Keliling dia terlalu banyak ulat sampah. Dia cuba cari pintu keluar tiba2 pintu tertutup sendiri.

Aku Rasian, seorang wanita muda yang melalui saat kedukaan. Tahun 2000 ku kehilangan cinta seorang lelaki yang amat ku sayangi iaitu ayah ku.

Aku amat menyayangi ayah tetapi apa kan daya takdir Allah telah tetapkan dia akan pergi dahulu sebelum aku.

Aku mengenali seorang lelaki bernama Azwan. Dia merupakan seorang bekas pelatih di tempat aku menjadi tenaga pengajar. Aku seorang pengajar untuk kelas biologi.

Ketika aku menjadi tenaga pengajar di sana aku tidak mengenali siapa Azwan malah aku tak ambil peduli.

Satu hari aku menerima pesanan ringkas di akaun FB.
” Assalamua’laikum apa khabar awak?” Seorang “stranger” memberikan salam.

Dia datang ke rumah ku. Bertemu dengan kedua ibu bapa ku. Dia pada zahirnya seorang yang baik. Tetapi bersikap jalang.

Walaupun di rumah ku perangai jalangnya tetap sama. Menggoda ku untuk tidur bersama dengan nya. Bodohnya aku jika aku korbankan diri untuk seorang kasanova.

Tapi aku juga tidak bodoh dalam permainan nafsu jalang nya. Aku akan tamatkan permainan dia lebih awal tanpa sempat dia nak melakukan perkara yang lebih bukan bukan pada diriku.

Dia bernasib baik kerana aku tidak p****g saja kemaluan nya saat dia keasyikan dalam kelalaian.

Satu perangai Azwan dia suka meminjam wang daripada ku. Tak lah banyak sekali pinjam tapi bila aku kira, amboi dah banyak juga total nya.

Selain sikap jujur kaki perempuan pandai memujuk merayu dan kata kata mereka terlalu manis.

Ibarat bila cakap dengan kita perangai macam malaikat Rahmat tetapi hakikatnya perangai dia tak ubah jin toncet satu. Huh!

” Kak okay ke ni?” Husna seorang rakan ku bertanya.

Air mata ku mengalir saat ku melihat majlis pertunangan Azwan dan tunangnya. Paling tak kelakar dia turut menggunakan kamera ku untuk majlis pertunangan tersebut.

Kini setahun telah berlalu. Aku tak ambil peduli sedikit pun tentang dirinya. Cuma kadangkala rasa dendam masih ada. Dendam kerana dipermainkan nilai kepercayaan diri.

Kenapa sial sangat perangai lelaki ni. Aku makin sakit hati. Saat kemarahan aku meluap penjaga ku mula menghampiri.

” Kau sendiri cari pasal kan dah terkena!” Satu suara berbisik pada ku.

” Arghhh!! Aku tahu lah nak jaga diri aku!”

” Kau nak aku tolong kau? Aku tahu caranya”. Tawaran yang baik. Fikirku sambil tersenyum melihat cermin. Ya penjaga ku adalah aku!

Gambar Azwan dan isteri nya telah ku letak didepan dupa. Aku membakar satu bahan yang baunya cukup wangi tapi menyengat hidung. Bilik ini cuma ada sebuah keris lama dibuat daripada emas dan besi.

Sangat halus buatannya. Aku temui di sebelah tubuhku saat aku bangun daripada tidur semasa aku masih remaja. Keris itu bernyawa.

” Abang kenapa dengan abang ni? Lain je sayang tengok muka cengkung.” Lynn bertanya pada suami nya.

” Argh, tak ada apa-apa lah kau bising buat apa!” Azwan merengus kasar pertanyaan isterinya.

Lynn terkejut melihat perubahan suaminya. Hairan dia kerana kebelakangan ini sikapnya berubah. Menjadi pemarah dan pendiam. Balik kerja, terus berkurung dalam bilik bacaan.

Azwan makin bingung fikiran setiap hari memikirkan seorang demi seorang wanita yang pernah dia rosakkan. Setiap hari ada sahaja bayangan menakutkan di hadapannya. Dia asyik memikirkan Rasian.

Rasian khasrar gadis yang telah diperdaya hatinya. Entah ke mana gadis itu pergi setelah kali terakhir dia hanya mendapat salam perpisahan sahaja.

Lynn terkejut melihat terlalu banyak ulat sampah di sekitar tubuhnya. Dia bangun daripada lena akibat keletihan. Dia terkejut kerana dia merasakan banyak d***h keluar namun begitu setitik pun tiada.

Tetapi kini sekeliling dirinya banyak ulat sampah. Menguis-nguis macam cacing kepanasan. Jumlah nya sangat banyak. Dia ingin berlari keluar, tiba tiba pintu rumah tertutup sendiri.

Ulat sampah ini saiznya besar warnanya seakan akan kuning kemerahan. Lynn berlari terus ke atas kerusi. Dia dapat mendengar bunyi ulat ulat sedang meratah sesama sendiri.

Di dalam bilik Azwan sibuk membuang ulat ulat yang memakan daging nya. Dia memotong semua ulat yang nampak ditubuhnya. Dia p****g dan hancurkan.

Puas hati! Getus hati Azwan. Tapi keadaan makin teruk bila semakin dia buang semakin banyak ulat sampah memamah tubuhnya.

Bau hanyir yang hamis naik semerbak memenuhi ruang udara. Akhirnya dia sendiri menjadi korban. Terkulai dalam dendam kesumat dan akibat perbuatan dia sendiri.

Jiran tetangga mula menyedari kehadiran makhluk lalat yang banyak di luar rumah. Pintu juga tidak tertutup. Mereka masuk dan mendapati Lynn sudah nyawa nyawa ikan di atas sofa.

Menjerit jerit ulat ulat bila jiran tetangga cuba mengambil dirinya. Lynn sempat dibawa ke hospital. Namun emosi nya sudah tidak stabil. Dia tidak ingat sesiapa pun waima ibubapa nya.

Paling mengejutkan apabila jiran tetangga menemui Azwan yang m**i dalam keadaan berlumuran d***h di dalam bilik bacaan. Ulat ulat telah memakan dirinya. Bau sangat meloyakan rongga tekak.

Inspektor polis Carlito telah membuat satu laporan bahawa kes kematian arwah Azwan adalah b***h diri dan isterinya pula tidak siuman.

Rasian khasrar melihat berita di dada akhbar dengan senyuman puas. Dendam nya kini telah dibalas. Siapa yang berani mengacau dirinya nantikan akibat daripada penjaga nya.

” Bagus kau sudah tahu akan kuasa kau sekarang, jangan lupa santapan ku nanti” bisik suara garau pada Rasian.

“Aku tahu tugasku, selagi aku hidup kau akan ku jaga!”

“Terima kasih kini dendam ku terlerai sudah” sambil tangan kecil Rasian memegang pisau tajam memotong leher ayam hutan. Percikan d***h ayam berbau manis. Rasian menjilat d***h tersebut. Mata nya kini kemerahan.

Sekian terima kasih.

Kisah ini hanyalah ilusi saya seorang penulis. Tiada kaitan dengan mana mana pihak yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Semoga kita mendapat pengajaran dendam tak akan menyelesaikan semua pekerjaan malahan menjadi hamba syaitan. Tuntutan nafsu juga tak pernah nya berakal.

Kawal dan didik lah nafsu pada jalan Allah. Tiada sesiapa pun tiada naafsu waima budak. Tetapi pelihara supaya kita tidak menjadi tak ubah seperti haiwanis.