Hairan mak ayah kerap puji adik aku walhal dia xpernah pun bagi duit dekat mereka. Aku yg kerap sara mereka tak pulak

Aku Zila. Aku bercerita dekat sini bukan minta pendapat atau apa, aku cuma nak luahkan perasaan. Perasaan kecewa dekat keluarga sendiri.

Aku bukan nak buka pekung di dada sendiri, aku cuma perlukan tempat meluah. Aku tak ada tempat nak bercerita, guys.

Ceritanya bermula macamni, aku ni dari kecil aku rasa dipergunakan. Aku antara anak yang pandai antara adik beradik aku.

Tiap kali depan sedara mara aku, mak bapak aku selalu banggakan aku, bagi perhatian dekat aku, buat baik dekat aku. Padahal kalau dekat rumah sesama keluarga, aku dilayan macam stranger.

Bila dah dewasa, aku dapat masuk uni. Bapak aku sekerasnya tak bagi aku masuk uni. Tapi sebab desakan makcik pakcik aku, sebab pada dorang aku lah satu satunya harapan keluarga, bapak aku relakan jugak aku pergi.

Bayar bil elektrik air, bayar kereta. Kereta pun aku beli second hand je. Hidup aku tak mewah pun. Kalau nak hidup mewah pun, aku malu. Masa tu aku cuma kerja Speedmart je. Nak mewah macam mana.

Bapak aku tak pernah restu aku kerja speedmart. Dia kata dia malu bila ada yang tanya anak kau yang belajar degree jauh jauh tu kerja apa.

Dia macam nak kata kerja Speedmart tu tak standard. Tak setaraf dengan degree. Kecik hati aku. Padahal aku kerja Speedmart pun bukannya cashier.

Aku ABM. Dengan kerja Speedmart tu lah aku bagi duit kocek dekat dia (dia dah tak kerja). Aku buat bayar bil, aku buat beli barang dapur. Aku bawak makbapak aku pergi keluar makan. Tapi sampai hati dia cakap macamtu.

Disebabkan bapak aku tak pernah nak banggakan aku kerja Speedmart, aku nekad cari kerja lain. Sampailah aku dapat kerja dengan BSN.

Kalau nak belanja makan pun, aku tengok pada gaji aku. Ada lebih ke tak. Tapi aku tak sangka, tak tahu mana silap aku, haritu nenek aku datang rumah, bapak aku boleh bercerita dekat nenek aku, dia kata aku ni kedekut.

Aku dalam bilik masa tu, aku tak tidur dan aku dengar jelas dia kata ‘Zila tu susah sikit, kedekut yak mat dia tu.’ Guys, aku tiap bulan tak pernah miss jalankan tanggungjawab aku sara dorang.

Nak dibandingkan dengan adik aku. Adik aku ni duit bulanan nak bagi mak bapak aku pun culas tapi selalu dipuji puji. Semua orang suka dia.

Nak kata peramah, dia tu jenis tak bergaul dengan sedara mara. Sembang pun dia tak reti. Tak tahu lah mana silap aku.

Tu baru pasal kerja, pasal pasangan hidup jangan cakap lah. Umur aku dah sampai tahap umur boleh kawin, dah 28 tahun. Semua kawan lelaki yang aku kenalkan dekat mak bapak aku, semua dia tak berkenan.

Tak dinafikan memang aku ‘berkawan’ dengan ramai lelaki. Sebabnya dari zaman aku belajar, bila aku berkawan je, aku terus bawak jumpa makbapak.

Kalau dorang tak berkenan aku terus tarik diri. And yes, semua dah dia tak berkenan macam mana aku nak teruskan. Sampailah sekarang.

Sampailah keharini pun, aku dipergunakan. Hari raya ni aku cuma bajet duit raya untuk anak tetamu aku, anak buah dan sedikit untuk adik adik sepupu aku.

Aku tak kisah pun nak memberi tapi gaji aku tak seberapa. Nak gaji besar kena makan komisyen. Plus, tempat aku kerja ni luar bandar gaji tak besar. Tapi makbapak aku tak faham. Dia ingat kerja bank gaji mewah.

Semua anak tetamu kawan kawan dorang datang beraya, dia minta duit raya pada aku. Aku pelik, kenapa aku? Kenapa dia tak minta pada adik aku yang dorang selalu canang cecrita baik baik, yang dorang sayang tu? Padahal adik aku pun kerja. Aku sakit weh duduk dalam rumah ni.

Kadang aku terfikir, aku nak je terima pinangan sesiapa walaupun makbapak tak berkenan, janji aku boleh keluar dari rumah ni.

Environemt dalam rumah ni pada aku sangat negative. Aku tak tahu dah macam mana nak positif lagi dengan keadaan aku macamni. Kadang terfikir juga, aku macamni sebab hati aku hitam ke ? Allahu…

Salah ke aku dalam hal ni semua? Apa salah aku? Korang rasa aku ni hati hitam ke sampai berfikiran macam ni