Suami kerja bengkel. Jam 4 pagi baru tidur. Bangun 6 pagi hantar anak sekolah. Tak tahu lah bila dia tidur

Bismillahirahmanirahim… Baru-baru ini Ammy terbaca satu kisah seorang suami yang bermain ‘kutu’ untuk menghadiahkan kepada si isteri barangan kemas (emas) sempena ulang tahun perkahwinan beliau dan isteri.

Ammy yakin ramai yang tersentuh hati dengan kisah tersebut dan mengharapkan suami masing-masing ada sifat penyayang seperti beliau.

Betul la tu… Isteri mana yang tidak gembira jika rasa dirinya dihargai oleh seseorang yang bergelar suami malah si suami juga sentiasa ‘berterima kasih’ dengan penat lelah si isteri menguruskan rumah tangga dengan baik tidak kira lah si isteri itu bekerja ataupun suri rumah tangga sepenuh masa.

Bertapa beruntungnya jika si suami juga sama-sama turun kedapur membantu si isteri memasak ataupun menguruskan anak-anak kecil disaat si isteri sedang berehat.

Mungkin sudah rezki mereka dijodohkan dengan seorang suami yang ‘hebat’.

Bagaimana pula dengan suami anda…? Suami Ammy…? Adakah beliau tidak ‘hebat’ kerana tidak sama-sama membantu didapur…?

Tidak membelikan barangan kemas dan hadiah disetiap ulang tahun kelahiran atau perkahwinan…?

Beliau juga tidak pernah mengganggu masa rehat Ammy dan untuk pengetahuan umum… 80% setiap pagi beliau lah orang yang paling awal bangun tidur dan akan kejut semuanya… Kadang kala bila Ammy bangun.

Beliau dah pun selesai solat Subuh. Bergitu juga dengan rutin harian menghantar dan menjemput anak-anak sekolah…

Semuanya ‘tergalas’ dibahu beliau. Jarang sekali Ammy yang menghantar dan menjemput anak-anak sekolah.

Suami Ammy ni garang orangnya… Mungkin beliau telah dididik oleh seorang ayah yang tegas. Jadi dengan anak-anak memang tegas. Salah sikit mesti dimarahinya.

Tetapi Alhamdulillah anak-anak Ammy menjadi lebih berdisiplin dan cepat bedikari. Begitu juga dengan Ammy.

Apa yang salah mesti beliau tegur dan mungkin disebabkan kami beza hanya setahun maka akan berlaku sedikit petengkaran kecil, maklum lah sama-sama nak menang…

Tapi beliau cepat reda kemarahannya berbanding Ammy yang suka mengungkit… Maklumlah perempuan kan…

Ammy tidak pernah mengharapkan seorang suami yang sempurna seperti drama jam 7 tu tapi kalau dapat itu dikira ‘bonus’ kerana Ammy tahu dalam dunia ni tiada yang sempurna.

Sebelum mengharap kesempurnaan daripada suami kita, kita cermin dulu diri kita. Adakah kita cukup sempurna dimata suami kita…? Cukuplah kasih sayangnya tidak berbelah bagi itu dah memadai.

Emas… Intan… Berlian… Harta berjuta tidak termasuk dalam perjanjian perkahwinan kami… Beliau hanya berjanji akan bahagia kan Ammy…

Ammy nampak beliau sedang berusaha untuk menunaikannya… Beliau sanggup mengorbankan masa tidur beliau demi melihat Ammy dan anak-anak senang.

Kadang kala seharian berada di bengkel basikal demi mencari rezki untuk keluarga. Dari awal pagi dibengkel… Petang pula berniaga hingga ke larut malam.

Adakalanya beliau sambung pula kerja di bengkel dan jam 4 pagi baru tidur… Bangun pula jam 6 pagi hntar anak-anak kesekolah… Sambung lagi kerja dibengkel dan petang pula keluar berniaga…

Itulah rutin harian beliau semuanya jelas di depan mata Ammy. Disebabkan itulah Ammy tidak akan sesekali meminta apa diluar kemampuan suami. Cukup apa yang ada…

“Rezeki Allah bagi… Jangan mengeluh… tak baik… Nanti Allah tarik nikmat…”

Jawapan beliau pada tiap kali soalan Ammy…

“Tak penat ke…?”

Bila masa beliau rehat… Ammy tidak akan ganggu dengan benda yang temeh remeh ini… Biarlah beliau berehat…

Hanya Ammy yang tahu apa yang beliau rasa walaupun beliau tidak mengeluh penat.

Oleh kerana itu juga lah Ammy tidak pernah menyekat beliau berkawan kerana selain isteri dan anak- anak beliau juga memerlukan kawan sebagai teman berkongsi hobi

dan cerita bagi menghilangkan tekanan bekerja. Ammy juga tahu beliau gembira dengan kerjaya beliau sebagai ‘pomen basikal’ kerana ianya merangkumi hobi beliau dalam bidang bersukan.

Bohonglah jika tidak gembira bila si suami hadiahkan sesuatu lebih-lebih lagi barang kemas. Senyum mesti kehujung telinga. Kata beliau…

Memberi isteri barangan kemas bukannya sebagai tanda meraikan sesuatu ulang tahun… Tetapi sebagai satu tanda kepuasan dalam mencari rezki.

Bukanlah hanya sebagai tanda sayang malah berterima kasih kerana sanggup bersusah payah hidup bersamanya daripada ‘zero’ sehinggalah apa yang ada pada hari ini…

Sebenarnya… Suami kita juga hebat orangnya walaupun hanya nampak biasa-biasa sahaja dimata ramai.. Cuma cara mereka mempamerkan kehebatan sahaja yang berbeza.

Ada yang suka secara diam-diam dan ada juga yang suka secara terbuka. Berbeza daripada caranya tetapi matlamatnya sama… Berkorban apa sahaja… Demi melihat si isteri tersenyum…

Doakan kebahagiaan Ammy ya… In sha Allah seluruh alam akan mendoakan kebahagiaan kalian…. Amin…