Aku telah hilang sahabat yg paling berharga lepas aku lakukan benda ni. Ye aku menyesal

Salam kepada semua pembaca. Semoga semua pembacabdiberkati Allah selalu.

Nama aku Rayyan (bukan nama sebenar). Aku nak bercerita tentang seorang sahabat yang sangat aku kasihi kerana Allah.

Pengenalan kami bermula pada tahun 2011, Feb. Nama dia Siti (bukan nama sebenar). Kami berasal daripada dua negeri yang berbeza. Aku berasal dari pantai barat, dia berasal dari selatan tanah air.

2010 adalah tahun kami menduduki SPM. Tapi aku belum kenal dia lagi masa tu. Dia sebenarnya menumpang untuk jawab kertas SPM dekat sekolah aku.

Aku baru kenal dia masa Feb 2011. Masa itu dia masih lagi di Kuala Lumpur. Selayaknya lepasan SPM yang baru habis sekolah, aku cari kerja part time sebagai seorang promoter di sebuah pusat beli belah.

Sepanjang berhubung, dia ada ceritakan pada aku perkembangan diri dia. Lelaki yang dia suka, pembelajaran dia di pusat pendidikan, dan terkadang dia minta pendapat aku untuk masalah yang dia lalui.

Aku menyaksikan sendiri bagaimana dia berubah daripada seorang perempuan melayu terakhir kepada seorang muslimah sejati yang dihormati.

Perasaan aku berubah, daripada cinta monyet tak bersebab kepada sebuah penghormatan terhadap seorang perempuan.

2013, ditakdirkan dia datang ke Kuala Lumpur. Aku dan dia (mak ayah dia ikut sekali) plan untuk berjumpa di KLCC, Kinokuniya. Walaupun aku terpaksa tunggu dia almost 2 jam, tapi aku happy. Daripada 2011 sampai ke penghujung 2013, baru aku dapat jumpa dia. Bukan senang nak jumpa, seorang duduk selatan, seorang duduk pantai barat.

Balik daripada itu, dia update status.

“Jumpa kawan lama selamanya – Kinokuniya KLCC”.

Aku ambil masa berbulan-bulan untuk gagahkan diri. Aku solat istikharah untuk minta petunjuk sama ada aku patut teruskan atau tidak. Setiap kali habis solat, aku akan buka Al-Quran randomly. Tengok muka surat sebelah kanan, ayat paling bawah. Kalau ayat menunjukkan perkara perkara baik, aku teruskan. Kalau sebaliknya aku stop. Sebenarnya aku dapat tips daripada seorang ustaz.

Selepas berbulan-bulan. Tepat bulan 8, Allah hantar petunjuk yang tak disangka sangka.

Ayat Al-Quran yang aku dapat:

At-Tawbah:112 – (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

Dengan ayat ini keyakinan aku sangat tinggi untuk teruskan.

Tapi yang membuatkan aku lebih kecewa, aku bukan setakat kena tolak, tapi aku aku juga hilang seorang kawan.

Lepas daripada itu, aku dengan dia tak berhubung. Aku menyesal sebenarnya sebab aku cuba lamar. Harga yang terpaksa aku bayar, aku hilang seorang kawan baik.

Kawan baik yang aku tak pernah bergaduh dengan dia walaupun sekali. Tak ernah kasar bahasa walaupun sekali. Tak pernah touching antara satu sama lain.

Daripada 2014 sampailah sekarang 2018.

Beberapa hari lepas, aku dapat undangan walimatul urus. Daripada Siti. Dia akan berkahwin tak lama lagi. Dengan seorang lelaki yang dihormati ramai.

Maafkan aku untuk luahan ini. Aku simpan bertahun-tahun seorang diri. Hari ini meletup. Aku rindu kau sahabat. Aku rindu persahabatan kita.

“Kawan baik lama selamanya”

Kepada semua pembaca. Semoga kita semua mengecapi kebahagiaan yang kita inginkan.