Pinggang aku sakit sgt dan semakin teruk. Pergi mengurut, tukang urut tu bg tahu ada yang marah xpuas hati sbb aku kahwin

“Aduh aduh sakit la sayang, tak tahan dah ni pinggang ni asyik nak letak ubat je”.

“Tu lah, ayg pun tak tahan sakit sangat dah pinggang ni”.

“Minggu ni kita balik kampung mengurut nak tak?”

“Ha boleh jugak mana tau elok pinggang ni”.

Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinanku bersama suami tercinta. Sudah masuk 3 minggu kami berkahwin dan sudah 2 minggu kami duduk di rumah baru.

Biasa lah rutin masuk rumah baru, angkat segala barang, kemas sini kemas sana sawang sini sawang sana jadi kerja-kerja berat banyak yang kami lakukan.

Dengan kerja yang sedia ada di pejabat membuatkan kami penat mengemas jadi pinggang pun sakitlah banyak barang angkat.

Mungkin mahu mencari kekuatan mengurut kerana dia baru sahaja lepas mengurut orang yang sanggup datang berpuluh puluh batu jauhnya. Ada yang dari Pasir Mas, ada yang dari Putrajaya. Banyak orang yang datang kat Kak Yatie ni.

Waktu nak mulakan sesi mengurut tu, dia minta aku tukar pakaian dengan memakai kain batik sahaja. Sudah itu, aku diminta berbaring dan dia mulakan mengurut badan aku dimulai dengan tangan.

Bila dia mula mengurut, tiba-tiba dia berkata, “kau bawa apa datang rumah aku ni, kau tengok bulu roma aku terus meremang”. Aku memang tak faham apa maksud Kak Yatie tu. Kefahaman aku, “oh badan aku banyak tak sihat kot sebab aku tak pernah pergi mengurut”.

Tapi, tak lama lepas tu Kak Yatie terus membaca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan selawat secara berterusan. Aku masih dengan blur aku yang tak faham-faham. Kak Yatie kata lagi, “dari kecil ni kau bawa”.

Ya allah sumpah aku tak faham dan aku terus terang je dengan Kak Yatie tu, “kak saya ni lembap sikit kak, saya straight forward je, kalau kias-kias saya memang tak faham”. Macamtu lah aku kata dengan Kak Yatie tu.

Start dari situ, aku mula faham. Kak yatie terus terang pada aku, ada benda yang dah lama duduk dalam badan aku semenjak aku kecil sampai sekarang. Tadi, dia menyorok di sebalik urat-urat aku, sebab tu Kak Yatie tak nampak, tapi sekarang dia tak boleh lari. Sebab itu juga badan aku selalu lebam-lebam, bukan sebab badan aku sensitive je, tapi sebab dalam badan aku sudah ada makhluk lain.

Kak Yatie masih mengurut aku dan pada saat dia mengurut perut aku, dia kata “aku akan keluarkan dia dari badan kau tapi sebaik sahaja minyak urut ni habis esok pagi, dia akan datang dalam mimpi kau semula. Aku terdiam dan kaku dengan kata-kata Kak Yatie.

Selepas Kak Yatie mengurut aku di bahagian belakang tengkuk, dia bangun dan duduk di kerusi. Waktu ini aku sudah duduk menghadap dinding dan suami aku di belakang kiri aku.

“kenapa kau sebak sangat? Kenapa kau sedih sangat? Kata Kak Yatie pada aku.

Aku memandang ke dinding dan aku terus menitiskan air mata. Tak semena-mena aku menangis seperti aku kehilangan sesuatu. Rasa sebak dalam hati aku sampai aku merintih. Suami aku terus memeluk aku dan meminta aku mengawal diri dan perasaan. Selepas itu, aku berhenti menangis dan pelik dengan diri sendiri, KENAPA AKU MENANGIS.

“Kau kena bawa isteri kau berubat mil, nanti melarat. Ini keturunan punya bukan menumpang sahaja”.

“Kau kena tanya pada keluarga kau, sama ada mereka menyimpan rahsia daripada kau tentang apa-apa kerana ini keturunan punya, aku boleh ubatkan tetapi keturunan punya ada syarat-syaratnya. Kau tanya dahulu pada nenek dan atuk kau”. Aku hanya boleh buangkan sekejap tak lama lagi dia akan datang semula.

Lalu suami aku pun buka cerita, selepas kami berkahwin dah 3 kali dia bermimpi tentang aku. Dalam mimpi tu, aku tinggalkan dia. Memang dia pernah beritahu aku, tapi aku katakan bahawa itu mainan tidur kerana syaitan mahu porak perandakan rumahtangga kita. Tapi kali kedua mimpi itu jadi lagi dan kali ketiga pun sama.

Kak yatie kata, “benda itu tak suka kau kahwin dengan perempuan ini mil, itu hak dia, sebab itu juga dia bagi amaran dalam mimpi kau suruh kau tinggalkan dia”.

Dan kau, “kau suka marah-marah tanpa sebab, sikit hal pun kau marah melenting bukan?”. Macam mana Kak Yatie tahu sedangkan aku takde cerita apa-apa kat dia? Omgg dahsyat betul kan. Aku diam senyum2 kambing jela sebab memang betul pun.

Kebetulan, aku singgah di rumah mak aku sebelum balik KL. Aku ceritakan pada mak aku dan mak aku buka cerita, “adik kau bagitahu, haritu dia balik sini naik teksi dan pakcik teksi tu bagitahu kat adik kau, “dik, awak ada saka”. Terus mak aku call paksu aku minta ustaz tengokkan betul ke pakcik teksi tu.

Dan aku, masih dengan tanda tanya. Aku akan berubat secepat mungkin sebab aku baru tahu je ni ahad (semalam) 4/3/2018