aku dah nekad aku kerja ni ada misi, aku nak kumpul duit untuk kahwin. Tapi perangai dia tak berubah

Aku cuma menulis sebab nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati, aku takde siapa yang nak share, even my bestfriend.

Aku tak nak keruhkan lagi keadaan jika orang yang rapat dengan aku tahu, ini mungkin langkah yang terbaik buat masa ini, aku cuma nak lepaskan je apa yang terbuku dalam hati ini.

Kisahnya bermula begini, aku dengan girlfriend aku sudah bersama selama hamper 4 tahun bermula perkenalan di tahun akhir pengajian di universiti.

Aku tahu salah satu sebab terjadinya perkara begini adalah disebabkan aku sendiri, selepas tamat pengajian aku membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bersama rakan kongsi, girlfriend aku dari awal memang tak berapa setuju.

Katanya lebih baik cari kerja yang lebih baik seterusnya boleh fokus untuk kahwin daripada buat perkara yang tiada jaminan.

Aku bekerja di sebuah retail, retail apa tu biarlah rahsia. Position apa aku bekerja juga biarlah rahsia, kalau aku letak certain pembaca mungkin akan tahu siapa aku.

Berbalik pada girlfriend aku, di tempat tinggalnya di ibu kota kerja dia telah tamat kontrak dan dapat offer untuk kerja berdekatan dengan bandar yang aku kerja.

Sebelum ini kami perhubungan jarak jauh(PJJ), now dah dekat. Boleh kata kalau ada masa free kami akan lepak.

Personaliti kami berdua juga berbeza, aku agak pasif lebih suka mendengar, tapi dia sebaliknya. Aku suka macam tu, bagi aku itu saling melengkapi.

Since first day aku kerja di tempat kerja baru, aku dah nekad aku kerja ni ada misi, aku nak kumpul duit untuk kahwin.

Tolak PTPTN, tolak bagi parent, tolak servis kenderaan, tolak ASB finance, aku hanya ada beberapa portion saja dalam gaji aku untuk survive itu belum kira lagi jika ada hal hal kecemasan.

Untuk membuatkan aku terus survive selalunya bila full bermaksud ot kerja masuk pagi sehingga lewat malam, aku akan makan sekali saja di waktu tengahari.

Rehat keduanya pula di waktu petang aku akan berusaha untuk tidur, walaupun lapar kadang aku makan biskut je atau roti kadang tak makan apa apa, that’s why aku tidur.

Duit bukan tiada, cuma aku terpaksa kawal untuk tujuan misi utama aku sekarang ini iaitu kahwin.

Lepas balik malam tu, di rumah barulah aku akan makan itu pun jika ada makanan. Selalunya perut aku akan masuk angin.

Secara directnya both of our parents dah bagi restu dalam hubungan ini, cuma sekarang ni terpulang pada kami untuk decide bila nak teruskan ke next step.

Now the problem is kewangan, tipulah aku cakap kahwin tak pakai duit, walau kecil kecilan pun still guna duit. Kami dah buat perancangan yang detail untuk kahwin.

The problem is now kan aku dah kerja plus selalu ot, masa antara kami agak terhad. Tapi takdelah terhad sangat kadang time aku kerja dia cuti, kami akan lunch together, now puasa akan berbuka puasa sama.

Since di awal perkenalan kami aku dah perasan, my gf suka akan berjumpa dengan orang baru, kawan dengan orang baru, mostly kawan dia banyak laki, aku tak kisah pasal tu, since aku kenal semua kawan dia.

But now kami dah serius dalam perhubungan dan bercadang untuk teruskan ke peringkat seterusnya which is tunang, dia masih lagi dengan perangai lama.

Aku tahu itu semua alasan bagi dia, dia pun akui itu semua alasan. Entahlah aku sayang dia, aku sayangkan hubungan ini, masa tengah menulis ni air mata aku mengalir memikirkan perkara ini. Aku tak nak keruhkan hubungan that’s why aku tak cerita dekat siapa siapa.

Malam tadi aku slowtalk dengan dia menggunakan aplikasi whatssap, aku terus terang dan luahkan apa yang aku rasa, point aku macam ni “I’ve done my part buat yang terbaik untuk fokus dalam hubungan,

tak dapat di nafikan dulu masa zaman study aku pun suka berkawan dengan perempuan lain, siapa je tak suka kan, but now aku dah kerja, aku fokus,

hidup aku adalah kerja, duit, famili aku dan dia, tiada orang lain, but apa yang dia lalukan sekarang dia tak menunjukkan komitmen dia untuk menjaga hubungan ini, relationship should be dua hala, bukan satu hala”.

Aku terus terang dengan dia, jika dia berterusan buat perkara tu, aku tak yakin dalam tahun depan kami akan bertunang, aku assume dia masih tak bersedia.

Tiada siapa yang salah lelaki mahupun wanita, kadang perkara seperti ini tidak dapat dielakkan, kita cuma perlu cari solusi untuk memperbaiki hubungan ini dan sehingga sekarang aku cuba mencari jalan penyelesaikan untuk memperbaiki hubungan ini,

aku memegang kata kata orang bijak pandai “Mengapa perlu cari rumah baru, jika rumah yang ada sekarang masih elok cuma ada sedikit kerosakan, lebih baik fokus untuk memperbaiki kerosakan itu kerana kosnya tidak besar”.

Sekian…