Aku mula rasa xbest dgn wife. Fikir kerja je sampai aku kahwin lain, baru isteri 1st luahkan apa yg terpendam

Jujur cakap, aku tak tau macam mana nak mulakan cerita ni. Tapi aku bagi pengenalan ringkas. Aku ada dua isteri, Nadia ( isteri pertama) dan Mira ( isteri kedua).

Aku dan Nadia kenal tahun 2012. Kami kenal di tempat kerja, salah satu multinational corporation terbesar di Malaysia.

Nadia auditor, aku IT technician. Nadia tua 7 tahun dr aku, dia 32 dan aku pula 25.

Sejak aku join company ni, Nadia memang antara staf perempuan yang popular di kalangan semua staff lelaki.

Baik yang kahwin sampai la bujang, semua idamkan Nadia sebab dia tinggi, putih melepak dan muka baby face. Nadia ni jenis serius and kurang bergaul sikit.

Satu hari tu Nadia buat audit dekat luar daerah and laptop dia rosak. So aku kne on call repair laptop dia kt site.

Terdesak nak kahwin dengan Mira, aku jujur dengan Nadia. Aku ingat lagi, mula2 Nadia nangis tapi lepas tu dia minta maaf sebab selalu pentingkan kerja dan abaikan aku.

Nadia redha je benarkan aku kahwin dengan Mira. Masa ni aku rasa berbelah bagi sangat2.

Tertekan sebab dh janji nak nikahi Mira dan dalam masa yang sama sedih sebab Nadia seolah2 nak lepaskan aku.

Sebelum kahwin, Nadia siap pesan jgn risau pasal belanja rumah dan anak2 sebab dia kerja tapi Mira tak. Jarak rumah Mira dan Nadia cuma 5 minit drive.

Mula2 dulu, aku jaga anak2 di rumah Nadia bila dia outstation tapi lepas tu aku minta bawak balik mereka ke rumah Mira.

Senang sikit bila aku kerja and Nadia pun tak kisah. Bagi Nadia takpa anak2 kenal Mira tapi dia tak nak face to face berdua dengan Mira.

Lama kelamaan aku jadi sunyi dengan Mira. Manisnya fasa honeymoon dah habis dan aku rindu nk bersama keluarga aku.

Mira tak nak berbuka puasa sorang, jadi sepanjang Ramadhan aku tak pernah berbuka dengan Nadia.

Baru ni aku blik ke rumah Nadia, sedih sebab Nadia lansung tak expect aku balik. Berbuka masa tu cuma baki makanan anak2 aku, bubur nasi dan nugget.

Lepas anak2 tidur, aku tunggu Nadia lama dalam bilik. Nadia masuk malu2 and kami jadi kekok nak berbual bila berdua.

Masa ni aku rasa macam lamanya aku dah abaikan Nadia. Aku terus luahkan apa yang terpendam.

Kenapa tak fight hak dia sebagai isteri, kenapa izinkan aku kahwin lain, kenapa bercuti tinggalkan aku, kenapa dia chill sangat hadapi semua ni, kenapa dia redha bermadu, kenapa tak marah aku main kayu tiga dan banyak lagi kenapa.

Berkali aku tanya Nadia, tak sayang aku ke? Tak benci Mira ke? Nadia balas dia dah takde hati untuk sayang and dah takde hati untuk benci.

Aku betul2 buntu dengan Nadia. Sekarang dia buat diri macam patung bila dengan aku. Tak lama nak raya and Nadia siap dah atur jadual balik kampung.

Hari pertama dan kedua aku beraya dengan mira di kampung mira. Nadia dan anak2 di kampung aku.

Raya ketiga dan keempat aku dan mira di kampung aku, Nadia dan anak2 di kampung Nadia. Kat mana aku di mata dia.

Masih wujud atau tak wujud. Buat para suami yang mengeluh isteri pjj atau isteri doktor, fikir lah dua kali sebelum bermain kayu tiga.

Aliff aziz tu untung bella masih nak pertahankan rumahtangga mereka walaupun dah terlerai.

Macam aku Nadia betul2 dah buang aku dekat Mira.