Hari ke-6 aku kat rumah tu, aku masuk bilik sebelah yg bunyi mcm ada org. Bila aku buka je ya Allah bersepah tp xde org

Namaku biarlah korang tahu sebagai Zatt, yelah nanti kalau cerita ni tak sedap aku jadi malu pula.

Okay, aku seorang pelajar tahun akhir di universiti awam di Selangor. Ya cerita aku ini berkisarkan pengalaman aku di universiti ini.

Sebelum memulakan cerita, universiti aku ini tidaklah mempunyai sejarah gelap atau apa-apa yang pelik.

Usikan manja dan kejadian pelajar histeria pon jarang berlaku, tapi bila ia berlaku biasanya akan jadi secara besar dan agak menakutkan jugalah.

Biarlah kisah tentang itu aku ceritakan lain kali, sekarang aku nak cerita tentang pengalaman aku selepas habis peperiksaan akhir sem di kolej kediaman univesiti aku.

Kolej aku ni jenis macam apartment lah dan ada 10 tingkat semuanya. Aku duduk kat tingkat 7 di mana penghuni kolej hanya ada sampai tingkat tu je dan tingkat yang atas-atas tu dibiarkan kosong.

Otak aku dah ligat nak buat benda-benda mengarut dalam rumah tu. Biasalah, budak lelaki.

Kawan aku pernah cerita dia berbogel je kat rumah bila takde orang kat rumah pada cuti mid sem lepas sebab dia sorang je kat rumah tu yang tak balik.

Hari ke enam aku kat rumah tu, tiba-tiba aku rasa macam tak sedap hati. Macam ada benda je nak jadi.

Jadi sebelum magrib tu aku dah tutup siap-siap semua tingkap, kunci pintu depan, beli makan awal dan buka semua lampu dalam rumah.

Malam tu aku rasa seram je padahal takde apa-apa jadi lagi pon. Aku pon ambil keputusan nak tidur awal malam tu, tapi entah macam mana aku tak boleh tidur, sampailah pukul 12 lebih tu baru rasa mengantuk.

Tapi setiap kali aku nak lelap je aku bunyi macam suara orang tu makin kuat dan makin dekat dengan aku.

Lama-lama aku dengar pula macam ada orang tengah cari barang kat bilik sebelah aku dan untuk pengetahuan korang bilik tu tingkap dia betul-betul rapat dengan sepohon pokok yang tingginya hampir-hampir sama dengan tingkat 7 kolej aku tu.

Aku cuba untuk sabar je dengan semua bunyi tu, tapi lama-lama aku jadi geram kerana aku tak boleh nak lelap sebab ganguan tu. Aku pon dengan beraninya pergi tengok apa punca bunyi tu.

Bila aku keluar bilik, aku rasa sejuk dan berangin je. Aku rasa pelik juga sebab semua tingkap dah tutup dan kipas kat luar pon tak buka.

Bila aku masuk bilik sebelah yang bunyi macam ada orang geledah tadi, aku terkejut sebab bilik tu berselerak dengan sisa makanan, kertas dan daun kering.

Aku dah gabra dah sebab aku yakin benda tu bukan monyet dan dia boleh duduk bertinggung tu macam permukaan atas pokok tu rata.
Aku terus tutup tingkap tu dan terus masuk bilik, berselubung dalam selimut aku.

Mengeletar badan aku dalam selimut tu, dah lah aku duduk sorang-sorang kat rumah tu, kalau jadi apa-apa kat aku mungkin takde orang dengar jeritan aku.

Aku ingat ganguan tu dah berhenti, rupa-rupanya bunyi balik macam ada orang geledah bilik sebelah tu. Kalau korang ada masa tu mungkin korang akan terkencing dalam seluar kot.

Dan yang lagi seram, pintu bilik aku pula kena ketuk. Ketukan tu bukan kuat pon, bunyi perlahan macam segan-segan je tapi dia punya bunyi masuk dalam kepala aku sampai aku dah tak boleh nak lelap.

Bunyi ketukan tu lama juga lah sampai aku rasa macam nak menangis je. Aku dah tak tahu nak buat apa dah, nak buka bacaan al-quran laptop aku tak bawak, telefon habis bateri dan nak banggun nak ambik quran pon aku tak berani sebab takut sangat.

Sekarang pon aku tengah taip karangan ni aku rasa seram je sebab aku taip benda ni masa tengah malam dan aku duduk kat bilik yang mengadap pokok tu tapi tingkat 2 .

Risau juga dia tegur sebab cerita hal dia. Cerita ni aku tak pernah cerita kat sapa-sapa pon selain mak dengan ustaz tu je. Ini aku ada semangat balik nak cerita ni.

Nasihat aku, kalau korang nak duduk lama-lama kat kolej ke rumah sewa, pastikan ada teman dan yang paling penting baca quran setiap hari.

Jangan jadi macam aku sebab tu benda tu boleh kacau aku dalam rumah tu. Nasib baik roomates aku tu rajin baca quran, sebab tu benda tu tak masuk dalam bilik aku kot.

Terima kasih kepada admin-admin sebab terima cerita aku ni. Harap dapat disiarkan lah ye. Aku nak juga tengok cerita aku masuk dalam pag.

Dan kepada pembaca semua, terima kasih sebab sudi baca cerita ni.Maaf kalau ada banyak kesilapan dalam karangan aku ni Aku hargai kalau korang nak kritik atau komen tulisan aku ni. Terima Kasih. Selamat Malam

p/s : pasal kenapa kolej aku penghuni hanya sampai tingkat 7 je walaupun ada 10 tingkat tu nanti aku ceritakan lagi kali kalau cerita ni dapat masuk dalam page.