Suami saya ok je. Tapi tak tahu lah bila suami pgang tangan mlm pertama, jiwa sy rasa kosong

Saya perkenalkan dulu diri. Nama di beri Azi (bukan nama sebenar) berumur 30an dan berkerja dalam bidang profesional.

Sudah berkahwin hampir 8 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Sebenarnya apa yang bakal saya ceritakan tak pernah saya ceritakan kepada sesiapa.

Rahsia hati yang dah terlalu lama di pendam dan di simpan. Saya berkahwin setelah perkenalan singkat melalui orang tengah.

Hanya sebulan berkenalan melalui membalas email sahaja terus setuju untuk bernikah. Jujur, hati waktu tu yakin benar dia lah lelaki yang boleh bimbing saya untuk menjadi lebih baik.

Saya tak pernah bercinta dan tak pernah tahu perasaan bercinta tu bagaimana.

Sewaktu kami baru saja bernikah, pertama kali kami berpimpingan tangan sewaktu photoshoot..

Saya rasa kosong.

Sewaktu malam pertama..

Saya rasa kosong.

Tak rasa apa-apa.

Sewaktu honeymoon bersama..

Saya rasa kosong.

Tiada rasa bahagia seperti pasangan lain,

Tiada rasa cinta berputik seperti pasangan lain.

Ketika orang lain berasa gembira bila ‘bersama’,

Saya menangis teresak2 sehingga lebam mata,

Kerana saya tak rasa apa2 langsung,

Tiada perasaan seronok,

Tiada perasaan sayang,

Tiada perasaan cinta,

Kosong. Gelap. Hanya beban.

Lelaki ni pilihan saya.

Jawapan kepada istikharah saya.

Tapi kenapa saya gagal ada perasaan untuk dia?

Sebab itulah saya rasakan dialah orang yang paling tepat untuk saya. Dia solat, berusrah dan belajar agama.

Apa yang menyebabkan saya kecewa adalah kerana dia baran orangnya. Tak boleh nak hadap stress langsung.

Asal ada benda kecil yang dia tak suka, dia akan start marah2 dan mengamuk. Contohnya bila kami dating ke mall, tengok2 ada orang ramai kat mall, dia serabut.

Mula2lah marah2 tak tentu pasal. Saya pulak disalahkan sebab pilih ke mall tu. Banyak lagilah. Pendek kata, ‘stress tolerance’ dia amatlah lemah.

Senang triggered dan mengamuk. Tapi tak pernahlah dia pukul saya atau keluar kata kesat.

Cuma kata2 yang menyindir dan menyalahkan yang saya dengar. Bila anak buat salah sikit je, contohnye kesat tangan kotor kat kerusi, terus mengamuk.

Nak beli kereta pertama kan? Tapi bila pergi beli kereta, dia buat endah tak endah. Suruh saya buat keputusan sendiri.

Bila dah beli dan loan approved semua, barulah salahkan saya kenapa tak survey lagilah.

Kenapa pilih kereta tu lah. Kenapa ni. Kenapa tu. Bla bla bla.. Waktu tanya pendapat tak cakap apa2. Bila dah confirm mulalah keluar hujah macam2 nak kata saya salah. Hmmm..

Saya pun perasan dia makin lama makin kurang tolong saya buat kerja rumah. Kami berdua kerja. Tapi kebanyakan kerja saya yang buat.

Dia akan buat satu kerja, lepas tu lepas tangan. Kalau sehari tu dia dah tolong lipat baju, simpan baju dan kerja2 lain dia tak tolong dah.

Dia juga boleh terima kalau saya tegur. Kami dah banyak kali heart to heart. Dah banyak kali saya luahkan apa yang saya rasa (kecuali saya tak pernah bagitahu saya tak cinta kan dia).

Dia ada berubah. Tapi, masih baran terutamanya kepada anak2. Entahlah.. Saya rasa kosong. Saya sedih suami tak boleh jadi bestfriend saya.

Saya masih rasa kekok nak berbincang dengan dia. Saya tak rasa suami membimbing saya. Saya tahu suami saya masih baik. Tak pukul isteri. Tak minum arak atau judi. Tak main perempuan.

Tapi saya sedih sebab saya tak mampu cintakan dia. Dah 8 tahun kami bersama. 8 tahun. Tapi masih tiada cinta. Saya buntu.

Dah puas saya menangis dan berdoa supaya Allah hadirkan rasa cinta tu. Tapi masih gagal.

Saya tak mahu jadi seperti wanita itu. Saya mahu bahagia. Doakanlah saya di pertemukan jalan keluar.