Tapi bila aku dgn member aku td sampai dekat jambatan sebelum makmal luar tu motor tetiba semput. Terus rasa lutut longar je masa dgr pakcik tu cite.

Aku nak mulakan cite ni.

Kisah ni berlaku masa aku di tahun 2, 2015 kalau tak silap aku lah. Sebelum tu kisah ni bukan aku yang alami sendiri, ni cerita seorang brother yang buat servis sewa kereta.

Sampai betul-betul depan makmal luar tu dia tanya aku “Qie, ni bangunan apa?” aku jawab “Ohh ni bangunan makmal luar tempat student sains buat kajian diaorang”

dia jawab “ohhh, seram syial aku tgk bangunan ni” aku jawab “biasa ar bro bangunan ni terletak jauh dengan main kampus kan jd mungkin dia jarang nak di selengarakan (p****g rumput),

hantu pun banyak kat sini. Hot spot la katakan hahaha” aku tengok dia usya baik punya bangunan tu. Kereta pun dah slow semacam.

Aku tanya “dah kenapa kau slowkan keta ni. Tak kan kau nampak hantu kut ni baru jam 3 petang”. Dia kata” aku ada cite nak share dengan kau ni qie. Kau nak percaya ke tak terpulang”. Ha apa dia aku tanya.

Dia pun start cite. Satu hari tu aku dapat customer dari kolej brc (bunga raya college) yang nak sewa keta jam 7 pagi.

dia jawab “ kebetulan malam tu guard yang jaga pos tu dah selalu tgok dia keluar masuk hantar kereta sewa. Jadi guard tu lepaskan tanpa mintak ic dia.

Selepas aku dah parking siap2 aku pun gerak nak balik dengan member aku. Masa tu jam dah nak pukul 11.45 malam kalau tak silap. Pada awalnya semuanya berjalan smooth la.

Tapi bila aku dengan member aku td sampai dekat jambatan sebelum makmal luar tu motor tetiba meragam dan terus m**i sendiri. Aku mencelah “ alamak cliche nya”.

Dia gelak.. tu lah qie, tapi ni betul aku tak tipu. Diaorang pelik lah, member dia cakap aikk petang tadi aku dah isi minyak full tank kut. Dan tak sampai sebulan aku servis motor ni. Apa ke hal pulak tetiba m**i ni.

Diaorang dah cuba start motor tu berkali memang tak dapat hidup. Dan dia cakap kat aku. Member dia ni pandai baiki motor ni.

Diaorang terus buang rokok dalam sungai dan buat rilek je. Guard tu tgk je dekat kitaorang sambil2 usya motor.

Tapi guard tu tak stop depan diaorang kut-kut nak tanya apa masalah or kau ni student unimas ke apa ke.

So diaorang lega lah. Tapi rupanya guard tu berhenti kat depan selepas jambatan tu. Guard tu jerit panggil aku dengan member “adik mari sini! Tolak motor tu parking depan ni.”

Kitaorang pun tak tunggu lama terus pergi dekat guard tu dan buat apa yang dia suruh. Lepas tu aku explain la aku ni student uitm buat bisnes sewa kereta, hantar kat student brc bla bla blaa.

Guard tu dengar sambil mata duk tgk balik kat jambatan tu. Dia cakap macam ni lah korang mari ikut pakcik kita bonceng motor ni bertiga ke pos guard timur.
Aku dah cuak ni mesti nak kena sekolahkan kat situ jap lagi.

Tapi kitaorang ikut kan je lah. Lepas kunci motor tu ambik helmet kami pun gerak dengan pakcik tu.

Aish aku dah naik habis bulu roma masa dengar dia cite tu. “ sebab tu pakcik tak berhenti depan korang,”. Ohh patut lah masa kami pergi dekat pakcik, pakcik asyik duk tengok kat jambatan tu.

“pakcik Nampak dia tengah berdiri dan renung je dekat pakcik macam marah sebab pakcik tolong korang”. Aku dengan member dah takde bulu nak naik wehh qie.

Seram sejuk tu xpayah cakap la, rasa lutut longar je masa dengar pakcik tu cite. So pakcik tu cakap balik ni jangan terus balik rumah singgah la dulu kat mana2. Balik tu kalau boleh mandi bersih kan diri.

Tak lama lepas tu member aku sampai. Lepas salam dan ucap terima kasih dekat pakcik tu kami pun gerak balik. Aku dengan member aku malam tu tak cakap banyak.

Kami tidur kat ruang tamu sebab masih takut weh. Esok nya dalam jam 10 pagi member dia pi ambik motor dekat jambatan tu.

Dia kata elok je sekali start dah hidup. Dia tak cakap banyak terus blah. So itu lah ceritanya. Kalau dia tipu maka aku pun tipu lah.

Tapi dari gaya cerita dia tu aku tak Nampak yang dia nak berbohong. Lepas tu dia dah habis belajar dekat uitm dan mulai saat tu aku dah dapat contact dia lagi.

So kepada kau bro, kalau kau kenal aku tegur2 lah aku kat fb ni. Lupa dulu nak add kau.