Walaupun aku bukan anak dia,dia bagi kasih sayang macam anak dia jugak.Allah beri balasan di dunia.

Namaku Ilya. Asal Perak. Aku anak sulung dari 5 beradik. Mak aku surirumah. Abah kerja company swasta. Hidup kami bahagia sehinggalah umur aku 9 tahun.

Abah disahkan meninggal dunia akibat jantung. Kami hilang tempat bergantung. Mak aku tak kerja, time tu aku baru DARJAH TIGA, dan adik bongsu aku baru umur setahun lebih!

Jadi, di sinilah erti hidup bermula. Semua pakcik makcik aku sebelah abah terus tak hiraukan kami. Mereka ambil rumah yg kami diami tu, termasuklah kereta arwah abah.

Dulu ketika abah masih hidup, kami semua rapat sangat-sangat, sehinggalah abah meninggal, mak pun tak sangka mereka sanggup buat macam tu pada kami.

Kebetulan, abah meninggal secara tiba-tiba, tanpa meninggalkan sebarang wasiat, dan untuk pengetahuan pembaca semua, duit KWSP arwah abah aku pun hampir mereka sapu (sebab abah aku tak letak penama) end up, lepas campur tangan abg mak aku, barulah kami dapat apa yg sewajarnya dapat (walaupun sikit, kami tetap dapat)

Duduk dekat-dekat senang katanya. Maklong aku langsung tak bantah bila suami dia dahulukan kami. Malah dia support suami dia utk jaga kami.

Anak-anak Paklong aku pun baik sangat-sangat. Pernah adik kedua aku cerita, ketika mereka di sekolah, duit makan adik aku hilang, jadi anak Paklong aku yg hulur duit kat adik aku utk makan (masa tu aku dah naik sekolah menengah, mereka masih di sekolah rendah).

Serius aku cakap, family Paklong aku sangat-sangat baik, dari bapak sehinggalah ke anak bongsu, semua baik!

Mereka membela anak yatim. Dari aku sekolah rendah, sampai sekarang aku dah kerja, Paklong and Paklong aku tetap ambil berat pasal aku.

Aku sambung Diploma, Degree dan Master, semuanya guna duit Paklong Paklong aku. Dia langsung tak berkira kalau bab pelajaran. Adik-adik aku masuk universiti pun, dia yg tanggung.

diatas segala pengorbanan dan contribution mereka ke atas negera, mereka dapat pangkat dunia, dan diatas semua pengorbanan mereka ke atas anak yatim,

Allah naikkan darjat mereka, semua org menghormati mereka tanpa ada yg mencela, sehingga satu saat aku pernah ke kawasan pedalaman di Kedah,

aku pernah dengar org kampung memuji Paklong aku atas keprihatinan beliau ke atas rakyat, Allahuakhbar, aku sangat bangga walaupun org kampung tu tak kenal pun aku sebenarnya anak saudara kpd Paklong aku.

Paklong and Maklong aku bukak account ASBloanfinancing dekat kami lima beradik. Tahun pertama, mereka bayar.

Tahun kedua, kami sendiri bayar guna dividen. Ada ka manusia yg sebaik Paklong Maklong aku di dunia ini? Bayangkan kalau seorang buat loan 100k, lima org dah berapa k kena bayar utk tahun pertama? Itu belum masuk ASB anak-anak mereka lagi.

Allahuakhabar. Betapa mulianya mereka. Aku masih ingat, ketika aku nak sambung Master dia Shah Alam, aku kena cari rumah sewa. Masa registration, Paklong and Maklong aku yg hantar aku, dia jejak ja dalam rumah sewa tu, dia terus tak berkenan.

Tapi semenjak mereka menyara kami adik beradik dari tahun 2001, sampailah sekarang, tahun 2018, pelbagai anugerah yg mereka peroleh, rezeki tak henti-henti, dtg bergolek, dan Alhamdulillah, mereka still humble, down to earth, tak riak dan masih menjadi idola utk aku dan adik-adik.

Buat Paklong dan Maklong, nama kalian sentiasa yg teratas dalam doa kakak dan adik-adik. Syurga buat kalian. Kakak, adik-adik dan mak sayang abah dan mama dunia akhirat.