Aku 35 tahun. Suami pula jauh lebih muda dari aku. Masalah sekrang kami seperti belum kahwin

Hidup aku dan diri aku berubah selepas aku berkahwin dan usia berkahwinan kami belum pun cukup setahun.

Aku berusia pertengahan 30an dan suami lebih muda dari aku beberapa tahun. Itulah manusia, bila belum dapat ( berkahwin) kita asyik meminta,tapi bila Allah dah bagi macam-macam pulak dicomplain.

Awalnya suami memang pilihan aku atas perkenalan melalui orang tengah juga tetapi akhirnya ia menjadi pilihan ibu aku pulak.

Panjang cerita kalau nak diceritakan disini tapi cukuplah untuk semua faham bahawa pilihanku bukan lagi pilihanku kerana hati aku sudah tawar dalam waktu tempoh pertunangan dan aku cuba untuk putuskannya.

Masalah yang aku hadapi sekarang ialah kami tidak macam orang yang sudah berkahwin pun dan aku tidak pernah rasa bagaimana bahagianya selepas berkahwin.

Sebelum berkahwin, aku memang seorang yang berdikari dan berharap lepas kahwin bolehlah harapkan suami.

Tetapi itu hanyalah angan-angan perempuan naif seperti aku kerana aku lagi perlu lebih berdikari selepas kahwin.

Pada pandangan aku, suami masih belum pandai hidup berdikari walaupun sebelum kahwin dia akui sudah bersedia untuk berkahwin dimana pada pandangan aku sudah bersedialah untuk memikul tanggunjawab.

Contoh yang aku boleh bagi disini yang aku nampak, dia masih harapkan ibu bapanya walaupun selepas kahwin.

Sebelum berkahwin,macam-macam yang dijanjikan terutamanya dengan ibu aku, tapi lepas kahwin habuk pun tak ada. Kami memang ada masalah komunikasi.

Aku dulu seorang yang ceria dan banyak cakap, tapi bila dengan dia aku tidak berminat langsung untuk bercakap.

Dia pun, hanya jaguh di whatsapp, bila kami berdua dia hanya diam seribu bahasa. Aku lebih ‘prefer’ untuk bercakap ‘ face to face ‘ dan kami buat sesi itu sekali.

Di situ aku luahkan segala yang terbuku dihati dan aku juga minta dia luahkan apa yang terbuku dihatinya. Tetapi ia umpama pasir yang dimakan ombak sebab tiada juga penyelesaian ditemui.

Sampai sekarang, dalam seminggu dalam dua tiga kali sahaja kami berhubung,itupun hanya dua tiga patah perkataan sahaja.

Tetapi tidak bagi aku. Semuanya aku yang kena buat sendiri. Sampaikan sekarang aku hanya fikir untuk tamatkan semuanya.

Aku takut dengan perkahwinan ini akan menambahkan dosa aku. Ialah kan, lepas berkahwin, isteri tak buat itu berdosa,isteri tak buat ini kena laknat. Semuanya salah isteri.

Di bulan yang mulia ini, aku berdoa semoga Allah lembutkan hati aku dan terima ketentuanNya.

kadang kala aku rasa aku perlu tamatkan perkahwinan ini kerana hati dan perasaan ini tidak tertanggung sudah tetapi kadang kala aku juga rasa aku hanya perlu bertahan kerana hidup ini bukannya lama,hanya sementara.

Jadi disini, aku mohon nasihat-nasihat dari orang2 yang berpengalaman. Tolong nasihati aku. Jangan kecam kerana hati aku dah cukup berat untuk menanggung semua ini. Terima Kasih.