Dah bagi tahu jgn kacau dia. Dia mesti marah kalau kau buat macam tu dan benda yg dia tak suka.

Hijab aku tidak terbuka. Apa yang aku nampak hanyalah mainan dan usikan jin.

Memanglah benar ada jin yang baik… tetapi macam yang aku pernah cakap.. jin yang baik itu pun sedang sibuk mengabdikan diri kepada Allah.

_Kita permudahkan bahawa semua gunung itu berbentuk segi tiga. Dan terbahagi kepada 3 bahagian. Paling bawah.. jin yang jahat, tidak bertamadun, jahil dan sangatlah bersahabat dgn syaitan – atau boleh jadi mereka ini jin yang sudah hilang pedoman sebab terlalu lama hidup.

Bahagian tengah.. jin2 yang nakal, kaki buli dan suka bergurau. Bahagian ini yang selalu usik manusia.. sama macam pembuli yang suka membuli. di sini juga banyak yang suka bergayut di tubuh manusia..

Paling atas, banyak yang baik..nak kata semua Islam aku tak pasti.. tapi bahagian atas ini.. rasa tenang melihatnya… suka buat kerja sendiri… tak kacau orang..

tapi dia akan marah kalau kau buat benda yang dia tidak suka._
Beza tiga bahagian ini tampak pada wujud dan perangai mereka.
.
Gunung Kerbau dan Gunung Pencak. (Of course bukan nama sebenar). Memang sakitlah trek dia. Sesiapa yang pernah datang.. pasti tahu sakitnya menuju puncak.

Tetapi, kebetulan, sebelum balik kampung. Ada member yang promote ekpedisi ini. Why not? Kita cuba daki. Walaupun sebelum ke sini.. pernah ada member cerita mistiknya beberapa laluan di sini.

Lantaklah. “Kalau takut, jangan masuk hutan!” Lagipun.. “Kau lebih takut dengan apa? Allah atau jin…. atau syaitan?

Dan aku memutuskan untuk turut serta dengan ekspedisi member itu. Trip kawan-kawan orang kata… dan bukan hanya kawan manusia yang ada.

“Apen…. Kalau boleh ajaklah seorang lagi kawan. Ada kosong seorang..” member tu pesan. Oh, ya! Aku baru teringat..

ada member lain yang call-out aku sombong sebab dah lama tak ontrek dengan dia. Jadi, inilah masanya buktikan aku ni bukanlah sombong seperti yang di kata..

Kemudian aku ambil masa sedikit baca Yaasin. Ermm… macam takbur pula kongsikan apa yang aku buat… tak perlu diteruskan..

Sekadar ingin memaklumkan apa yang aku selalu lakukan kalau dalam keadaan genting seperti ini. Dalam kereta menuju ke KerPen (Baca: Gunung Kerbau dan Gunung Pencak), aku pasangkan ruqyah dan yaasin.. 3 kul.. Fatihah.

Sehingga tidak ada langsung perbualan mesra dengan rakan sekereta. Nantilah, dalam hutan kelak kita beramah-mesra. Sekarang aku nak bersiap! Pendinding yang hanya boleh mengurangkan rasa mental apabila berhadapan dengan jin lapisan bawah.

Dipendekkan cerita.. kami tiba di laluan masuk ke dalam gerbang pendakian. Sempat singgah menjamu selera di kedai makan yang ada penunggu di atasnya. Kedai mana? Rahsia. Cuma jangan lupa doa sebelum makan… dan baca…..

” BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM “

“Cantiklah buluh ni.. jom tangkap gambar.. “ dan para gentayangan yang seperti kaola melekat di pokok menoleh ke bawah – memandang Zahara dengan senyuman yang menyeramkan. Makin galak warna merah kaola-kaola gentayangan ini.

“Jangan!… “ tindakan luar jangka aku. “Tak lawa pun buluh ni.. depan lagi banyak lawa… kan Mika?” sambung ku.

Coverline punya pasal. Nasib baik member-member yang lain kurang berminat untuk tangkap gambar. Mungkin sebab ais tak pecah sangat (Ice Breaking). Akhirnya kami tiba di Bukit Pandan. Di Bukit Pandan..

tidak ada benda seram melainkan pendakian bertanah yang menyeramkan. Memacak sehingga rasa ingin mencarut.

Awal pendakian sudah dihidangkan dengan laluan pacak seperti ini. Sakitnya terasa di betis…. Beg yang digalas. Memang berat. Okey.. di sini pewai (terlalu penat) bersepai).

Hanya bahagian mata sehingga ke rambut kelihatan (dahi tanpa kedut juga ada) – yang lain seperti tenggelam.. hidung ke bawah semua dalam air.. Seramnya, apabila tiada badan dan bayang dalam air.. sedangkan air sungai itu jernih.

Aku sempat terhenti memandang kepala akak itu. Makin gerun hendak menyeberang sungai yang dalam. Badri, Najwa, Mika dan Hilmi menyeberang dengan aman.

Aku masih over mencari kekuatan dalam sebentar. Ah, tak pe! Selagi akak itu tak kacau.. selagi itu kita jangan kacau.. Masalahnya kau berendam di tengah laluan kenapa?.

Nak kena langgar? Tiba-tiba mata akak itu memandang aku.. seperti dia mendengar getus hati. Rambutnya menggerbang-gerbang di atas air.

Mula menunjukkan kelincahannya. Aku macam boleh rasakan dia berkata…’jangan risaulah.. aku boleh elak…’ – ya.. memang akak itu boleh elak.

Tiada gambar di sini.. macam tak pergi KerPen rasanya. Jadi ini hotspot untuk berfotogenik. Apabila Zahara dekat kepada kayu di tengah air terjun…

muncul satu lembaga yang panjang macam ular dari puncak air terjun – mendekati Zahara. Aku hanya perhatikan je. Hujung lembaga panjang itu mula berubah bentuk – jadi macam tapak tangan – berwarna hitam… hendak mencapai tudung Zahara.

Tapi entah… tangan tu tak sampai-sampai. Macam seolah-olah terikat di puncak air terjun. Agaknya, tangan hitam yang besar itu berputus asa… kemudian bertukar arah ke kayu di tengah air terjun.

Menyentuh sahaja kayu tersebut… bertukar wujud lagi menjadi seperti monyet.. tetapi again.. berwarna hitam…

Oh, depa ni xdak kaler lain selain hitam ke? Monyet-monyet (ada tiga) jelmaan itu terjun-terjun ke dalam jatuhan air terjun yang deras..

Abe dan Mika selaku kepala ekspedisi memutuskan untuk kami bermalam di situ. Baru best.. ramai orang.

Sementara menanti yang lain tiba, kami mula mendirikan khemah. Aku, Hilmi dan Malik bercadang untuk tidur dalam buaian (hammock) je.

Hasil diskusi cadangan Hilmi, hammock diikat di hujung tapak perkhemahan (kalau menghadap trek ke kem seterusnya.. hujung yang maksudkan adalah di sebelah kanan).

Terjengket-jengket kami mengikat fly.. kekurangan manusia pendek seperti aku… macam tu la… akhirnya fly terikat rendah.. Buka ikatan semula… dan cuba ikat lebih tinggi..

dan tetiba jin bersisik/berduri muncul – Badan warna hijau pucat. (jin dah tukar warna). Dari atas pokok merangkak ke bawah – betul2 ke arah aku yang sedang meninggikan diri ikat fly.