Call suami masa rumah mula terbkar, byk kali tp tak pickup, Rupanya dia ada projek senyap2

Saya sudah16 tahun berkahwin dan dikurniakan tiga orang anak. Saya dan suami sebaya, berkahwin awal pada usia 21 tahun.

Selepas tamat SPM, saya sambung belajar, manakala suami terus bekerja. Mak mentua yang beria-ria mahu kami kahwin awal.

Belum sempat saya habis belajar, saya dah berkahwin. Di awal perkahwinan, kami PJJ selama setahun.

Tamat pengajian, saya pun melahirkan anak sulung. Allah permudahkan urusan saya. Selesai saja berpantang, saya ditawarkan kerja di bandar yang tidak jauh dari kampung. Alhamdulillah, rezeki anak.

Kami menyewa sebuah rumah kampung sahaja pada waktu itu. Tidak lama selepas itu, ujian pertama dalam perkahwinan, suami dah pandai balik lewat setiap hari.

Hati saya dah syak macam-macam. Semakin lama, keadaan semakin teruk.

Masa itu saya dah geram sangat dan mendoakan suami ditimpa kemalangan. Selepas tersedar, saya istighfar semula. Mungkin doa saya, doa hamba yang teraniaya agaknya, Allah makbulkan doa saya.

Dalam jam 5 pagi, saya terdengar bunyi kereta di luar rumah tetapi bukan kereta dia.

Bila saya buka pintu, tengok suami dengan lebam dan luka sepanjang satu inci di kepala. Katanya kemlangan langgar babi.

Mengucap saya pada waktu itu dan terdetik dalam hati, “Allah perkenakan doa aku?”, menjadikan hati saya kuat mengatakan dia memang ada melakukan sesuatu di belakang saya.

Tetapi saya bersabar dan tidak mahu bergaduh di rumah mak saya. Tidak lama selepas itu, kami berpindah ke rumah lain.

Masa itu saya mula siasat. Saya perasan dia selalu menyorokkan telefon bimbitnya. Suatu pagi, sewaktu dia sedang mandi, saya mencari telefonnya.

Suami saya selalu balik lambat sebab keluar dengan dia sehingga larut malam. Perempuan itu berjanji yang dia tidak akan kacau suami saya lagi.

Tetapi saya tak bod0h.

Keesokannya saya pergi mengintip dia di tempat kerja dan ternyata mereka masih berjumpa lagi. Masa itu saya tak ada kereta dan saya mengekori mereka menggunakan teksi.

Rupa-rupanya mereka pergi makan tengah hari bersama. Memang saya geram pada waktu itu dan terjah mereka yang sedang makan.

Air sirap di atas meja, saya simbah atas muka suami dan perempuan itu.

Dengan nada lembut dan manja, saya kata, “Abang, sila pilih saya atau perempuan ini?”

Suami bangun dan kata pilih saya.

Suami siap hantar dia pergi kerja bagai. Sekali lagi saya kumpul bukti dan bila bukti sudah mencukupi, terus pergi serang. Kali ini sayab elasah kedua-duanya sekali.

Perempuan itu tahu suami saya sudah berkahwin dan ada anak, tetapi gatal juga nak melayan.

Hati saya sudah mula tawar, tetapi masa itu saya muda dan takut kalau bercerai, mesti keluarga akan salahkan saya.

Tetapi hati saya berdendam dengan suami dan mulai dari hari itu, saya tidak bertolak ansur dah dengan suami. Gaji saya, saya gunakan sepenuhnya untuk saya.

Saya tak bayar ansuran kereta sebab kereta atas nama dia. Saya beli makanan untuk saya dan anak-anak sahaja.

Gaji saya dijoli bersama dengan anak-anak. Akhirnya kereta dia ditarik, saya buat tak tahu saja.

Bila dia kantoi, sekali lagi telefonnya menjadi mangsa, pecah telefon itu saya kerjakan.

“Siapa perempuan itu?!” soal saya tanpa dijawabnya.

Memang masa itu saya naik angin dan saya kejar dia dengan pisau pemotong daging. Mujur dia sempat masuk bilik dan kunci pintu.

Selepas peristiwa itu, saya memang berdendam dengan dia.

Hidup dia pun kucar-kacir sampai kena buang kerja sebab selalu datang lambat. Sejak kes itu, saya memang abaikan dia walaupun serumah.

Saya siap pergi kerja, di saya tak pedulikan langsung. Anak-anak saya tinggalkan dengan dia. Pandai-pandailah dia nak uruskan. Sebab itu dia selalu lambat pergi kerja.

Selepas dia dibuang kerja, kereta tak mampu bayar dan diambil oleh kawannya semula.

Sebenarnya waktu itu, tak ada apa-apa pun tetapi saya sengaja berlakon supaya dia curiga. Memang dia nampak curiga sebab dia dah mula tegur saya bermesej dengan siapa.

Dah banyak mesej romantik dalam telefon saya dan saya tinggalkan telefon di rumah sewaktu saya pergi kerja. Telefon baru itu memang ada dengan saya.

Tengah hari itu, dia menghubungi nombor baru, saya cuma tersenyum dan biarkan panggilan itu tanpa dijawab. Banyak kali dia menghubungi nombor baru ini, tetapi saya tak jawab sehinggalah dia menghantar sms,

“Kau sape? Kenapa ganggu isteri aku?! Jawab call aku!”

Saya rasa puas hati, saya nak dia rasa apa yang saya rasa. Biarpun terpaksa berlakon.

Tidak lama selepas itu, dia datang ke pejabat saya dengan kereta kawannya. Dia bawa saya pergi makan dan tanya siapa lelaki yang sms saya itu. Saya hanya ketawa dan tanya dia,

“Pedih tak, bang?”

Alhamdulillah, suami pun sudah berubah. Sekarang dia pun sudah berniaga sendiri.

Pernah sekali gulung tikar, tiga tahun kemudian kami cuba lagi. Alhamdulillah, rezeki Allah.

Anak pun dah bertambah seorang lagi. Kami pun dah semakin matang, ada bergaduh sekali sekali tetapi bukan disebabkan orang ketiga.

Semua perniagaan dia saya yang uruskan.

Dia jadikan saya orang terpenting dalam hidup dia dan saya pun jadikan dia orang yang terpenting dalam hidup saya. Apa-apa saja perkara, kami akan maklumkan walaupun perkara kecil.

Dugaan semalam walaupun pedih, mengajar kami banyak perkara. Banyak yang kami sudah tempuh. Yang akan datang, kami memohon pada Allah kuatkan hati kami untuk menempuhi segalanya bersama-sama.

Sekarang suami banyak masa di rumah.

Cuma saya kadang-kadang bosan bila dia di rumah sebab suami sekarang dah dapat hobi baru, membebel. Meningkat usia ini jadi kaki bebel pula. Tetapi saya terima daripada jadi kaki perempuan.

10 kali saya lebih rela suami jadi kaki bebel seperti sekarang.

Doakan kami berkekalan ke jannah. InshaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Jadikan Allah utama dalam hidup kita. InshaAllah kita akan kuat berdepan ujian Allah.