Rasa marah bila Lisa cerita yg dia letih siapkan. Tiba2 Tina datang mintak tugasan tu. Boleh dia buat mcm tu je.

Lisa belajar di IPT sama dengan aku. umur 23 tahun.

masa Lisa mula2 sambung degree, Lisa tiada kawan yang boleh dianggap sekepala. Tak lama lepastu, Lisa jadi kawan rapat dengan Tina, kawan sama jurusan dengan dia.

Tina ialah pelajar dari negara serumpun (negara yang boleh berbahasa Melayu). Lisa dan Tina kiranya sekarang boleh dikatakan kawan rapat.

Mereka jadi rapat sebab Tina selalu bertanya hal tugasan pada Lisa. Lisa tak lokek untuk membantu kerana bagi Lisa, mungkin Tina tak berapa faham dengan flow pembelajaran kat Malaysia ni, ditambah lagi dengan hal silibus berbeza dari negara Tina.

Tapi lama kelamaan, aku tengok Tina ni makin melampau pula berdasarkan penceritaan dari Lisa. diberi betis nak peha.

mana taknya, setiap kali ada tugasan, boleh dikatakan Tina akan minta dari Lisa untuk dia copy paste di saat akhir.

apa dia fikir Lisa tu tak berkorban masa dan tenaga ke memerah otak siapkan semua tugasan tu? kalau sekali dua mintak, tak kesah lagi.

tapi ni boleh dikatakan hampir SETIAP KALI ye kawan2. Tina pun beri atas dasar kawan rapat. ada tak di antara kita diluar sana bersikap seperti Tina ni? cuba masing2 semak semula diri kita.

aku turut rasa marah bila Lisa cerita yang dia berhempas pulas siapkan tugasan dan Tina mintak untuk copy paste di saat akhir.

jadi secara tak langsung, kerja Tina lebih cepat, tinggal teruskan sahaja sampai siap. Tina hanya inginkan kerja yang mudah2 saja, yang rumit, perah otak, geledah sana sini di internet semuanya dia serahkan pada Lisa.

banyaklah alasan itu ini Tina beri supaya dia dapat bahagian yang mudah. alasan utama, tak tahu buat sebab tak ada belajar yang asas di sekolah, di negaranya.

hasil kerja Tina ni pun cincai, asalkan siap, sebab mindset dia yang Lisa akan semak dulu dan satukan semuanya sebelum dihantar.

ini kerja berkumpulan, mesti akan beri kesan pada markah orang lain. seolah2 hasil kerja satu orang, tapi markahnya dikongsi untuk 2 orang. sungguh tak adil.

tolonglah ye Tina. sedarlah diri kau sebagai pelajar dari negara asing. dah tentu kau kena bagi usaha lebih untuk faham apa kau belajar berbanding pelajar tempatan untuk belajar di sini.

berbaloikah Lisa berbuat sebegitu rupa sedangkan bukan untuk dirinya sendiri? Tina sikapnya sukakan perkara yang sudah dihidang depan mata sahaja.

semua orang suka benda mudah, tapi tak semua benda boleh didapatkan dengan mudah tanpa usaha.

zaman sekarang ni, kebanyakan tugas perlu dibuat menggunakan internet. Kami pun tak lari dengan hal tersebut.

jadi internet menjadi satu kemestian untuk setiap orang. untuk tugasan sebegini, Tina pun selalu minta Lisa buatkan bagi pihak dia di saat akhir.

Tugasan berlainan kelas (sama subjek) pun disuruhnya Lisa siapkan dan hantarkan secara online, apatah lagi tugasan yang mereka sama kelas.

aku sendiri rasa fed up dengan perangai Tina yang sebegini rupa setelah diceritakan oleh Lisa.

terlalu berharap dengan orang lain! dia punya kepercayaan pada Lisa sampaikan dia tak pernah terfikir pun yang Lisa mungkin akan khianat dia dengan buat tak tahu permintaan dia, andai Lisa ni ada niat jahat.

bagi aku, sebaik mana pun orang dengan aku, aku masih ada rasa tak percaya dan ragu2 walau sekelumit pun.

tak semua orang sebaik malaikat, mesti masih wujud sikap mengutamakan diri dahulu, berbanding orang lain.

Tina ada beritahu Lisa yang dia sambung belajar hanya inginkan segulung ijazah untuk dapatkan kerja yang bagus di negara dia (cubalah teka negara mana, aku pun masih tertanya2).

aku pun tak boleh nak cakap teman lelaki ni membantu atau membantutkan seseorang yang tengah belajar. semuanya bergantung dengan diri masing2.

aku bukan nak kata apa, tapi rasanya kalau Lisa tak ada, Tina tu akan terlepas dengan kebanyakan perkembangan pelajaran dia. Tina, cubalah faham yang Lisa ada kehidupan dan prioriti sendiri.

walaupun Lisa berkawan baik dengan kau, dia tak bertanggungjawab sepenuhnya atas pelejaran kau. Lisa takkan mampu untuk sentiasa ingatkan kau dalam semua perkara yang perlu dibuat sebagai pelajar.

sebaik mana pun seseorang dengan kita, akhirnya dia akan pentingkan dirinya sendiri dulu, berbanding orang lain.

sebab kita sedar yang kita cuma ada diri sendiri sahaja untuk diharapkan, dipercayai. bukan orang lain.

Kepada Tina, kalau kau baca comfession ni, berhentilah meniru hasil kerja orang lain. Aku sebagai pihak ketiga yang mendengar doakan supaya kau berubah sikap. cubalah buat semuanya sendiri.

cuba berubah jadi lebih peka dengan pelajaran. ingat tanggungjawab dan amanah masing2.

Lisa takkan sentiasa ada untuk kau. mungkin Lisa masih ada sepanjang tempoh kau belajar ni tapi dengan kehidupan di luar sana nanti macam mana? jadi, cubalah kau berdikari. jangan terlalu ambil mudah dengan semua perkara.

kepada Lisa, aku doakan kau terus kuat dan bersabar menghadapi ujian ini. dalam 7.6 billion manusia yang ada dalam dunia ni, Allah pilih kau untuk diuji sebegini.

Allah tak pilih orang lain, tapi dia pilih KAU. tak ke kau rasa bertuah?

kepada kawan2 di luar sana, jomlah sama2 kita semak diri masing2 dan ambil hikmah dari apa yang aku cerita di sini.

kita ni kawan kategori Lisa atau Tina? yang suka meniru hasil kerja orang, kurang2 kanlah perangai buruk tu.

mungkin kita nampak kawan baik kita tak kesah kita tiru hasil kerja dia. disebabkan nak jaga hati kita, dia tetap bagi.

akhirnya, dia juga yang alami konflik dalaman yang di luar nampak happy, dalam hati hanya Allah yang tahu. sebelum kita minta untuk tiru, try to put yourself in her/his shoes first.

fikir kalau kau jadi Lisa, kau nak ke bagi Tina copy kerja kau setelah berapa banyak usaha kau curahkan untuk siapkan, lepastu senang2 bagi orang tiru.

dan kau yang jadi Tina ni, balik ke realiti dan fikir semula patut ke tak kau teruskan perbuatan kau untuk minta tiru hasil kerja orang tu.
Sekian.

Terima kasih banyak2 aku ucapkan kepada sesiapa yang sudi baca dan komen.