Doktor sahkan suami aku mungkin jadi punca ujian iui gagal. Reaksi suami masa tu xdpt aku gambarkan

Aku dah berkahwin selama 4 tahun. Aku tak ada masalah period, bmi pun normal. Cuma aku disahkan anemia yg tak serius.

Suami pula ada masalah obesiti, Tp alhamdulillah tak ada apa2 masalah kesihatan yg lain. Dia seorang yg positif, kelakar, penyayang, tak merokok, tak minum air gas / karbonat, dan rajin exercise.

Dia pernah diet dan hilang berat badan dalam 20kg. Tapi sekarang dah naik semula.Selama 3 tahun berkahwin, banyak usaha yg kami buat untuk aku pregnant.

Bermula dengan aku, cuba krim hormon, produk kesihatan, minum susu, makan jamu. Tapi masih tak ada berita gembira. Suami aku pula diet sebagai usaha untuk aku pregnant.

Aku tahu, dia rasa down. Doktor syorkan 1 supplement untuk suami makan. Dalam masa yg sama, aku on clomid dan ambil suntikan pregnyl.

Akhirnya, iui pertama kami gagal. Masa tu aku cuba positif dan kuat sebab aku tak nak suami aku rasa tertekan dan putus asa. Suami aku masih amalkan supplement tu.

Bulan depannya, aku terpaksa on clomid lagi, ambil suntikan pregnyl untuk kali kedua. Bila doc scan dan nampak telur aku membesar dengan cantik, doc syorkan untuk kami buat iui kali kedua.

Masa nak buat iui tu, aku dapat berita yg amat sedih. Doc sahkan sperma suami masih kurang dan risiko untuk gagal iui tu tinggi. Masa tu muka suami dah berubah, nampak dia sedih sangat. Tapi dia tetap nak aku teruskan iui tu.

Dan seperti yg doc beritahu, aku gagal lagi untuk pregnant. Perasaan aku masa datang P tu sangat sedih dan terluka walaupun sebenarnya aku dah bersedia dari awal yg risiko untuk gagal tu tinggi.

Banyak sebab aku nak teruskan rawatan di klinik swasta. Pertama, aku nak pilih doc perempuan dan kedua, aku nak tanya banyak perkara untuk menjawab segala persoalan dan kekeliruan dalam kepala aku ni.

Di hospital kerajaan, setiap rawatan yg aku lakukan kena dengan doc (lelaki) yg berbeza. Masa mereka juga agak terhad untuk terangkan dengan lebih details untuk menjawab persoalan dan kekeliruan aku.

Dua perkara tu yg buat aku rasa kecewa dan sedih. Tapi suami aku tetap tak nak teruskan. Dia selalu ingatkan aku yg anak tu rezeki dari Allah.

Hak Dia nak bagi atau tak. Kami dah usaha, mungkin masanya belum tiba. Allah masih nak uji kami dan nak kami reda.

Sekarang ni aku cuma teruskan makan asid folik dan jaga pemakanan. Tp kadang2 makan juga di restoran segera sebab teringin. Persoalannya di sini, perlu ke aku stop buat rawatan kesuburan tu? Apa yg harus aku buat?