memang aku perasan sekarang ni aku dah tak peduli dengan orang lain. Aku tak kisah pun takde kawan. Bukan aku tak pernah nak hang out dengan kawan-kawan.

Tapi selalunya mesti aku cancel last minit. Kalau whatsapp pun, Cuma 2,3 mesej je. Lepastu aku biarkan mesej tu krikk krikk macamtu je.

Dengan lelaki pun sama. Mesej 2,3 lepas tu aku biarkan krikk krikk. Aku jadi cepat bosan.

Sheikh tu pun tau yang ayah baru meningggal. Tau yang kandungan mak pernah hilang. Tau yang ada damping aku. Sheikh tu cakap benda ni dari keluarga.

Saka mungkin?? Keturunan bidan. Masalahnya, mak aku tak tau keluarga mana yang ada bidan. Tapi kos ubatnya sampai 7,8 ratus. Bila aku ajak mak cari orang pandai ubat, mak taknak bawak. Mak suruh pergi sendiri. Huhu.

Aku nak ubat, tapi takut. ok sampai sini sahaja. Terima yg membaca