Usia saya dah 30an masa kahwin kali kedua. Sy terjumpa satu gambar mesra dia dalam handphone dgn rakan ofis.

Akhir-akhir ni banyak saya baca kisah rumahtangga ada yang ok ada yang tak ok. Bila baca kisah rumahtangga yang tak ok teringat pulak kisah saya masa perkahwinan pertama dulu..

memang sangat tak ok. Perkahwinan kedua pun baru berapa bulan kahwin dah macam-macam jadi sampai hampir bercerai 2 kali.

Umur saya dah 30 an masa saya kahwin buat kali kedua. Perkahwinan pertama saya masa saya berumur 20 an ngam-ngam lepas saya graduate.

Saya kahwin dengan teman satu universiti & masa tu dia dah dapat kerja dengan gaji yang agak lumayan jugak. Saya pun baru kerja masa tu.

Dia suka berahsia even pasal kerja pun dia tak nak cakap. Lagi buat saya sakit hati bila dapat tahu dia tak la jujur macam saya sangka.

Saya terjumpa gambar mesra dia dengan kawan perempuan satu pejabat dalam handphone dia. Mesra sangat and paling sakit hati gambar tu diambil seminggu sebelum kami kahwin.

Bukan tu je..byk wasap mesra dia dengan perempuan tu dari sebelum kahwin sampailah lepas saya kahwin dengan dia.

Masa tu hati saya rasa hancur sangat2. Saya mula bergaduh besar dengan suami & memori trauma masa perkahwinan pertama masa dicurangi datang balik.

Sejak hari tu saya dengan suami asyik bergaduh je. Semua benda rasa tak kena. Saya rasa marah sangat2. Saya rasa macam kepercayaan dikhianati.

Saya doa jugak pada Allah semoga Allah tunjukkan jalan sebab saya kalau boleh tak sanggup dah bercerai buat kali kedua. Seksa rasa jadi janda ni sebab masyarakat sgt pandang hina pada janda..sedih sangat rasa.

Allah tu Maha Mendengar, mungkin Dia nak bagi petunjuk..satu pagi saya bukak fb & saya tertengok satu video pakar motivasi & beliau cakap, “

orang akan berubah kalau kita berubah dulu..begitulah dalam rumahtangga suami akan berubah jika isteri berubah”

Pelik memang pelik. Saya mula muhasabah diri, kenapa saya yg kena berubah sedangkan suami yang obviously salah .

Tapi saya kuatkan hati nak follow pakar motivasi tu & invest duit sikit untuk join program pemulihan hati yang dia anjurkan dengan harapan semoga ada sinar bahagia dalam rumahtangga saya kali ni.

Kalau boleh tak nak tengok langsung keburukan dia. Saya layan dia and hormat dia seperti dia suami terbaik dalam hidup saya.

Memang mula2 rasa agak janggal sebab banyak luka di hati saya terhadap dia tapi demi nak selamatkan rumahtangga saya gagahkan diri buat macam tu.

Mula-mula suami buat tak layan. Sikap panas baran still ada. Tapi bila dia marah atau maki2 saya lebih banyak diam dari melawan tak macam sebelum ni.

Bila dia dah cool down baru saya cakap dengan dia. Baru saya cakap what’s going on & apa masalah saya.

Saya lagi open dan lebih berterus terang nak discuss apa-apa masalah hati atau berkait dengan hubungan intim. Sebelum ni saya malu nak cerita even dengan suami sendiri pun.

Pernah sekali dia cakap yang dia sangat happy dengan saya sekarang & terima kasih sebab sudi terima dia sebagai suami walaupun dia dah buat kat saya macam-macam.

Masa tu rasa terharu sangat-sangat. Sekarang ni dia dah tak kisah habiskan duit untuk saya walaupun gaji dia kecik je tapi saya jarang mintak dia belikan hadiah kecuali barang dapur. Selalunya dia yang beli sendiri.

Hari ni dah genap setahun kami kahwin & sejak hari saya berubah , kami dah jarang sangat bergaduh…

kalau ada perselisihan faham pun kami cepat2 saling say sorry & pujuk. Memamg tak biar berlarutan. Hopefully keadaan ni berkekalan hingga ke akhirnya.

Allahu..Allah saja yang tahu betapa happynya saya sekarang..Alhamdulillah Allah dah bagi bahagia yang saya cari2 selama ni.

Tapi x pelah saya jadikan apa yang jadi sebagai pengajaran & titik tolak untuk kebahagiaan saya sekarang ni..

Saya share pengalaman mungkin boleh jadi rujukan pada suami/isteri yang mengalami masalah rumahtangga macam saya sebelum ni.

Bagi saya selagi suami/isteri tak pandai naik tangan dengan kita, tak tidur dengan orang lain atau tak bawak kita ke arah kehancuran, saya rasa masih ada peluang untuk kita cari bahagia dalam rumahtangga tu.

Sebenarnya bahagia tu Allah dah simpan dalam diri kita, cuma kita yang kena cari & explore dengan cuba ubah sikap dulu.

Kalau dah buat segala macam cara untuk selamatkan rumahtangga tapi still tak bahagia, you have right to move on & choose to leave your partner.

Pilihan hidup ada di tangan anda..apa-apa pun banyak mohon pada Allah supaya bagi petunjuk sebab hanya Dia lah yang Maha Mengetahui masa depan kita..Dia Maha Mengetahui jalan mana yang terbaik untuk hidup kita.

– Princess Wawa