Bau busuk sgt bila pakcik aku buka bilik belakang. Dia jumpa beg dlm ada lilin paku dan mcm2 busuk sangat.

2 tahun lepas aku accident. Kereta langgar dari belakang waktu dekat traffic light. Takde teruk mana tapi selama sebulan lebih aku duduk dengan ibu aku dekat kampung.

Lepas dah sepenuhnya okay. Aku pun balik rumah aku. Rumah aku ni dah sebulan lebih nak dekat 2 bulan aku tak balik. Jadi bila aku balik. Aku kemas semua mop sapu sampah semua. Separuh hari juga baru selesai kemas rumah.

Rumah aku tingkat 11 bilik ada 3 tapi aku sorang je duduk. Malam tu aku gosok baju semua nak siap pergi kerja maklumlah dah sebulan rehat.

Nasib lah cuti tapi gaji jalan. Lepas dah siap semua aku baring dekat master bedroom ni. Tengah nak lelap aku terpandang beg. Beg ni kalau nak travel aku bawa.

Tapi beg ni aku memang sentiasa letak dekat bilik hujung. Jadi aku pun biarkan je lah mungkin aku ambik secara tak sedar. Jadi aku pejam. Tapi aku ni bukan jenis senang tidur.

Tapi aku masuk, diorang ni tak tekan tingkat berapa. Jadi aku pun tekan tingkat 11. Aku tanya tingkat berapa. Yang sorang tu tiba2 dia pusing kepala dekat sebelah dia. Sorang lagi jawab “Sebelas.”

Bila perhati eh jiran baru ke tak kenal. Sebab satu tingkat tu cuma lebih kurang 12 rumah je ada. Rumah aku pula memang hujung sebelah dengan lift. Aku bersandar dekat belakang lift.

Aku usha2 lah telefon sekejap. Dah sampai tingkat 11 ni, aku ingat nak biar diorang keluar dulu nak tengok rumah mana. Tapi bila aku pandang satu lif tu.

Kosong! Aku sorang je. Sampai tertutup lif tu. Cepat2 aku tekan button bukak. Aku masuk rumah dalam rasa takut. Tapi aku tenang. Sebab bukan kali pertama aku “terserempak” benda macam ni.

Aku pun sarapan lah duduk depan tv. Belek fon kejap, tak ada benda menarik sangat. Tengok berita pun setakat kasi riuh pagi. Tengah aku duduk dekat sofa ni.

Aku cari yassin pun tak ada. Aku jadi takut. Aku punggah semua buku aku dekat rak cari buku bacaan surah semua tak ada. Padahal selama ni buku aku zaman sekolah agama pun aku simpan tapi malam tu tak ada.

Sampai aku nak solat sejadah tak ada. Menangis juga aku waktu tu tapi dalam hati je. Aku nak Azan takut benda tu tutup ke apa.

Aku baru nak laung Azan ni, aku dengar ada orang jerit tepat dekat sebelah telinga kiri aku. Dia jerit perkataan yang aku tak faham.

Aku keluar rumah. Azan tak jadi. Aku pergi surau. Waktu tu dah nak dekat pukul 12. Selama 2 tahun aku duduk situ pertama kali Surau tu ada orang kunci waktu tu.

Pertama kali! Aku nak buka tak boleh. Sampai tiba-tiba aku ada perasaan marah sangat sampai hilang takut. Aku keluar pergi kedai makan, duduk minum.

Mak aku buka pintu tapi tak masuk. Sampai lah ayah aku tepuk bahu mak aku. Ayah aku masuk pun dia dah tahu. Aku tepat azan maghrib, mandi semua, ayah dgn mak aku ajak solat.

Aku cakap solat lah dulu. Tapi ayah aku paksa. Aku marah tiba-tiba. Ayah aku siram aku pakai air masak. Menggelupur aku rasa sakit.

Pakcik aku datang malam tu dengan abang aku. Pakcik aku ni dia dah biasa rukyahkan orang. Dia masuk rumah aku dia duduk dalam bilik aku.

Mula2 master bedroom lepastu dia keluar. Pergi bilik tengah dia keluar. Diri dekat dapur dia keluar. Dia nak buka pintu bilik hujung ni.

Tapi pintu kunci. Pakcik aku tanya aku mana kunci. Aku tunjuk dekat dapur. Aku waktu ni rasa lemah sakit dekat dada bahu dengan perut.

Sampai lah aku jumpa bekas tunang aku. Aku tanya dia elok-elok. Mula2 dia taknak mengaku. Tapi aku cakap dengan dia elok2 lepasni jangan buat lagi.

Bukan setakat dekat aku. Tapi dekat orang lain. Balik tu bekas tunang aku ni dia sms aku. Dia cakap dia yang buat dia minta maaf.

Sebenarnya kita orang dah nak kahwin lagi 3bulan. Rumah tu aku siap dah kasi lawa untuk tinggal berdua.

Tapi dah tuhan nak tunjukkan. Aku terjumpa dia dengan lelaki lain waktu aku balik kerja. Aku tengah penat balik kerja aku nampak kereta dia.

Aku berhenti lah. Dekat kedai makan ni. Bila aku tengok dalam tu dia dengan lelaki bermesra duduk rapat2 semua bergelak peluk. Tapi aku diam dulu.

Sampai sekali telefon dia tertinggal. Aku buka. Aku tengok whatsapp dia menangis aku bila tengok dia send gambar lucah dengan lelaki tu siap mesej lucah semua.

Aku putus terus. Tak kasi tahu sebab. Tapi dia katanya tak puas hati dan dia nak kenakan aku biar aku menyesal. Alhamdulilah semua dah okay. Sekarang pun aku dah kahwin.