Nenek rasa mcm satu rumah bergegar. Seolah olah ada sesuatu yg berat hempap rumah kami yg beratap zink. Rupanya ada yg tak kena

aku nak bercerita pasal nenek aku (doakan kesihatan nenek aku yang dah berumur 74 tahun) dan ayah saudara aku yang dipanggil Pakndak dalam keluarga kami.

Dorang berdua ni orang paling berani pernah aku jumpa. Berani jumpa hantuuuuuu….. hehe.

KISAH PERTAMA
Mak aku cerita masa kecik2 dulu dia selalu ikut nenek aku pergi menoreh getah. Pagi-pagi lepas subuh dah kena lalu jalan yang kiri kanan hutan tebal dan tanah perkuburan.

Setakat lampu dekat kepala tiba-tiba terpadam masa dalam kebun getah nenek aku buat relax je. Dia boleh kata “Aku tak kacau kau, kau tak payah lah kacau aku.. aku nak cari rezeki je..”.

Hantu tu pun dah tak sampai hati nak terus kacau agaknya haha. Satu pagi tu mak aku ikut nenek aku pergi menoreh..

Rumah dia atas bukit berbatu lada dan agak jauh dari rumah orang lain. Kiri kanan hutan. Berani kan nenek aku?

Tapi dia lagi selesa tinggal seorang. Satu malam tu lepas solat isyak macam biasa nenek aku menonton TV sebelum masuk tidur pukul 10. Itulah rutin dia hari-hari.

Tapi tiba-tiba nenek aku rasa satu rumah bergegar. Macam seolah olah ada benda berat menghempap rumah papan dan beratap zink tu.

Rupa-rupanya… ada langsuir tengah bertenggek atas papan kayu yang nenek aku letakkan lampu rumah yang panjang tu.

Elok je dia bertenggek macam burung, pakai serba putih, rambut putih beruban dan bertaring panjang. Matanya merenung tajam ke arah nenek aku. Nenek aku pun dengan tenang cakaplah,

“Pergilah… aku tak kacau kau, kau pun janganlah kacau aku…”

Sebab nenek aku pernah kata tu sebenarnya penunggu rumah… yang tengah jaga rumah nenek aku tu… Benda tu nenek moyang nenek aku punya dulu, memang tak boleh nak halau..

Setakat ni aku tak pernah dengar lagi tapi ada saudara mara aku yang pernah terdengar.. tapi semua buat biasa je.. hehe.

KISAH KETIGA
Masih banyak pengalaman nenek aku tapi nanti aku cerita lagi dalam next story k. Sekarang aku nak kongsi pengalaman Pakndak aku pulak. Pakndak aku ni sejenis hati kering dan tak takut hantu.

Ibarat hantu tu macam nyamuk yang boleh dijentik je. Tapi tak adalah ilmu ke apa, cuma keberanian pada Yang Esa lebih tinggi.

Satu hari tu nenek aku buat tahlil arwah atuk aku.. Ramai lah saudara mara yang ada balik. Bilik Pakndak aku ni pulak di bahagian hujung sekali dalam rumah nenek aku tu.

“Ko dah kenapa… Kenapa macam bersilat silat tadi? Mengigau ke?”

Lebih kurang macam tulah nenek aku tanya Pakndak aku masa tu. Cerita Pakndak aku, tengah-tengah dia sedap tidur tadi dia rasa badan dia ditindih benda berat.

Sampai sesak nafas dan tak boleh bergerak. Dalam mamai-mamai tu dia ternampak macam ada orang berpakaian serba hitam seperti seorang pendekar tengah duduk atas badan dia.

Pakndak aku yang cuba melawan akhirnya terlepas dan benda seperti pendekar tadi seolah ajak dia bertarung (bersilat).

Itu yang semua orang nampak dia bersilat dan akhirnya pendekar tu tewas bila Pakndak aku berjaya angkat dia dan buang ke luar rumah. Pakndak aku menang tapi memang dia kepenatan sangat-sangat.

Abang sulung Pakndak yang dengar cerita Pakndak tu kata itu pastinya penunggu rumah tu (nenek moyang nenek aku punya) yang cuba nak test kehandalan Pakndak.

Pakndak aku guna torch light je masa berjalan kaki tu. Yelah masa tu mana ada telefon bimbit lagi.. huhu.

Tengah-tengah jalan bila sampai tepi perigi lama, tiba-tiba Pakndak rasa bulu tengkuk meremang. Dia pun menoleh..

Rupa-rupanya ada lembaga berambut panjang, muka berdarah d***h dan lidah terjelir panjang sampai ke pusat tengah berdiri tepi perigi tu.

Kawasan tu agak gelap tapi Pakndak tahu muka lembaga tu tengah menghadap dia. Korang mesti ingat Pakndak aku lari lintang pukang kan? Tak guys…

Dia lalu selamba je… Dalam hati dia masa tu, “lantak ko lah… aku nak balik rumah je..” huhu. Alhamdulillah lembaga tu tercegat je kat situ akhirnya hilang…

Pakndak aku cerita banyak kali dia akan terserempak dengan ‘benda’ dekat kawasan tu setiap kali balik melepak.

Pocong bergolek ke arah dia lepas tu lalu tepi, kemudian hilang. Hantu berpakaian koboi lama datang ke arah dia kemudian hilang.

Tapi semua tu tak pernah patahkan semangat Pakndak aku menjadi kutu embun yang berjaya hehe. Ahli keluarga aku semua tahu hati dia yang kental pada usikan memang buat dia berani lalu situ malam-malam.

Rasanya cukup dulu kisah aku kali ini. Maaf ya kalau keseraman tak sampai. Aku bukan penulis professional, hanya sekadar berkongsi cerita..

Apapun, terima kasih kerana sudi dan tidak jemu membaca. Assalamualaikum! #AtyUmr