Kernda terbang pastu tiba2 keluar 3 ekor mahluk. Hairul pula mengamok2. Yg nampak jadi hairan tengok kejadian tu

Assalamualaikum wbt. Aku nak cerita kan kisah kali ni pertempuran aku dengan hantu raya dan puaka keranda.

Kehidupan aku masih seperti biasa tiada jauh berbeza rutin harian ku. Cuma kali ini aku akan kongsikan dengan kalian satu kisah pengajaran.

Takdir Allah SWT itu lagi besar mengatasi segalanya. Walaupun gelanggang silat telah pun kami pagar namun makhluk halus tersebut berjaya menembusi benteng.

Bagi aku itu semua kehendak Allah nak mendidik kami semua bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia semata-mata. Kami hanya lah hamba. Jika takdir kami m**i di tangan puaka maka kami semua akan m**i malam tersebut.

Hujung minggu seperti kebiasaan nya aku akan mengadakan sedikit majlis makan tengahari dan doa selamat. Aku akan mengadakan mesyuarat khas untuk aktiviti dan apa apa jua masalah berbangkit dalam ahli keluarga silat kami.

Semua orang telah berkumpul di pondok kecil. Aku mengetuai bacaan doa selamat dan seusai semua itu. Kami pun menikmati juadah makan tengahari yang amat lazat walaupun ia bukan makanan yang mewah.

Berpeluh-peluh muka masing-masing bukan kerana panas tetapi kenikmatan gulai lemak cili api yang membahang kesedapan nya.

“Sodap botol lauk hari nih!” Si Faiz, jiran tetanggaku, memuji kesedapan lauk.

“Tengok tanganlah bhai! Den kan yang masak,” Hairul angkat tangan dia. Aku melihat geli hati. Semua tahu yang masing masing turut sama masak.

Aku arahkan semua segera bersih kan diri untuk solat jemaah. Hari ni giliran Hairul jadi imam dan akan mengetuai solat hajat dan zohor. Menjadi kebiasaan kami akan solat hajat bagi memohon agar diberikan kemudahan urusan kami untuk sesi silat malam nanti.

Aku melihat daripada jauh sebuah keranda lama terbang menuju ke arah kami semua. Aku rasa ini lah jawapannya pada gerak hati aku tadi.

” Semua berhenti, buat barisan 9: 7 : 5 : 2.” Semua berhenti dan aku turun ke gelanggang duduk dihadapan sekali bersama Hairul.

Barisan belakang sekali adalah barisan pemanah ghaib. Barisan tujuh aku telah latih menjadi barisan penyerang.

Mereka akan sentiasa membaca dan menenggelamkan seluruh jiwa dalam kalimah tauhid kepada Allah. Barisan lima orang adalah paling kanan dan akan membantu aku dan Hairul apabila berlaku pertempuran.

Kami semua dengan posisi bersedia andai kami semua kalah maka kami redha. Keranda terbang itu telah pun berhenti di hadapan pintu gelanggang.

Suasana bertukar menjadi sunyi sepi angin menderu deru masuk membuatkan api jamung meliuk liuk mengikut tiupan angin.

Makhluk tersebut makin berang. Aku dan Hairul bergabung tenaga menyerang dua makhluk hitam tersebut. Barisan 5 orang menyerang seekor lagi makhluk.

Ada antara kami yang telah cedera. Segera barisan belakang dan 7 orang membuat serangan membantu kami. Keadaan malam itu huru hara. Hanya kami sahaja mampu melihat semuanya yang terjadi.

Aku tercedera bila taring makhluk tersebut dibenam kan pada bahu ku. Aku rebah dan tak mampu bergerak lagi.

Tenaga ku seolah-olah disedut keluar. Aku dipapah keluar daripada gelanggang. Makhluk makhluk itu berjaya ditumpaskan oleh ahli keluarga silat ku.

Keadaan ku lemah dan dirawat oleh Hairul dan adik ku.

“Abang makan lah sedikit,”

Zahira menatang air kopi untuk Hairul sambil tersenyum melihat aku mengusik lelaki kesayangan nya. Aku memang dah bercadang nak nikahkan mereka jika tiada halangan hujung tahun ni. Cuma tunggu keluarga Hairul memberi kata putus selepas rombongan merisik dan bertunang tempoh hari.

“Malam ni nanti nak bukak gelanggang tak?” Hairul bertanya.

“Kalau ekau tak ponek bukak lah. Den tak todayo ni ha. Den tengok yolah dari ateih rumah”. Ku balas pertanyaan Hairul sambil menghirup kopi.

Malam itu aku hanya mampu melihat daripada jauh langkah silat mereka semua. Tiba-tiba aku lihat seekor hantu raya menyambar ke arah Hairul.

Tanpa sempat berbuat apa-apa Hairul telah kerasukan dan mengamuk di tengah gelanggang. Mata nya merah menyala. Melihat semua orang di dalam gelanggang.

Hairul dipapah ke atas rumah. Aku memberikan nya air penawar. Zahira menangis melihat keadaan tunangan nya. Hairul hanya pengsan cuma tubuh badan nya lemah.

Aku dan Hairul pulih setelah dua minggu terlantar di rumah. Kami bukan sahaja telah cedera fizikal tetapi cedera dalaman kami.

Aku banyak merenung jauh akan apa yang telah terjadi. Dua serangan berlaku dalam minggu yang sama. Dan menyebabkan aku dan yang lain hampir menemui ajal.

Kami memang tidak mencari musuh tetapi musuh yang akan mencari kami. Perjuangan kami adalah menentang kerosakan yang dilakukan makhluk puaka. Kemungkinan besar serangan yang terjadi akibat dendam.

Kami redha kami semua manusia biasa bukan kebal walaupun mempunyai kekuatan. Jika Allah takdirkan kami tewas maka kami akan tewas.

Aku dan ahli silat telah mengadakan solat hajat dan taubat. Memohon agar Allah ampunkan dosa dosa kami. Seandainya ada di dalam hati ini rasa riak dan angkuh akan sedikit kekuatan yang ada.

Semua nya terjadi atas izin Allah. Aku kini telah sembuh. Insyaallah ada masa aku akan kongsikan kisah pertemuan aku dengan puteri Ratna sari dan dendam bomoh siam.

Assalamualaikum dan salam bahagia sahabatku semua.

p/s – tak tahu sejaih mana kebenarannya. Jadikan ia sebagai bahan bacaan dan yg baik jadikan sebagai pengajaran