Bila aku keluar pakai stokin dan handsock mesti kawan2 ketawakan aku. Tapi ada 1 je aku kerap jawap tiap kali kena ketawa.

Aku bukanlah dari keluarga ‘islamik’, bukan juga bersekolah aliran agama dan juga tidak dikelilingi rakan² yg alim, pandai agama bukan tunggang agama.

Dari kecik waktu sekolah rendah lagi aku suka utk tahu pasal islam ni. Itupun cuma dengar, baca gitu je.

Biasa lah waktu kecik..takdelah sampai serius sangat amik part yg dibaca. Setakat tu je lah..

Takk pun..aku sendiri baru sedar..waktu ni aku kurang didikan dari sudut kenal agama Islam. Dan aku tak salahkan siapa² waktu tu.

Yerla, kepala otak fikir cuma belajar dan exam. Seronok² datang sekolah ada kawan bla bla. Tapi hakikatnya kosong tentang Islam. Walaupun tiap tahun dekat sekolah ada subjek agama. Tapi aku amik mudah..

Dulu soal pakaian di sekolah aku masih pakai dgn baik. Takda lah tudung nak pendek2, baju jarang, stokin dkt buku lali. Haha.

Zaman stokin tak cukup kain. Sekarang ada lagi ke student sekolah pakai gitu?? Haha. Walaupun aku dulunya tak terlalu sosial dlm berpakaian..

tapi aku masih tak jumpa point sebenarnya aku kena buat semua tu. Aku pakai baju gitu2 jee. Takdepun nak tutup aurat sangat waktu tu.

Walaupun aku baca dari buku2 islamik, tengok dkt komputer ayah..kdg ayh bukak youtube ceramah agama, segala isu agama..dan aku jadi macam tercari² apa yg dorang bincangkan ni.

Apa sebenarnya ni? Apa yg terjadi? Aku masih buntu, keliru…dan aku tak tahu apa2. Tak tahu nak buat apa..nak cari apa…lagi lah nak faham pasal apa Islam ni..

diri aku tak terbuka perihal dakwah² pun time tu..aku ikutkan saja apa yg ada depan mata dan apa yg aku dgr..

Rusydee artz. Ada yg kenal tak? Waktu aku takda tepon tapi aku ada notebook 1 malaysia. Hahah. Jadi aku try godek² dan gunakan sebaiknya.

Kawan aku sorang ni..dia jelah yg aku boleh borak pasal Islamik2 ni. Kdg kami bertukar2 cerita walaupun pasal benda² basic dlm agama.

Seronok2 aku pun..mesti ada benda tak best yg aku kena hadap. Macam aku cakap..aku bukan dalam persekitaran yg bagi aku galakkan, tarbiah utk ubah diri jadi hamba Allah. Susah. Dan sangat susah utk semua tu.

Perit dan sangat perit utk diri aku kawal utk tak buat benda jahat. Ajakkan kawan utk ikut macam apa yg dia buat. Tapi dari sudut hati aku…aku masih ada agama.

Walaupun aku bodoh pasal agama..aku masih tahu batas sepatutnya ke tidak utk buat. Kadang aku cemburu pada dorang yg dari awal dibentuk dgn agama.

Pakai tudung labuh, stokin, tutup ini itu. Hahah. Bukan senang bila aku ingat balik macam mana proses diri aku, hati aku nak kuat utk ubah jadi baik.

Nak pakai tudung labuh pun tak berani. Nak pakai stokin time dekat luar lagi lah..malu beb. Macam apa jee kan bila first time buat macam tu.

Lain cerita sebalik hijrah masing². Aku bukan budak baik. Aku bukan budak yg tahu agama dgn baik. Aku juga pernah terjatuh dgn kesilapan yg sama.

Tapi..sejahat2 aku, aku masih nak berubah. Aku taknak lah cerita tiap inci apa yg aku kena bila nak berubah sampai lah aku dah habis diploma ni.

Aku tahu dekat luar sana ada org yg nasib mcm aku. Bila aku duduk..borak2 dgn kwan2 yg sangat2 sosial..aku sedih. Sedih sebab aku faham apa yg dorang rasa.

Dalam hati dorang, dorang taknak pun buat benda bodoh semua tu..tapi biasalah terikut2 kawan. Kadang kawan2 yg sosial macam ni..hati dorang sangat baik. Dorang nak jadi baikk.

Ada niat nak stop jadi nakal. Tapi..dorang tak tahu dekat mana dan siapa nak rujuk. Aku tahu ada yg rasa macam ni…ada yg hadap macam ni. Hmm.

Dan jgn sesekali pertikai, ketawakan mereka yg mahu berubah walaupun soalan yg ditanya adalah “macam mana nak solat?” dan jgn sesekali riak atas ilmu yg Allah beri. Kongsi pada yg lain.

Nak tahu ilmu agama kena belajar secara berguru. Nak tahu salah atau betul kena ada ilmu, rujuk guru²,ulama. Bukan ustaz/ustazah google semata.

Join mana2 kelas agama yg gurunya Aswj. Masuk pondok ke..banyak dah tempat yg ada sekarang. Jgn malu..try macam mana dulu seronoknya.

Nak berubah jadi baik bukan dilihat pada pakaian semata tapi pada niat kita macam mana.

Bila niat betul insyaAllah, semuanya akan perlahan2 ikut syariat. Soal pemakaian sederhana lah. Jgn terlalu ikut trend sampai lupa aurat yg perlu ditutup, sampai terlupa niat kita nak jadi hamba Allah atau nak org tengok cantik ke tak diri kita.

Wanita dan bergambar…bersederhana lah dlm aktiviti tu. Jgn sampai wujud fitnah sendiri dgn gambar2 cantik dan menarik perhatian kaum lelaki.

Semoga urusan kita dipermudahkan oleh Allah.
Maaf kalau terlalu panjang.
Terima kasih sudi baca.
Doakan utk aku jugaa ya!