Tengah baca wasap group dan info location grab aku, tiba-tiba apps driver masuk request. Tak sempat klik accept, tp terus masuk dlm apps untuk gerak ambil penumpang.

Hi, intro sikit, aku seorang suri rumah kepada pemandu grabcar serta uber, means suami aku drive untuk uber dan grabcar.

Cerita ni pengalaman benar kawan kepada suami aku. Aku panggil dia Abg Tom bukan nama sebenar.

Dia pun buat grabcar juga. Dia selalu lepak dengan suami aku masa dorang keluar cari rezeki. Aku dalam kisah ni adalah Abang Tom.

Satu malam dekat area Puchong, aku baru lepas dropkan seorang rider (penumpang), maka aku pun berehat sebentar dalam kereta.

Oh, aku bawa kereta X-trail version baru, maka harga booking yang aku dapat pun lebih sedikit dari harga kereta sedan biasa.

Kemudian aku ikut laluan waze ke destinasi drop dia. Perjalanan jarak dalam 20km dan harga booking dekat RM40. Sebab dah malam, so harga memang boleh cecah mahal lagipun aku guna kereta yg rate harga mahal.

Sepanjang jalan memang aku perasan rider ni senyap dan banyak pandang luar tingkap je. Disebabkan tu aku malas nak tegur dan tanye lebih.

Rupanya tempat yang dia nak drop ni pon masuk taman rumah dan hujung bukit tu aku memang yakin dah takde perumahan dan yang ada kubur.

Tapi aku husnuzon kan diri mungkin rumah dia paling hujung jalan ni. Bila aku tanya dia nak drop kan di kawasan mana, tiba2 aku terbau wangi teramat dan serta merta kereta aku berkabus macam cuaca sejuk oversea.

Aku pun ikut pakcik ni sebab rumah dia di hujung jalan ni dan aku undur kereta aku ke rumah dia.

Aku masuk dalam rumah dia, isteri pakcik ni ke dapur untuk buat air minum untuk tetamu tak diundang macam aku ni. Pakcik ni start cerita, dah banyak orang sesat ke sini hantar benda tu.

Aku pun pandang pelik tengok pakcik ni. Macam mana pulak dia tahu aku bawa benda ke situ? Dia cakap, bukan aku sorang pernah kena tumpang macam tu tapi sebelum ni jin tu tumpang kereta or naik motor.

Tapi bukan naik grabcar berbayar. Tapi ni pun dia naik kereta tak bayar, so masih naik free jugaklah. Pakcik tu suruh aku minum air yang dibancuh isteri dia dan air tawar untuk pulihkan semangat aku.

Dia suruh aku call family aku untuk datang ambil aku sebab aku rasa lemah sangat nak drive balik rumah sorang.

Masa kejadian ni sebelum puasa tahun lepas bulan April or Mei. Terpulang kepada readers nak percaya or tak, tapi kisah ni diceritakan sendiri oleh kawan suami aku tu.

Suami aku memang selalu jumpa Abang Tom ni sebab tu Abang ni rapat dengan suami aku dan share kisah dia dengan suami aku.

Sekian kisah dari wife driver grabcar dan uber.