Aku Suhana. Umur 11 jadi yatim piatu. Makcik Pakcik ambil alih jaga aku. Aku hanya dibenarkan sekolah jika aku dapat cari duit sendiri

Nama aku Suhana (nama samaran) berumur 24 tahun dan sudah berkahwin dengan seorang anggota tentera.

Aku kehilangan kedua ibubapa ku ketika aku berumur 11 tahun akibat kmalangan jalan raya.

Dan setelah itu aku dibesarkan dan dijaga oleh Pak Cik dan Mak Cik aku. Sepanjang tempoh aku tinggal bersama mereka hanya air mata yang menemaniku.

Aku dilayan seperti anak tiri dan pendek kata aku dibesarkan seperti seorang hamba abdi.

Aku dibenarkan bersekolah itupun jika aku mencari duit sendiri. Maka setelah tinggal bersama mereka aku bekerja di sebuah kedai runcit di dalam kampung ku.

Sehinggalah aku dipaksa berhenti sekolah oleh mak cik aku kerana ketika aku di tingkatan tiga, pak cik diserang sakit kencing manis dan terpaksa dipotong kaki.

Bermulalah episod deritaku yang seterusnya, sejak menjaga pak cik aku sudah tak boleh menjahit. Hasil pencarian aku terbantut. Makan minum aku terabai.

Bukan mak cik tidak beli lauk, dia beli tetapi mereka sorokkan dari aku. Kadang-kadang kalau aku lapar aku pergi kerumah sahabat baik aku dan menceritakan padanya jadi dapat lah aku sedikit makanan.

Pak cik juga sebenarnya berperangai miang keladi. Dia selalu bercakap kotor dengan aku ketiak makcik tiada di rumah. Sungguh aku takut.

Akhirnya ketika aku berumur 18 tahun aku berhijrah ke Langkawi untuk mencari kerja dan di sanalah aku bertemu dengan suami aku sekarang.

Semua urusan perkahwinan aku dan keluarga suamiku yang uruskan. Mak cik dan pak cik langsung tidak ambil tahu.

Sehinggalah kami pulang semula ke kampung dan memberikan kad jemputan perkahwinan. Aku sangkakan mereka tidak ingin datang ke majlis kami tapi sangkaan aku meleset, mereka datang dengan wajah yang sukar ditafsirkan.

Mak cik menghampiri aku dan memeluk tubuhku. Dia menangis dan meminta maaf. Aku degan rela hati memaafkan.

Sehinggalah tiga bulan selepas itu aku disahkan hamil mak cik datang bersama anak sulungnya.

Suamiku ada di rumah ketika itu, aku menjemput mereka duduk. Mak cik menjuihkan bibir ketika suami aku melabuhkan punggung di sebelah aku.

Doakan kami dapat bersatu semula dan semoga pakcik dan makcik dapat berubah ke arah yang lebih baik. Sejauh mana jahat pun mereka mereka juga yang menjaga aku walaupun aku terabai tetapi aku tetap sayangkan mereka.

Pengajaran dari cerita aku ini adalah kita tetap harus memaafkan walaupun sebesar mana kesalahan orang terhadap kita. Kerana kita juga hamba Allah yang kerap melakukan dosa. Salam Ramadhan. -Suhana.

– Suhana