maafkan ibu sayang. Ibu rindu sangat pada mu

Assalamualaikum..maaf sekiranya luahan sy menimbulkan rasa kurang senang pada pembaca.Biar la sy berterus terang.Sy seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata.

Alhamdulillah sy dikurniakan seorang suami yg penyayang serta anak2 yg comel.Di saat ini, pada bulan Ramadhan ini sy menanggung rindu yang amat sangat pada anak sulung sy yg lahir kerana kesilapan sy sendiri.

Beberapa tahun yg lepas, sy melahirkan anak sulung sy tanpa ikatan yg sah.Selepas memikirkan baik buruk masa depan anak, sy redha untuk memberikan anak sy kepada keluarga angkat.

Pelbagai dugaan dilalui ketika melalui saat itu.Dibuang keluarga, berseorangan mendaftar diri ke rumah perlindungan, dipandang sinis ketika melakukan pemeriksaan bulanan,

dihadiahkan kata2 yang melukakan hati ketika waktu melahirkan, berseorangan menghadapi saat anak diambil oleh keluarga angkat tanpa sesiapa disisi.

Tidak pernah putus doa dari sy untuk anak2.Sy mengharapkan mereka tidak mengulangi kesilapan yang sy lakukan.

Jika masa boleh diulang,sy tidak inginkan semua ini terjadi. Jika tidak terlampau menurutkan rasa dan nafsu, sy tidak akan mengalami saat yg menyedihkan itu.

Bukanlah sy tidak mempunyai rasa sayang untuk anak yang ada didepan mata cuma perasaan rindu sy selama bertahun untuk anak sulung tidak dapat ditahan lagi.

Mungkin ada yang terlintas, dimana keluarga angkat anak sy.Hanya memori yg kekal dalam ingatan.

Untuk mencari tidak termampu.Cuma doa yg tidak pernah putus sy kirimkan.Ada yang meluah kata, untuk apa dikenang anak yg dilahirkan begitu.

Ingin sy khabarkan sy tidak pernah lena tanpa memikirkan dirinya.Buat anak,maafkan ibu kerana tidak menjagamu sebaik dilahirkan,

maafkan ibu kerana tidak memberi walau setitik air susu ibu, maafkan ibu kerana tidak hadir untuk sepanjang hari-hari mu membesar..

maafkan ibu anak kerana tangan ini yang menyerahkan kamu kepada keluarga yang ibu yakin mampu menjaga serta menyayangimu seperti ibu mungkin lebih dari ibu..

maafkan ibu anakku kerana ibu hanya menitipkan doa serta rindu dari kejauhan dan tidak mencarimu.

Percayalah ibu tidak pernah sesaat lupa padamu.Perasaan kasih dan sayang ibu tidak pernah hilang walaupun kita bertemu muka sementara cuma.Ibu sayang anak2 ibu..

– IbuRindu