Ada lelaki dekat luar pagar sekolah pandang dekat kelas aku.Aku terkejut lah terlepas pensel. Aku cepat2 panggil kawan aku ni. Adam pandang luar lepastu pandang aku.

Cerita aku bukan lah pasal bus stop yang sibuk bas dan teksi lalu 24 jam. Lebih kepada yang dekat kawasan taman.

Yang kebanyakkan cuma teksi datang dan tempat budak lepak. Cerita ni dah lama. Zaman aku sekolah menengah tingkatan 4.

Aku duduk rumah flat, tingkat atas sekali tingkat 5. Dari tingkap belakang rumah aku kalau pandang luar memang boleh nampak satu bus stop ni.

Mulanya tak ada, lagipun aku bukan sehari dua duduk situ. Tapi dah lama 4-5 tahun juga. Sampai lah lagi 2 bulan nak SPM. Aku selalu tidur lambat sebab nak study.

Jadi setiap kali nak ke tandas tu aku pandang luar. Aku tengok bus stop tu. Aku nampak lelaki duduk situ. Awal aku ingat tunggu orang ambik ke apa. Aku biarkan je lah.

Sebab dah ngantuk aku tidur dekat ruang tamu. Esok pagi aku pergi sekolah macam biasa. Kelas aku ni dekat bangunan paling belakang 2 tingkat. Mengadap pintu pagar belakang sekolah.

Aku duduk tepi tingkap. Memang still clear lagi subjek ekonomi waktu tu. Aku tengah ngantuk dengar cikgu terangkan aku pandang luar tingkap. Tiba-tiba ada lelaki dekat luar pagar sekolah pandang dekat kelas aku.

Aku terkejut lah terlepas pensel. Aku cepat2 panggil kawan aku ni. “Weyh adam kau tengok tu pakcik tu, dia buat apa berdiri pandang sini?” Adam pandang luar lepastu pandang aku.

“Pakcik mana?” Soal adam. Aku siap tunjuk. Tapi tiba-tiba cikgu sergah bila pandang balik terus hilang. Awalnya aku rasa lah cuak juga.

Tapi aku biarkan je. Sampai lah ketua pengawas sekolah aku ni. Mahfuzah nama dia. Waktu tu aku baru habis latihan silat dekat padang.

Tengah jalan kaki ni. Aku berselisih dengan pakcik ni. Mula-mula aku tak perasan. Tapi dah masuk kali ke empat baru aku perasan. Baju hitam seluar putih.

3 kali selisih aku pandang lain. Kali ke empat baru aku nak pandang. Tahu tak waktu berselisih tu aku dengar dia gelak sambil renung tajam dekat aku.

Meremang bulu roma aku. Aku cepat jalan laju laju. Dari rumah aku nak ke masjid 15 minit sampai. Sebelum sampai masjid. Aku singgah 7 eleven kejap. Beli air.

Tengah aku nak bayar ni. Aku nampak dekat sebelah aku. Dekat slurpee punya machine tu ada pakcik tadi tu. Terlepas terus duit aku nak hulur tu.

Kena pula tiba-tiba cawan yang bersusun dekat slurpee tu jatuh. Aku tak tenang ni. Aku ambik wudhu masuk masjid. Alhamdulilah dalam masjid okay.

Menyelit dekat sebalik baju sidai tu aku intai keluar. Tingkap aku tutup rapat tengok dari dalam je. Terkejut aku benda tu ada berdiri dan pandang dekat blok rumah aku.

Aku memang takut tapi tak boleh gerak. Sampai lah tiba-tiba dia lambai. Berderau d***h aku sampai jatuh terduduk.

Habis jatuh baju dengan patah hanger baju sebab terentap. Terjaga mak ayah aku. Kena marah juga sekejap.

Dah seminggu benda tu aku tak nampak. Aku ingat dia dah hilang. Tapi silap, sekolah aku macam sekolah lain. Hari jumaat pagi berkumpul dewan/dataran. Baca Yassin.

Ada sekali tu tengah baca Yassin aku sakit perut. Nak taknak keluar dewan. Aku pergi tandas dekat dengan bengkel kemahiran hidup sebab situ je tandas sedap.

Satu hari benda tu tak ganggu aku dah. Petang nak pergi latihan silat ni terserempak dengan cikgu Rahman. Cikgu tu pandang aku.

“Benda tu ada ikut lagi ke?” Terkejut aku dengar. “Takde dah cikgu. Tapi benda tu dah lama juga ikut sebenarnya.” Cikgu rahman ajak aku masuk bilik dia. Sebab dia guru hal ehwal pelajar.

Dalam tu aku ceritakan lah semua. Sempat juga lah kena marah. Dia kata lain kali jangan tegur biarkan je. Lepastu aku dah tak check lagi dekat tingkap waktu pagi.

Dah nak dekat SPM ni makin rancak lah study dengan kelas tambahan. Aku ada kelas tambahan sejarah dengan Akaun. Sejarah pukul 1.30 sampai 3.30 akaun pula 4.

Sampai 5.30. Tengah kelas akaun ni. Waktu tu azan asar cikgu suruh solat dulu. Waktu tu budak sesi petang pun sama pergi solat.

Bukan kaedah islam ke apa. Cuma lebih kepada kaedah saintifik dan psikologi. Tapi makan masa juga. Lama aku buat terapi. Benda tu hilang tiba-tiba.

Sampai sekarang dah tak ada. Tapi aku tetap rasa ada orang perhati aku. Ada sekali tu aku dah sambung belajar. Duduk dengan housemate aku.

Tengah sembang ni tiba-tiba aku nampak ada pakcik tu pandang rumah aku dari luar pagar rumah. Cepat2 aku tutup tingkap.