Ambil penumpang sampai 2 pagi. Bila penumpang masuk bau semacam je. Lepas hantar dapat SMS

aku sekarang tengah cuti sem. (aku sambung belajar lepas diploma).

Kejadian ni jadi lepas raya 2 tahun lepas. Aku buat parttime cari duit poket jadi grab driver kat kuantan.

(mesti ada yang wonder siapa ira yang stay kuantan hehehe). Masa mula2 dulu aku buat sampai pukul 2 pagi (terlebih semangat, nasib parents memahami).

“Assalamualaikum, kakak;” sapa perempuan tu.
“Waalaikumussalam, lewatnya hehe ingat dah tak ada orang tadi. Baru nak balik.” jawabku.

“Ada, cuma takut. Saya tunggu kat tadika tu ok sikit” jawabnya. (tadika tu atas pada sekolah tempat aku pickup dia) Aku pelik, kenapa tak tunggu kat sekolah, kenapa mesti kat tadika. Ah biar la, yang penting dia manusia, bukan hantu (confident je).

Aku curi2 pandang dia. Cantik, comel, putih. Memang kalau aku ni lelaki pun boleh lemah iman. Ok gurau.

Aku ni jenis tak suka sunyi sangat, so aku akan borak2. Passenger layan ke tak tu belakang kira.

Aku tanya dia, “tak takut ke keluar malam2 ni, dah lewat pulak tu. Tunggu pulak kat tempat macam ni.”

Dia pun jawab lah, “kami orang sana memang tak takut hantu, malah kami berkawan dengan hantu.”

sekali lagi telinga aku berdesing.
Lampu kereta terasa malap.Jalan ke perkampungan tu memang gelap. Kereta terasa berat. Tiba2 hujan membasahi bumi.

Aku nak sedapkan hati, tanya lagi “biar betul kawan dengan benda tu?”
Dia jawab, “betul kak, ngak tipu.

Dulu yang tua berumur banyak membela. Tapi sekarang yang muda taknak bela. Cuma kalau nak bela apa salahnya kan. Untuk keselamatan batiniah.”

Ahh sudah. Aku dah makin seram. Dah tak berani nak pandang cermin pandang belakang. Waze dah tunjuk tempat yang dituju hampir sampai. Dia suruh aku berhenti berhampiran dengan tanah perkuburan.

Tapi aku fikir lagi, kot la memang ada ‘benda’, mau nya dia ikut aku balik rumah. Huh, bola roma meremang lagi. Aku cuba beranikan diri jeling ke cermin pandang belakang. Sah tak ada apa.

Tapi wangi masa Yanti masuk tadi masih ada. Aku dah istighfar, baca doa habis tunggang langgang dah. Aku buka radio untuk memecahkan kesunyian. Kenapa la dari tadi aku tak teringat pun nak buka radio?

Sampai di Bukit Pelindung, aku berhentikan kereta. Aku dah bersedia nak U turn & pecut. Tiba2, macam ada angin kuat masuk seolah2 pintu kereta dibuka.

Padahal tak buka pun. Serta merta bau wangi hilang, & dapat rasa kereta aku dah tak mendap. If you know what i mean.

Aku terus off application & terus pecut balik rumah. Aku dah rasa tak sedap badan dah.

Tiba2 ada text message masuk, ucap terima kasih sebab ikut cakap dia. (yanti). Dia sempat tanya, ‘benda’ tu tak kacau kan?. aku dah memang rasa semacam.

Malam tu, dalam bilik aku tiba tiba ada bau wangi sebiji macam bau dalam kereta aku. Sampaikan dalam kepala aku dah terngiang ngiang apa yang si Yanti tu cakap.

Esoknya terus aku demam, dan malam aku meracau racau. Lepas pada tu family memang tak bagi aku buat grab dah. Menganggur la aku cuti sem kali ni.

Sebab tak ada yang nak ambil kerja tempoh kejap je. Ok sekian dari saya, Jxr Ira. Maaf jika cerita kali ni tak seram. InsyaAllah ada kelapangan aku cerita kat hospital pulak.