Aku bakal berkahwin lagi 2 hari. Tiba2 rasa sebak dan aku menangis teresak-esak. Seperti merasai mcm perkara akan berlaku

Assalamualaikum wbt. Masa tu Aku terjaga jam pukul 4.00 pagi. Aku terjaga dari tidur dengan peluh membasahi dahi.

Terlalu panas malam tadi, kipas yang berpusing tidak mampu menyejukkan aku. Aku sebenarnya terjaga dari mimpi.

Sudah lama aku tidak mendapat mimpi buruk, tetapi pagi tadi aku terbangun dan cuba mengingat kembali mimpi itu.

“Dalam mimpi”

Baru pandai bercakap baru pandai berlari. Mungkin terlalu excited berlari, dia main di sekitar longkang tapi longkang itu airnya jernih dan bersih.

Adik aku bermain, aku sudah menegahnya jangan bermain di situ nanti jatuh. Sedang aku mengemas, aku memandang juga kepada adik aku. Risau terjadi apa-apa susah pula.

Tak lama aku memandang, aku Nampak adik aku tergelincir. Aku terus menjerit panggil abah dan abah aku tak percaya dengan apa yang aku kata.

Selepas lama aku menjerit, abah aku pergi dan memang betul, adik aku sudah meninggal. Aku tidak dapat menerima kenyataan dan aku menangis.

Aku seperti tidak redha dengan apa yang berlaku. Perkahwinan aku dibatalkan. Aku tak sanggup nak berkahwin dengan situasi macamtu.

Lama tak lama, aku berkahwin tetapi dengan orang lain bukan dengan bakal suami terdahulu. Selepas beberapa bulan, aku masih tidak boleh menerima kenyataan adik aku sudah tiada di dunia.

Aku tidak mengemas langsung baju-baju kepunyaan dia. Aku masih dengan kepercayaan adik aku wujud.

Pada suatu hari, aku rasa ada orang memerhatikan gerak-geri aku. Aku memandang ke suatu sudut dan adik aku munculkan diri dia.dia senyum kepadaku.

Lama-kelamaan, keluarga aku merasakan aku bermasalah dan ustaz datang untuk berubat.

Ustaz tu marah sangat dengan aku. Ustaz berkata, “Nusaibah! Awak kena percaya adik awak dah tiada lagi”. Aku menangis seteruknya.

Ustaz kata, “apa lagi barang yang ada dalam rumah ni awak tak kemas ke? Tak buang ke?”. Awak kena buang segala barang arwah.

Keluarga aku waakilkan. “ye ustaz, dia tak bagi buang segala barang arwah, ni semua baju tak buang”.

Ustaz tu kata ku kena buang dan redha dengan pemergian adik aku. Aku pun pergi ke tempat baju arwah dan masukkan baju-baju dia ke dalam plastic.

Sampai satu sudut, adik aku munculkan diri. Dia cakap kat aku, “kak,redhakan adik, bagilah adik pergi”. Aku angguk dan adik aku menghilang. Aku menangis sepuasnya walaupun aku redha.

Selepas itu, aku terjaga.

*cerita ini hanya mimpi. Tiada tokok tambah dalam cerita. Lagi sekali aku cakap, ini mimpi, bukan betul-betul. Jangan emosi sangat.

Assalammualaikum.