Aku rasa memang aku patut hantar balik ke kampung atok. Aku risau sebab aku rasa pelik sangat bende ni

Aku, Khaleeda. Semua ni bermula ketika aku teruja dengan seterika antik, barang kepunyaan arwah mak tok aku.

Suatu pagi yang hening, aku terpisat-pisat bangun dari tidur. Memakai kembali cermin mataku.

Bingung. Tersalah pandang atau aku yang masih bermimpi. Aku bangun perlahan-lahan. Mengamati keadaan sekeliling. Terasa kelam dunia seketika. Hati terasa berdebar-debar.

Aku keluar dari pintu bilikku. Ya. Ternyata memang masih rumahku. Cuma rumahku sunyi sepi. Tiada langsung kelibat ahli keluargaku.

Aku tersentak. Siapa perempuan ni. Dari mana muncul. Pintu rumahku bukankah berkunci. Dan penampilan perempuan ni, sekilas pandang, tampak aneh pada mataku.

Macam mana ahli keluargaku tak sedar kehadiran perempuan asing di dalam rumah. Rumahku tetap sunyi. Kenapa aku seolah-olah berada di alam lain.

Aku menjerit memanggil mak dan babah. Tapi tiada sahutan. Aku jerit sekali lagi memanggil Khalis, adikku. Tetap sunyi. Aku merasa sendirian dan hampir menangis.

Perempuan tu tengok aku dengan pandangan yang tajam. Tapi perempuan tu senyum. Aku hairan.

Jantungku memang berdegup kencang. Aku tak rasa takut cuma cuak waktu ni. Aku tanya siapa dia. Perempuan tu menjawab pertanyaanku dengan lembut.

Simpan lama-lama mesti unik sebab tak semua orang ada seterika ni. Sebelum pulang ke bandar, aku minta izin atok nak ambil seterika antik arwah mak tok.

Atok izinkan, aku happy sangat. Mak dan babah pun tak cakap apa-apa. Tetapi, sekarang aku baru nak belajar mengeja perkataan menyesal.

Perempuan tu tetap berdiri kat depan aku. Aku tanya lagi, apa yang patut aku buat sekarang dan macam mana aku nak hantar dia balik.

Perempuan tu pulak jawab aku, hantarlah ke tempat asal seterika antik sebab dia lebih suka tempat lama berbanding sekarang. Aku cakap aku tak tahu nak buat apa sekarang.

Aku macam di alam lain. Perempuan tu pun cuma senyum dan berjalan dengan penuh gemalai ke ruang tamu. Aku macam terpaku.

Mulalah bebelan mak yang tak sanggup aku nak dengar. Aku ambil tuala dan pergi mandi. Dalam tandas, aku teringat balik kat perempuan baju kurung ungu tu.

Memang aku ada ambil seterika antik arwah mak tok. Aku rasa memang aku patut hantar balik ke kampung atok. Betulkah kot jin memang berkenan dengan barang-barang antik.

Tanpa berlengah, aku segerakan apa yang patut. Tapi apesal atok tak ada cerita apa-apa pasal seterika antik tu. Mungkin perempuan baju kurung ungu tu memang tak ganggu atok sebab tu memang tempat dia.

Aku panggil mak dan babah. Aku cakap nak balik kampung dengan alasan nak jenguk atok. Mak boleh pulak cakap aku demam ke sebab tak pernah aku beria nak balik kampung melainkan nak sambut hari raya je.

Tapi, aku langsung tak cerita pasal mimpi aku tu. Babah cakap, hari sabtu balik kampung. Aku lega sebab tunggu 2 hari lagi aku hantar balik seterika antik tu.

Sepanjang tempoh 2 hari tu aku tak sentuh langsung seterika antik tu dan aku pun tak diganggu perempuan baju kurung ungu tu. Aku pun tak ada mimpi apa-apa yang pelik dah.

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Mak dan babah pun hairan tengok aku bawa sekali seterika antik tu.

Mak tanya apesal nak hantar balik seterika antik tu padahal aku yang beria sangat nak seterika antik sebelum ni. Aku senyum je.

Sampai kampung, aku cepat-cepat simpan seterika antik tu kat almari asal. Aku lega dan berharap semua ni berakhir dengan baik.

Malam tu, aku mimpi perempuan baju kurung ungu tu. Dia cakap terima kasih sebab ikut nasihat dia. Dia senyum dan ucap selamat tinggal.

Aku tersedar pagi tu, rasa mamai tapi lega sebab teringat mimpi tu. Aku rasa semangat nak balik bandar sebab aku tak nak hidup dibelengu misteri seterika antik dah.

Sekian, kisah seterika antik. Pengajaran untuk aku, kadang-kadang dalam tak sedar, sikap teruja tu membawa padah.

Aku tertarik dengan seterika antik sebab aku rasa unik, dalam tak sedar aku alami mimpi yang macam nyata berlaku. Maaf sekiranya pembaca rasa bosan dengan kisah ini.