Satu malam tak boleh tidur. Tiba2 ada org ketuk pintu rumah, “Fara buka pintu ini aku nak masuk. Tolong buka”

Bulan 5 2016. Masa aku study kat kolej dulu, aku duduk hostel sekejap je. Selebihnya aku duduk rumah sewa. Dekat sikit dengan kolej.

Awal-awal masuk, dah kena ganggu ye kawan-kawan. Tapi tak teruk sangat lah. Dia macam bagi salam perkenalan.

Dee and Fira sebilik. Aku duduk sorang-sorang kat bilik tengah. Bilik belakang kami buat tempat simpanan barang and sidai baju.

Siang-siang buta dia akan main lari-lari dalam bilik Dee and Fira. Kadang-kadang dalam toilet, dia main flush, main pintu bagai. Tapi kami bolayan je. Jangan menjelma sudah lah.

Climax kisah kami ni, masa Dee and Fira balik kampung masa weekday sebab ada emergency.

Fira kata dorang balik pagi-pagi keesokkan harinya memandangkan dia kena masuk kerja juga esok tu. So disebabkan aku ada class, tak dapat nak pi mana-mana.

Malam tu memang aku payah gila nak tidur. Mata langsung tak mengantuk tapi tak tahu nak buat apa. Nak tengok tv, tak ada cerita best.

So nak tak nak aku masuk tidur juga and paksa mata untuk lelap. Aku biarkan pintu bilik aku terbuka luas.

Bilik aku ni menghadap pintu masuk utama tau. So aku boleh dengar dengan jelas kalau ada orang bagi salam or ketuk ke apa.

Dalam pukul 2 a.m macam tu, aku dengar orang ketuk pintu and panggil-panggil nama aku banyak kali, suruh dibukakan pintu. Suara memang suara Fira.

So aku assumed memang tu Fira and Dee tapi aku tak dengar pula suara Dee ke apa. Aku pun dengan bingai nya pi jawab,”KEJAP, I BUKA PINTU.”

“FARAAAA… BUKA PINTU NI. NAK MASUK LAH. BUKA LAAAA…”

Kau rasa aku nak buka ke? Memang aku menangis time tu. Aku masuk bilik, capai phone and call member suruh datang rumah aku time tu juga.

Aku siap pesan suruh bagi salam kuat-kuat siap dengan bismillah kalau dah sampai depan rumah aku. And pagar tu, panjat je lah sendiri. Tak kuasa aku nak keluar pi buka.

Member aku ni dari Cheras tau. So memang mengambil masa yang lama lah nak sampai. Sementara tunggu dia sampai, aku ni dengar je lah apa benda yang kat luar tu merayu domba bagai.

Tapi aku hairan, kenapa ‘Fira’ tu tak boleh masuk je terus. Sebab setahu aku jin syaitan ni tak berjisim kan.

Thanks again sebab baca sampai habis. Kalau tak mencapai piawaian, mohon ampun lah. Biasa lah, penulis amateur je.

Bye korang!